Kami kini 19 tahun!

Temu bual bersama salah satu pemenang pusingan pertama peraduan "Trader Wars"

Tarikh penerbitan: 11 january 2018

Olga Ivanova

Pelanggan yang dihormati,

Dalam bulan Disember, peraduan baru dari Alpari, iaitu "Trader Wars" telah bermula. Kami kini ingin memperkenalkan salah satu dari pemenang pusingan pertama, Olga Ivanova yang menduduki tempat keempat. Kami mengadakan temubual bersama beliau untuk mengetahui sedikit sebanyak tentang rahsia kejayaan dalam perdagangan.

Selain dari perdagangan Forex, adakah anda mempunyai sumber pendapatan lain?

Boleh dikatakan bahawa saya masih baru menceburi bidang perdagangan, dengan hanya setahun pengalaman berdagang dengan akaun sebenar. Tetapi pada pendapat saya, bakat berdagang datang secara semula jadi untuk saya. Saya merupakan pakar bidang veterinar, dan memegang kerjaya dalam skop tersebut, tetapi suami saya yang mempunyai kemahiran dalam asas mata wang menarik minat saya untuk mengikuti jejak langkah beliau. Kami berdua terus bekerja bersama dan mampu hidup hanya dengan berdagang, sekiranya kami memiliki kaedah permulaan yang boleh dipercayai. Tetapi hidup penuh dengan dugaan dari segi pendapatan terhad, menjadikan permodalan untuk aktiviti berisiko sebegini sukar untuk diperoleh.

Bolehkah anda kongsikan pendapat anda mengenai peraduan baru ini. Pada pendapat anda, apakah yang membezakannya dari peraduan lain?

Saya merasakan bahawa sistem kalah mati adalah amat menarik - dan dalam peringkat kedua, anda harus mendapatkan hasil perdagangan yang lebih baik dari hari semalam, dan seharusnya tidak mengharapkan bahawa dagangan boleh diperbaiki dengan hari-hari yang mendatang. Walaupun ianya sukar untuk mengharungi peringkat kedua tanpa waktu rehat diantara pertarungan, saya cuba untuk mendapatkan sedikit waktu tidur selama beberapa jam sehari, dan mengambil sedikit masa untuk cuti dari bekerja di pejabat.

Apakah nasihat dari pakar kewangan yang paling efektif yang pernah anda memperoleh? Dan apakah nasihat yang paling tidak berguna?

Saya tidak pernah membaca nasihat yang tidak berguna dari pakar kewangan. Saya seringkali membaca analisis Ojimadu dalam laman web Alpari, idea perdagangan turut sama diterbitkan secara berkala, dan oleh kerana saya selalu menjalankan perdagangan dengan menjual dan membeli kedua-dua pasangan mata wang EURUSD dan USDJPY, saya hanya perlu menetapkan kadar pada mana penerbalikan dijangka, dan itu sahaja!

Apakah yang anda paling gemari dalam perdagangan? Dan apakah pula perkara yang anda tidak menyukai?

Dalam perdagangan, saya suka mempertaruhkan nasib, tetapi saya telah lama mempelajari untuk tidak terus bergantung kepada nasib secara sepenuhnya, tetapi untuk menaikkan deposit sedikit demi sedikit. Perasaan gementar secara khususnya dalam peraduan menjadikan pertarungan setiap hari sebagai keperluan. Dan disebabkan peraduan ini masih baru, pelbagai isu teknikal menghalang saya dari menumpukan perhatian sepenuhnya kepada perdagangan. Walau bagaimanapun, saya masih tetap memperoleh hasil perdagangan yang memuaskan.

Berikan kami tiga sumber, dari mana anda mengasaskan keputusan anda.

Hanya menggunakan ADX dan RSI untuk menentukan potensi trend, Bollinger Band, dan juga untuk mengesahkan titik peralihan Moving Average 50 dan 100.

Sekiranya anda boleh berjumpa dengan sebarang individu terkenal, sama ada dari masa kini atau zaman dahulu, dengan siapakah anda ingin berbual, dan apakah soalan yang anda ingin mengemukakan kepada beliau?

Berkemungkinan besar, saya ingin berjumpa dengan Gann, kerana beliau amat menarik dan penuh dengan misteri. Hasil usaha beliau kini membantu dalam bidang perdagangan untuk menentukan titik peralihan dengan ketepatan sehingga ke rangka masa minit. Tetapi tidak orang mengetahui bahawa penyelidikan beliau kini terbahagi kepada beberapa peralatan, dan hanya beliau yang mengetahui cara mengintegrasikan kesemuanya secara menyeluruh untuk membongkar rahsia Forex zaman moden. Perkara ini yang saya akan mempersoalkan beliau.

Adakah anda merasakan bahawa berdagang boleh menjadi kerjaya untuk semua orang? Atau terdapat sebahagian jenis yang dinasihatkan untuk tidak berdagang dalam pasaran mata wang asing?

Saya merasakan bahawa perdagangan adalah kaedah mendapatkan wang secara online yang mudah dan mampu milik, tetapi hanya sekiranya anda mengikuti beberapa garis panduan tertentu: "jangan takut, jangan tamak, dan jangan tergesa-gesa". Dan seperti yang diungkap oleh Lenin, "Belajar, belajar, dan sekali lagi belajar!". Saya mengucapkan selamat maju jaya kepada semua pedagang untuk pusingan peraduan yang akan mendatang.

Salam hormat,
Alpari

Kategori: Peraduan

Is
Se
Ra
Kh
Ju
Sa
Ah
Mgu
1
2
3
4
5
6
7
1
8
9
10
11
12
13
14
2
15
16
17
18
19
20
21
3
22
23
24
25
26
27
28
4
29
30
31
1
2
3
4
5
5
6
7
8
9
10
11
6

Lihat berita lepas

Kembali ke atas