Kami kini 19 tahun!

Pengumuman pemenang peraduan "Pengurus portfolio terbaik" untuk suku tahun keempat tahun 2017

Tarikh penerbitan: 23 january 2018

Pelanggan yang dihormati,

Suka cita kami ingin mengumumkan keputusan peraduan "Pengurus portfolio terbaik". Satu pusingan dalam peraduan berlangsung setiap suku tahun, dalam mana pelabur bertanding untuk membina dan menguruskan portfolio pelaburan.

Hadiah setiap pusingan adalah sebanyak 1,800 USD dan dibahagikan dalam kalangan peserta peraduan yang menduduki tiga tempat pertama. Kami mengucapkan tahniah kepada para pemenang, dan telah mengadakan temubual bersama peserta yang menjadi juara, dan meminta beliau untuk berkongsi dengan para pembaca tentang rahsia kejayaan beliau.

Tempat pertama — Sergey Tagirovic, hadiah berjumlah 1,000 USD.

Portfolio ATSerg RUB

Sergey Tagirovic

Hai Sergey! Boleh ceritakan sedikit sebanyak tentang diri anda, berapa lama anda telah menceburi bidang pelaburan?
Saya mula berlabur bersama Alpari pada awal tahun 2016. Kebetulan pula bahawa kerjaya profesional saya berkait rapat dengan institusi kewangan, tetapi saya hanya memiliki kepakaran dalam bidang teknikal.

Bagaimana anda mengetahui tentang Alpari dan apakah yang membuatkan anda ingin menyertai peraduan kami?
Saya seorang yang teknikal, sudah tentunya saya mengetahui tentang Alpari dari internet. Ini bukanlah penyertaan saya yang pertama dalam peraduan dan juga bukan kemenangan pertama. Saya membuat keputusan untuk mengambil bahagian dalam peraduan hanya dari sifat keinginan, untuk memahami bagaimana saya boleh berdagang dengan betul dan berjaya berbanding dengan pedagang bukan profesional lain yang turut sama menjadi peserta peraduan.

Apakah yang menjadi kriteria utama untuk memilih akaun PAMM apabila membina portfolio anda?
Kriteria utama apabila memilih akaun PAMM adalah pengurus yang menerapkan pengurusan wang yang berdisiplin dan juga mengekalkan strategi perdagangan yang digunakan, dan saya juga sentiasa mencuba untuk hanya memilih akaun dengan strategi perdagangan tidak agresif.

Pernahkah anda menukar struktur portfolio, atau berjaya hasil dari pilihan pengurus akaun yang stabil?
Dalam peringkat berlangsungnya peraduan, akaun pelaburan dalam portfolio kekal tidak berubah, dengan pengecualian penambahan dengan jumlah kecil, hanya untuk beberapa transaksi untuk akaun dengan drawdown yang agresif.

Sepanjang tempoh berlangsungnya peraduan, adakah sebarang pelabur baru muncul? Adakah ianya memberi kesan kepada pengurusan portfolio anda?
Semasa pusingan berjalan, tiada pelabur baru memasuki portfolio. Perkara ini telah dijangka, berikutan dari sejarah portfolio yang tidak menyenangkan. Tetapi saya tidak merancang untuk menutup portfolio, kerana menarik minat pelabur bukanlah keutamaan saya sekarang.

