Kami kini 19 tahun!

Aplikasi mudah alih Alpari terus meraih populariti antarabangsa

Tarikh penerbitan: 22 december 2017

Pelanggan yang dihormati,

Bilangan pedagang dan pelabur yang menggunakan aplikasi mudah alih jenama kewangan antarabangsa Alpari untuk menjalankan perdagangan dalam pasaran pertukaran mata wang asing telah melebihi 400 ribu berdasarkan maklumat statistik tahun 2017. Sehubungan dengan itu, untuk tahun yang mendatang, lebih dari 300 ribu pengguna baru, dari kalangan pelanggan Alpari seluruh dunia, memilih aplikasi mudah alih syarikat kami. Buat masa kini, terdapat tiga aplikasi dari perkhidmatan Alpari, iaitu Alpari Invest, Alpari Options, dan Alpari Mobile, yang meneruskan perkembangan aktif dalam pasaran antarabangsa.

Alpari Invest

Kami ingin mengingatkan bahawa perkembangan pertama pihak pakar IT Alpari merupakan aplikasi Alpari Invest, yang mengumpul maklumay paling lengkap dan terkini berkaitan semua produk pelaburan, yakni akaun PAMM, portfolio PAMM, dan produk berstruktur. Dengan bantuan perkhidmatan yang dilancarkan pada awal tahun 2014 ini, pelanggan Alpari mampu menguruskan pelaburan dari peranti mudah alih dengan sistem pengendalian iOS dan Android.

Alpari Options

Pada pertengahan tahun lepas, aplikasi mudah alih Alpari Options ditambah ke senarai perkhidmatan Alpari, yang kini beroperasi dengan sistem pengendalian iOS dan Android. Berikutan dari kemudahan dan keselesaan melaraskan tetapan, Alpari Options membolehkan malahan pedagang baru untuk mempelajari asas dan selok-belok perdagangan secara sendiri pada bila-bila masa, dan dimana jua.

Alpari Mobile

Pada awal tahun 2017, Alpari melancarkan aplikasi mudah alih Alpari Mobile untuk peranti dengan sistem pengendalian iOS, dan sejak awal bulan Ogos, Alpari Mobile tersedia untuk Android. Aplikasi ini memberi akses ke sebutan harga terkini untuk semua alatan utama dalam pasaran mata wang, indeks saham, niaga hadapan, stok, kadar faedah bank pusat, berita pasaran, dan analisis. Alpari Mobile turut sama membolehkan anda mendaftar untuk myAlpari, membuka akaun, dan memasukkan deposit.

Penyediaan kandungan tersendiri

Buat masa kini, aplikasi mudah alih Alpari menyokong interface dalam 9 bahasa: English, China, Sepanyol, Portugal, Vietnam, Indonesia, Arab, dan Farsi. Senarai bahasa ini akan diperkembang dalam masa terdekat. Dari kalangan perantauan makroekonomi dalam mana perkembangan mudah alih jenama kewangan antarabangsa Alpari paling popular adalah seperti Russia, negara Commonwealth, Eropah, China, India, dan beberapa negara dari Latin Amerika dan Afrika.

"Alpari sentiasa berusaha untuk memberikan tahap teknologi tinggi kepada para pelanggan. Kami telah mencipta produk dan perkhidmatan yang kini menerajui pasaran pertukaran mata wang asing, dengan ketersediaan fungsi yang luas, beserta dengan kemas kini struktur dan operasi yang berkala. Hari ini, kita menyaksikan peningkatan dalam permintaan untuk aplikasi mudah alih Alpari dari serata dunia. Komuniti professional antarabangsa senantiasa meraikan kemajuan kami dalam bidang perkembangan IT.", ungkapan dari Andrey Dashin, pemilik jenama kewangan antarabangsa Alpari.

Kami ingin mengingatkan bahawa dalam bulan Mei 2017, portal antarabangsa FX Empire menobatkan Alpari dalam pencalonan tahunan "Broker Forex terbaik". Kemenangan dalam pencalonan "Broker paling inovatif" dianugerahkan kepada Alpari berdasarkan undian lebih dari 81%. Sepertimana yang diucapkan oleh penganjur anugerah ini, kemenangan dalam pencalonan ini diberikan kepada broker Forex, yang mendahului pesaing dari segi kesempurnaan asas teknikal, kualiti, dan bilangan penerapan penyelesaian IT yang berjaya.

Salam hormat,
Alpari

Kategori: Anugerah dan penghargaan

Is
Se
Ra
Kh
Ju
Sa
Ah
Mgu
27
28
29
30
1
2
3
48
4
5
6
7
8
9
10
49
11
12
13
14
15
16
17
50
18
19
20
21
22
23
24
51
25
26
27
28
29
30
31
52
1
2
3
4
5
6
7
1

Lihat berita lepas

Kembali ke atas