Temu bual bersama salah satu pemenang pusingan pertama peraduan "Trader Wars"

Mikhail

Pelanggan yang dihormati,

Dalam bulan Disember, peraduan baru dari Alpari, iaitu "Trader Wars" telah bermula. Kami kini ingin memperkenalkan salah satu dari pemenang pusingan pertama, Mikhail yang menduduki tempat kedua. Kami mengadakan temubual bersama beliau untuk mengetahui sedikit sebanyak tentang rahsia kejayaan dalam perdagangan.

Apakah yang membuatkan anda mengambil bahagian peraduan ini? Dan adakah penyertaan dalam peraduan memberi kesan, atau mengganggu perdagangan anda?

Saya pernah menyertai peraduan sebelum ini, tetapi berhenti kerana nasib tidak menyebelahi saya. Apabila peraduan baru dilancarkan, saya merasakan bahawa ini merupakan peluang baru untuk mengambil bahagian dan mencuba nasib. Selama tiga minggu saya menumpukan perhatian terhadap peraduan, tetapi tidak mengganggu perdagangan biasa, dan hasil perdagangan memuaskan.

Apakah yang membezakan peraduan ini dengan peraduan sebelum ini?

Peraduan ini mempunyai dua peringkat. Peringkat pertama berjangka panjang, dalam mana, kesilapan masih boleh diperbetul, tetapi dalam peringkat kalah mati, sebarang kesilapan boleh membawa padah.

Sila sambung ayat berikut: "Forex adalah ..."

Forex adalah bidang yang menarik tetapi susah.

Apakah nilai murni yang anda inginkan untuk menjadi pedagang berjaya?

Saya tidak menganggap diri sendiri sebagai pedagang berjaya, maka saya tidak akan memberi nasihat untuk menjadi seorang pedagang yang berjaya. Mungkin suatu hari nanti, saya boleh memberi sedikit kata-kata sebagai nasihat, tetapi ia masih terlalu awal sekarang.

Adakah anda sejenis yang mengikut peraturan atau tidak, dan mengapa?

Ya, sudah tentu saya sentiasa mencuba untuk mengikut peraturan.

Apakah filem, buku, atau sumber bahan yang memberi kesan kepada anda sebagai seorang pedagang, dan mengapa?

Buat masa kini, saya masih dalam fasa menyelidik dan mencari bahan.

Apakah strategi perdagangan yang anda gemar, jangka pendek atau panjang?

Saya menerapkan strategi jangka pendek, kerana saya lebih mempercayainya.

Salam hormat,
Alpari

Klasik tidak ketinggalan zaman
Pilih kualiti dan kepercayaan untuk perdagangan dalam pasaran Forex. Akaun klasik standard.mt4 direka untuk kejayaan profesional anda!
Buka akaun

Ada laman web yang lebih baik untuk anda

Laman web baru yang menarik dengan perkhidmatan yang lebih sesuai untuk lokasi anda telah dilancarkan baru-baru ini!

Daftar di sini untuk mendapatkan Bonus Selamat Datang 30% anda.