Apakah perancangan anda untuk masa hadapan? Adakah anda akan meneruskan pengurusn portfolio ini dan menerima pelabur baru?
Saya tetap ingin terus mengurus portfolio ini. Tugas saya kini adalah untuk mengimbangi kerugian yang ditanggung dalam portfolio, kerana kebanyakannya adalah disebabkan oleh silap saya sendiri. Manakala untuk pelabur, nasib tidak menyebelahi saya sebagai seorang pengurus. Seringkali pelabur menyebabkan kerugian bukan hanya terhadap mereka, tetapi juga kepada portfolio secara menyeluruh, dan juga kepada pelabur lain, yang mengeluarkan dana pada saat yang paling tidak menguntungkan semasa tempoh drawdown. Untuk mengurangkan risiko, anda perlu menyediakan dana yang mencukupi dalam portfolio. Ini juga merupakan pengurangan yang ketara dalam pulangan. Pengurusan portfolio adalah lebih sukar kerana ia melibatkan risiko yang tinggi, atas sebab anda tidak mampu menguruskan akaun yang membentuk portfolio. Secara umumnya, saya berpihak kepada pelabur dalam akaun anda, dan tidak melawan berbanding anda, tetapi malangnya, membuatkan kerjasama berpasukan sebagai satu perkara yang sukar. Berkemungkinan besar, sejarah portfolio yang lama dan juga sikap saya sendiri memainkan peranan dalam perkara ini, dan pelabur akan lebih mempercayai dan tidak mengeluarkan dana pada setiap kali berlakunya drawdown.

Adakah anda akan membina portfolio baru dengan kadar keuntungan yang lebih tinggi, atau sebaliknya, dengan risiko yang lebih rendah?
Saya tidak merancang untuk membina portfolio yang lain. Kadar keuntungan, dan juga trend yang terbentuk dalam tempoh lima bulan ini sesuai untuk saya. Walaupun leih tepat sekiranya saya mengatakan bahawa mungkin, dan saya berharap agar trend akan berterusan.

Apakah nasihat anda kepada pelabur baru?
Untuk pelabur baru, saya tidak menasihatkan untuk hanya mengejar keuntungan laju, ini merupakan perkara yang paling penting. Dalam Forex, segalanya bergerak dengan pantas, keuntungan boleh tiba, sepantas mana ia boleh hilang dan diganti dengan kerugian. Secara idealnya, anda tidak seharusnya melaburkan keuntungan anda dalam akaun baru, kadar keuntungan seharusnya dikurangkan dan dilaburkan untuk alatan dengan risiko yang lebih rendah. Tetapi saya memahami bahawa kebanyakan dari pelabur baru bermula dengan jumlah dana yang terhad dan ingin menggandakannya sepantas mungkin. Perkara yang amat penting adalah untuk mengikuti pengurusan wang dengan berdisiplin. Pilih strategi yang sesuai dan kekal dengan strategi tersebut. Jangan pindahkan jumlah dana yang besar dari satu akaun ke akaun lain, hanya kerana satu akaun tidak membuahkan hasil yang diingini, dengan harapan untuk menggantikan keuntungan yang seharusnya diperoleh, kerana ini merupakan resepi untuk kegagalan. Pelaburan yang betul tidak boleh memberikan keuntungan dengan laju, sebaliknya, sasaran anda adalah untuk jangka masa yang panjang.

Tempat kedua diduduki oleh Mitin Alexander hadiah berjumlah 500 USD untuk tempat kedua.

Portfolio HAPPY STAR

Tempat ketiga diduduki oleh Obozniy Ilya hadiah berjumlah 300 USD untuk tempat ketiga.

Portfolio Gehenna

Mitin Alexander

Obozniy Ilya

Kepada mereka yang ingin mengasah atau membuktikan kemahiran pelaburan dan bertanding untuk mendapatkan hadiah utama sebanyak 1,000 USD, ambil bahagian dalam pusingan seterusnya. Maklumat lanjut mengenai peraduan boleh dibaca dalam halaman peraduan.

Sekali lagi kami mengucapkan tahniah kepada para pemenang dan semoga berjaya kepada semua peserta pusingan seterusnya!


Salam hormat,
Alpari

Kategori: Peraduan

Is
Se
Ra
Kh
Ju
Sa
Ah
Mgu
1
2
3
4
5
6
7
1
8
9
10
11
12
13
14
2
15
16
17
18
19
20
21
3
22
23
24
25
26
27
28
4
29
30
31
1
2
3
4
5
5
6
7
8
9
10
11
6

Lihat berita lepas

Kembali ke atas