Kami kini 19 tahun!

Temu bual bersama juara pusingan ke-87 peraduan "Full Throttle"

Tarikh penerbitan: 2 november 2017

Full Throttle

Pelanggan yang dihormati,

Pemenang pusingan ke-87 peraduan "Full Throttle" merupakan individu misteri dengan nama samaran N, yang menunjukkan hasil dagangan hampir tiga kali ganda melebihi petanding yang menduduki tempat kedua dalam penilaian akhir peringkat peraduan. N enggan untuk mengumumkan nama sebenar, tetapi bersetuju untuk menjawab soalan kami - peluang emas untuk peserta mengenali pesaing dalam peraduan!

Berapakah masa yang diluang untuk berdagang? Adakah anda menganggap ini sebagai kerjaya atau hanya untuk mengisi masa lapang?

Saya hanya berdagang sebagai hobi, kini mencuba nasib dalam peraduan, meluangkan tidak lebih dari 10 jam dalam seminggu.

Adakah anda merasakan bahawa anda boleh menyara hidup dengan hanya berdagang?

Pada pendapat saya, perdagangan semata-mata tidak mampu menjamin kehidupan selesa untuk saya.

Bolehkah anda menyarankan bahan bacaan seperti buku atau artikel yang membantu anda memahami pasaran dengan lebih mendalam?

Saya pernah membaca tentang carta lilin Jepun, corak gelombang Elliot, dan kemudian mula menceburi bidang matematik statistik kerana saya mempunyai asas ekonomi dan matematik yang mencukupi.

Pakar analisis kami pernah menyebut tentang astrotrading dalam ulasan analisis pasaran. Adakah anda menggunakan kaedah yang tidak selalu digunakan ketika berdagang dalam pasaran mata wang asing?

Saya tidak merasakan bahawa saya mempunyai sebarang kaedah yang khusus. Apabila tiba masanya, saya bercadang untuk membangunkan robot dagangan, tetapi masih belum terjadi buat masa kini.

Salam hormat,
Alpari

Kategori: Peraduan

Is
Se
Ra
Kh
Ju
Sa
Ah
Mgu
30
31
1
2
3
4
5
44
6
7
8
9
10
11
12
45
13
14
15
16
17
18
19
46
20
21
22
23
24
25
26
47
27
28
29
30
1
2
3
48
4
5
6
7
8
9
10
49

Lihat berita lepas

Kembali ke atas