Kami kini 19 tahun!

Turnover perdagangan Alpari dalam tahun 2017 melebihi 1.3 trillion USD

Tarikh penerbitan: 25 january 2018

Pelanggan yang dihormati,

Turnover perdagangan jenama kewangan antarabangsa Alpari pada tahun 2017 melebihi 1.3 trilion USD, menunjukkan kenaikan sebanyak 29% dari tahun 2016. Ini merupakan hasil dari kenaikan aktiviti pedagang dan pelabur, kadar turun naik tinggi dalam pasaran mata wang, pembaharuan dalam produk yang ditawarkan, pembangunan perkhidmatan pelaburan dan teknologi, dan pembaharuan kualiti perkhidmatan yang ditawarkan kepada para pelanggan kami. Sehubungan dengan itu, Alpari yakin dalam mengekalkan penerajuan dalam pasaran, dari segi bilangan pelanggan dan jumlah operasi perdagangan.

Pada tahun lepas, pasangan mata wang EURUSD mengekalkan kedudukan sebagai alatan perdagangan paling popular dalam kalangan pelanggan Alpari serata dunia. Pasangan mata wang ini menyaksikan kenaikan turnover perdagangan menghampiri 30%. Dari sebilangan besar pasangan mata wang utama, alatan yang melibatkan yen Jepun menunjukkan kenaikan turnover paling ketara; khususnya USDJPY, GBPJPY, dan EURJPY. Turnover untuk alatan tersebut menaik dengan melebihi 1.5 dari nilai asal, dengan bacaan disekitar 57% hingga 77%. Pasangan mata wang AUDUSD dan USDCAD turut sama menunjukkan kenaikan turnover yang ketara.

Andrey Dashin, pemilik jenama kewangan antarabangsa Alpari

Pelanggan Alpari terus menunjukkan minat yang semakin meningkat untuk perdagangan emas. Turnover perdagangan alatan XAUUSD menaik sebanyak 37% dalam tahun lepas.

Kita juga menyaksikan peningkatan yang sekata untuk pelanggan perkhidmatan pelaburan dalam akaun PAMM dan portfolio PAMM. Pada penghujung tahun 2017, lebih dari 25,000 pelabur aktif talam perkhidmatan PAMM dan melebihi 4,000 pengurus. Perkhidmatan PAMM secara menyeluruh menunjukkan purata turnover perdagangan bulanan sehingga 15 juta sepanjang tahun.

"Jenama Alpari kini bersiap sedia untuk membuka lembaran baru perdagangan dalam pasaran Eropah. Peristiwa utama pada tahun lepas adalah apabila Alpari diberikan lesen broke pelaburan oleh Suruhanjata kewangan dan prodalan dari Latvia. Kami menjangkakan bahawa Alpari Europe IBS AS, sebahagian dari jenama kewangan antarabansa Alpari, untuk melancarkan operasi dalam separuh tahun pertama tahun 2018. Di samping itu, kami juga meneruskan perkembangan operasi di perantauan Asia Tenggara, Latin Amerika, Mauritius, dan negara-negara lain dalam kawasan lautan India." - ungkapan Andrey Dashin, pemilik jenama kewangan antarabangsa Alpari.

Dalam tahun lepas, bilangan pengguna aplikasi mudah alih Alpari untuk tujuan perdagangan dalam pasaran mata wang asing melebihi 400,000. Ini menandakan kenaikan sebanyak 300,000 orang. Alpari kini menawarkan 3 aplikasi mudah alih dalam senari produk: Alpari Invest, Alpari Options, dan Alpari Mobile. Fungsi dan ciri-ciri aplikasi tersebut senantiasa diperbaharui dan bilangan muat turun dari negara seluruh dunia terus meningkat.

Salam hormat,
Alpari

 

Kategori: Anugerah dan penghargaan

Is
Se
Ra
Kh
Ju
Sa
Ah
Mgu
1
2
3
4
5
6
7
1
8
9
10
11
12
13
14
2
15
16
17
18
19
20
21
3
22
23
24
25
26
27
28
4
29
30
31
1
2
3
4
5
5
6
7
8
9
10
11
6

Lihat berita lepas

Kembali ke atas