Kami kini 19 tahun!

Rekod turnover perdagangan Alpari pada bulan Oktober mencecah $121 billion

Tarikh penerbitan: 17 november 2017

Pelanggan yang dihormati,

Pada bulan Oktober, jenama kewangan antarabangsa Alpari menunjukkan turnover perdagangan dalam pasaran utama melebihi 121.6 billion USD. Ini merupakan kenaikan sebanyak 6% dari turnover dalam bulan September dan merupakan nilai bulanan tertinggi yang pernah dicapai dalam tahun 2017.

Jumlah dagangan untuk pasangan mata wang utama meningkat dalam bulan ini, dengan kenaikan turnover tertinggi ditunjukkan oleh pasangan mata wang EURUSD (+10%),  dengan kadar turun naik yang meningkat menyebabkan permintaan dalam kalangan pedagang menaik dengan ketara. Aktiviti dagangan yang tinggi turut sama dapat dilihat alatan perdagangan GBPUSD dan USDJPY, beserta dengan perkhidmatan akaun dan portfolio PAMM.

Rekod baru ini tercapai sehubungan dengan aktiviti dagangan pelanggan kami yang meningkat dan juga perkembangan jenama syarikat antarabangsa, dalam pasaran Asia Selatan dan negara di perantauan Lautan Hindi.

Alpari kini memasuki tahun kelima bekerjasama bersama Mauritius, dalam mana perkembangan terus berjalan dengan lancar. Setahun lalu di Eben, pusat perniagaan negara tersebut, Alpari membuka ibu pejabat. Pada bulan yang lalu, tanggal 27 Oktober, majlis sambutan anugerah diadakan di ibu pejabat Eben untuk menandakan ulang tahun pembukaan pertama. Upacara ini dihadiri oleh perdana menteri Mauritius, Hon Pravind Kumar Jugnauth, yang memuji Alpari dan jenama antarabangsa lain dalam membantu menjadikan negara tersebut sebagai pusat kewangan diiktiraf. Pemilik jenama kewangan antarabangsa Alpari, Andrey Dashin, menyatakan bahawa keterbukaan negara Mauritius kepada perniagaan memberikan keadaan pelaburan yang menyenangkan, menjadikan asas untuk kerjasama jangka panjang.

Bulan Oktober juga merupakan titik utama dalam perkembangan jenama Alpari ke Eropah. Majlis Suruhanjaya Pasaran Kewangan dan Kapital Latvia memutuskan untuk menganugerahkan lessen broker ke Alpari IBS AS (salah satu dari syarikat dibawah jenama Alpari). Persediaan kini sedang dilakukan untuk memulakan operasi di pejabat Latvia kami, yang kelak akan membuka kisah baru Alpari dalam pasaran Eropah.

Salam hormat,
Alpari

Kategori: Anugerah dan penghargaan

Is
Se
Ra
Kh
Ju
Sa
Ah
Mgu
30
31
1
2
3
4
5
44
6
7
8
9
10
11
12
45
13
14
15
16
17
18
19
46
20
21
22
23
24
25
26
47
27
28
29
30
1
2
3
48
4
5
6
7
8
9
10
49

Lihat berita lepas

Kembali ke atas