Kami kini 19 tahun!

Temu bual bersama salah satu pemenang pusingan kedua peraduan "Trader Wars"

Tarikh penerbitan: 26 february 2018

Anatoly Smelyansky

Pelanggan yang dihormati,

Dalam bulan Disember, peraduan baru dari Alpari, iaitu "Trader Wars" telah bermula. Kami kini ingin memperkenalkan salah satu dari pemenang pusingan kedua, Anatoly Smelyansky yang menduduki tempat kedua. Beliau membuktikan bahawa anda tidak memerlukan margin keuntungan yang besar untuk menduduki salah satu dari tiga tempat pertama. Kami mengadakan temubual bersama beliau untuk mengetahui sedikit sebanyak tentang rahsia kejayaan dalam perdagangan.

Adakah anda menganggap perdagangan sebagai hiburan atau pekerjaan? Atau mungkin sebagai sejenis sukan?

Pada pendapat saya, perdagangan merupakan sejenis sukan yang amat menarik, mencabar, memerlukan latihan dan pengetahuan mendalam untuk berdagang dalam pasaran mata wang asing.

Bolehkah anda berkongsi pandangan anda untuk peraduan baru ini. Apakah yang membezakannya dari peraduan sebelum ini?

Ia merupakan peraduan yang menarik untuk mengisi masa lapang dan boleh membuatkan anda tenggelam dalam perdagangan. Walau bagaimanapun, peraduan mempunyai kelemahan, iaitu jumlah hadiah yang kecil. Saya mengambil bahagian hanya sekadar untuk menguji kemahiran. Secara tidak langsung, ianya merupakan satu pengalaman yang amat berharga.

Mampukah anda kekal bertenang pada kebiasaannya, atau seringkali bertindak mengikut emosi? Adakah ia mempengaruhi perdagangan anda?

Segalanya bergantung kepada pemikiran saya ketika itu. Boleh dikatakan bahawa saya selalu terikut provokasi dari pedagang lain (saya pernah menanggung kerugian besar dan juga pernah memperoleh keuntungan yang tinggi).

Berapakah jumlah keuntungan tertinggi yang pernah anda perolehi, dan saiz kerugian yang terbesar anda pernah menanggung?

Dengan salah satu dari dagangan pertama, saya berjaya menjana keuntungan sehingga 7,000 USD dengan hanya deposit sebanyak 1,000 USD dalam hanya sehari. Ia merupakan permulaan yang penuh bermakna. Saya juga pernah kehilangan sehingga 10,000 USD apabila deposit saya hanyut dan tidak menutup dagangan tersebut. Hasilnya, dalam hanya beberapa minit, kedudukan saya mengalami drawdown yang besar, dan segalanya telah terlambat untuk berpatah balik.

Sekiranya anda dihadiahkan 10,000 USD, dengan syarat anda perlu menghabiskan segalanya dalam tempoh sehari, bagaimanakah anda akan membelanjakan wang tersebut?

Saya merasakan bahawa persoalan ini harus ditujukan kepada anak dan isteri! Biarlah mereka memilih bagaimana mereka ingin menikmati anugerah tersebut. Sekiranya tidak, pilihan lain adalah untuk melaburkan dana tersebut dalam perdagangan dan menggunakan hasil keuntungan untuk kesenangan keluarga pada masa hadapan.

Bagaimana dan dimana anda berimpian untuk bercuti?

Saya ingin berehat dirumah saya sendiri di pergunungan Ural; dipenuhi dengan tasik, gunung, sungai, dan alam semula jadi yang amat indah! Pemandangan sebegini tidak dapat diperoleh dari mana-mana dalam dunia!

Pernahkah anda memperoleh keuntungan yang besar dari mengikuti terbitan berita yang penting?

Sudah tentu, tetapi saya tidak mengingati bila ianya terjadi. Walau bagaimanapun, saya kini tidak berdagang bergantung kepada terbitan berita dan cuba untuk menjauhi dari memasuki pasaran sekiranya adanya berita penting dalam jadual kerana ianya berbahaya.

Pusingan baru peraduan ini telahpun bermula. Daftar sekarang sekiranya anda bersedia untuk menakluk puncak baru dan bertarung untuk memenangi hadiah utama

Salam hormat,
Alpari

Kategori: Peraduan

Is
Se
Ra
Kh
Ju
Sa
Ah
Mgu
29
30
31
1
2
3
4
5
5
6
7
8
9
10
11
6
12
13
14
15
16
17
18
7
19
20
21
22
23
24
25
8
26
27
28
1
2
3
4
9
5
6
7
8
9
10
11
10

Lihat berita lepas

Kembali ke atas