Kami kini 19 tahun!

Alpari membayar kepada pelanggan lebih dari 6 juta USD dalam program Alpari Cashback

Tarikh penerbitan: 22 november 2017

Pelanggan yang dihormati,

Lebih dari 6 juta USD telah dibayar oleh Alpari kepada para pelanggan sepanjang tempoh hampir tiga tahun berlangsungnya program Alpari Cashback. Pedagang, pelabur, dan pengurus dari serata dunia menggunakan mata ganjaran yang terkumpul untuk menetapkan syarat perdagangan bersama broker berdasarkan strategi yang diterapkan agar lebif efektif. Sehubungan dengan itu, peserta program Alpari Cashback menerima pulangan dalam akaun, kos untuk spread dikurangkan, pemindahan dana tanpa komisyen, penukaran mata ganjaran ke wang tunai, dan banyak lagi.

Untuk pasaran perkhidmatan pelaburan, program Alpari Cashback masih kekal sebagai program terulung. Kini, Alpari merupakan satu-satunya broker yang membenarkan pelanggan unuk mengembalikan kos yang dibelanjakan dalam bentuk wang sebenar dalam akaun. Pelanggan syarikat menerima mata ganjaran (ALP) untuk hampir setiap aktiviti, sama ada membuka akaun, memasukkan deposit, berdagang atau berlabur. Mata ganjaran yang diperoleh boleh digunakan untuk membeli diskaun dengan pulangan sebahagian dari kos perbelanjaan, atau boleh dikumpul untuk ditukarkan ke wang tunai.

Hari ini, antara diskaun paling popular dalam kalangan pelanggan Alpari merupakan pampasan untuk spread, dalam mana lebih dari 2.8 juta USD telah dibayar, pampasan komisyen akaun ECN - melebihi 600,000 USD, dan pampasan komisyen deposit - berjumlah sehingga 550,000 USD. Bilangan diskaun yang termasuk dalam program ini melebihi 400 ribu. Kebanyakan pelanggan boleh mendapatkan semula pulangan sehingga 10 ribu USD dan malahan lebih lagi.

"Dalam program Alpari Cashback, kami merealisasikan idea pendekatan tersendiri untuk setiap pedagang dan pelabur. Pelanggan memilih terma dan syarat perkhidmatan yang paling menguntungkan untuk masing-masing.  Populariti dan keberkesanan program bonus yang semakin meningkat dapat dilihat dengan nyata berdasarkan kejayaan produk ini dalam pasaran perkhidmatan kewangan. Kini, program Alpari setaraf dengan program lain dari perbadanan antarabangsa terkemuka dalam pasaran FMCG. Untuk masa akan datang, kami berhasrat untuk meneruskan perkembangan program Alpari Cashback, menambah bonus baru, dan juga perkhidmatan untuk ditawarkan.", ungkapan Pengerusi lembaga pengarah Alpari, Boris Shilov.

Untuk memudahkan penggunaan program Alpari Cashback, perkhidmatan telah direka untuk memantau dan menganalisis kos perdagangan, yakni "Perbelanjaan saya". Ruangan ini menunjukkan jumlah kos berikut dalam dolar AS: spread, komisyen akaun ECN, komisyen deposit, dan perbezaan kadar pertukaran apabila membuat pertukaran dana. Perkhidmatan ini tersedia untuk semua pelanggan Alpari dari seluruh dunia dalam myAlpari, bahagian Alpari Cashback.

Tahun ini juga menyaksikan pembaharuan struktur sistem, yang menjamin ketepatan pengiraan, dan prestasi tinggi apabila memproses data dengan jumlah tinggi dalam masa sebenar. Penyelesaian perisian software-hardware program Alpari Cashback dikembangkan dan dimajukan oleh Alpari dengan sendiri, menggunakan teknologi maju dalam bidang perdagangan elektronik.

Salam hormat,
Alpari

Kategori: Anugerah dan penghargaan

Is
Se
Ra
Kh
Ju
Sa
Ah
Mgu
30
31
1
2
3
4
5
44
6
7
8
9
10
11
12
45
13
14
15
16
17
18
19
46
20
21
22
23
24
25
26
47
27
28
29
30
1
2
3
48
4
5
6
7
8
9
10
49

Lihat berita lepas

Kembali ke atas