Kami kini 19 tahun!

Temu bual bersama salah satu pemenang pusingan kedua peraduan "Trader Wars"

Tarikh penerbitan: 23 february 2018

Pelanggan yang dihormati,

Kami kini ingin memperkenalkan salah satu dari pemenang pusingan kedua peraduan "Trader Wars". Pemenang pusingan kali menggunakan nama gelaran redbull, dan ingin menyembunyikan nama sebenar untuk melindungi identiti, tetapi bersetuju untuk menjawab beberapa persoalan dari kami.

Berapa lamakah anda telah menceburi bidang perdagangan? Masihkah anda mengingati, bagaimana anda membelanjakan hasil pendapatan pertama anda dari Forex?

Saya telah berdagang selama lebih dari 5 tahun; pada kebiasaannya dalam Forex atau mata wang digital, kesemuanya memberikan hasil kejayaan yang berbeza. Pendapatan pertama saya dilaburkan dalam Bitcoin.

Bolehkah anda berkongsi sedikit pandangan anda tentang peraduan baru? Pada pendapat anda, apakah yang membezakannya dari peraduan lain?

Ia merupakan pertandingan yang menarik dari segi nisbah risiko ke potensi keuntungan. Anda boleh memenangi peraduan tanpa perlu merisikokan seluruh deposit anda. Perkara yang penting adalah untuk mengawal diri, mengaut keuntungan setiap hari, seberapa kecil sekalipun. Saya merasakan bahawa konsep puak "Bull" dan "Bear" boleh dikembangkan selanjutnya. Ianya logik, sebagai contoh, hanya membenarkan puak bull untuk membuka kedudukan long, manakala sebaliknya untuk puak Bear. Dengan itu, pembahagian petanding antara dua puak akan menjadi lebih bermakna dan lebih praktikal. Secara keseluruhan, ianya merupakan peraduan yang menarik, walaupun saya tetap merasakan bahawa ia tidak setaraf dengan peraduan "Jackpot", yang menawarkan hadiah yang lebih menarik, dan memerlukan pendekatan perdagangan yang lebih profesional dan berhati-hati.

Pemenang pusingan kedua peraduan Trader Wars

Adakah anda mempunyai sebarang amalan atau rutin sebelum mula berdagang, atau mempunyai tangkal bertuah? Bolehkan seseorang bergantung kepada firasat dan nasib ketika berdagang? Atau adakah ianya hanya berasaskan analisis dan perkiraan semata-mata?

Saya tidak mempunyai tangkal bertuah atau barangan seperti itu. Saya tidak merasakan bahawa kebanyakan orang bergantung kepada objek sebegini untuk pelaburan atau spekulasi. Apabila pedagang bergantung kepada tuah semata-mata, mereka boleh kehilangan segala-galanya. Kita tidak seharusnya merasa panik atau tamak, kerana keputusan yang dilakukan tanpa berfikir masak-masak boleh membawa padah. Firasat sebaliknya adalah perkara yang berbeza, ia merupakan gabungan dari pengalaman, pengetahuan, dan pemikiran akal secara sedar atau tidak. Sekiranya anda mempunyai setiap komponen tersebut, maka firasat anda secara semula jadi boleh diambil pakai dan pada kebanyakan masanya, akan menjadi betul. Perkiraan secara teliti dan kadar firasat yang profesional merupakan resepi kejayaan terulung untuk pedagang.

Bolehkah anda ceritakan tentang strategi perdagangan kegemaran anda, dan mengapa ia digemari oleh anda?

Ada masanya apabila strategi berasaskan penunjuk dan tapisan membuahkan hasil. Salah satu dari kegemaran saya adalah berdagang menggunakan Bollinger Band, yang masih boleh diguna pkaai sehingga hari ini untuk sesetengah alatan indeks. Walau bagaimanapun, pada zaman kini, keadaan pasaran sentiasa berubah-ubah, dan Forex kini dipenuhi oleh robot perdagangan, maka strategi tidak lagi menjadi relevan sepenuhnya. Saya kini hanya bergantung kepada firasat dan pengiraan semata-mata, dengan hanya pendekatan keuntungan rendah risiko rendah.

Apakah pekerjaan anda selain dari Forex?

Saya merupakan guru Fizik dan IT, dan amat menyukai pekerjaan tersebut. Berdagang hanyalah sebagai hobi yang mengambil masa tidak lebih dari setengah jam dalam sehari.

Sambung ayat berikut: "Forex adalah..."

Forex adalah Alpari!

Apakah nasihat yang boleh diberikan kepada pedagang baru?

Saya ingin mengingatkan bahawa duit tidak tumbuh dari pokok. Lebih banyak pendapatan yang diperoleh, pelbagai risiko dan kesukaran yang akan ditanggung. Forex juga tidak terkecuali dari perkara ini. Sebelum mula berdagang, tetapkan garis panduan dan jangan terpesong walau apapun yang terjadi.

Pusingan seterusnya kini telah berlangsung — sertai sekarang untuk bertarung mendapatkan hadiah utama!

Salam hormat,
Alpari

Kategori: Peraduan

Is
Se
Ra
Kh
Ju
Sa
Ah
Mgu
29
30
31
1
2
3
4
5
5
6
7
8
9
10
11
6
12
13
14
15
16
17
18
7
19
20
21
22
23
24
25
8
26
27
28
1
2
3
4
9
5
6
7
8
9
10
11
10

Lihat berita lepas

Kembali ke atas