Kami kini 19 tahun!

Kalkulator risiko: Kira jumlah optimum transaksi untuk membuka kedudukan

Tarikh penerbitan: 12 december 2017

Pelanggan yang dihormati,

Kami memperkenalkan pilihan baru untuk plug-in Autochartist dalam platform perdagangan MetaTrader, iaitu kalkulator risiko. Kalkulator ini membantu anda menjalankan perdagangan Forex dengan lebih selamat dan berkesan. Dengan bantuan kalkulator ini, anda boleh mengira jumlah transaksi untuk memasuki pasaran dengan tepat, bersepadanan dengan kadar potensi risiko yang boleh diterima.

Untuk berbuat demikian, tetapkan jumlah dana yang anda mampu untuk merisikokan, harga pembukaan pesanan pasaran atau pesanan tergantung, dan kadar Stop Loss, kalkulator kemudiannya akan mengira jumlah kedudukan ideal berdasarkan parameter yang ditetapkan.

Untuk mula menggunakan kalkulator adalah amat mudah, pilih "Navigator" dari menu toolbar "View". Kemudian, pilih ikon "Autochartist_Risk_Calculator" dari senarai penunjuk dari tetingkap "Navigator", klik dan tarik ke atas carta alatan perdagangan anda. Kalkulator risiko akan dipaparkan secara automatik.

Sila ambil perhatian bahawa untuk menggunakan kalkulator risiko, anda perlu memasang semula plug-in Autochartist dalam terminal MetaTrader 4 atau MetaTrader 5.

Kami berharap agar fungsi baru ini akan memanfaatkan anda!

Salam hormat,
Alpari

Kategori: Perkhidmatan baru

Is
Se
Ra
Kh
Ju
Sa
Ah
Mgu
27
28
29
30
1
2
3
48
4
5
6
7
8
9
10
49
11
12
13
14
15
16
17
50
18
19
20
21
22
23
24
51
25
26
27
28
29
30
31
52
1
2
3
4
5
6
7
1

Lihat berita lepas

Kembali ke atas