• Forex
  • Pelaburan
  • Program Alpari Cashback
  • Tawaran dan peraduan
  • Analisis
  • Cara bermula
  • Tentang kami

Temu bual bersama juara pusingan ke-201 peraduan "Formula FX"

Sergey Sobolyev

Pelanggan yang dihormati,

Pusingan ke 201 peraduan Formula FX telah berakhir dan Sergey Sobolyev telah dinobatkan sebagai juara. Kami telah mengadakan temu bual untuk mempelajari sedikit sebanyak tentang beliau dan rahsia kejayaan dalam perdagangan.

Bilakah anda memutuskan untuk mula berdagang dalam pasangan mata wang? Adakah anda mengingati sumber inspirasi untuk mula berdagang?

Saya mengambil keputusan untuk mula berdagang dalam pasaran mata wang pada tahun 2014, tetapi tidak mengingati apakah yang membuatkan saya berbuat demikian.

Sebilangan besar pedagang membiarkan emosi mengambil alih ketika berdagang. Bagaimanakah anda mengawal perasan ragu-ragu, kerisauan, dan keterujaan dalam pasaran?

Saya merujuk kepada penunjuk dagangan untuk menghilangkan rasa sangsi. Perasaan dan emosi bukanlah penasihat yang terbaik.

Adakah anda mempunyai sebarang kepercayaan atau barangan yang dipercayai membawa tuah? Bolehkah anda bergantung kepada nasib dan intuisi dalam perdagangan, atau adakah ia hanya bergantung kepada analisis dan pengiraan semata-mata?

Dalam perdagangan Forex, anda memerlukan kemahiran dan kefahaman pasaran yang mendalam. Dan elakkan dari membuka kedudukan dalam pasangan EURUSD.

Bagaimanakah anda meluangkan masa lapang?

Bersama anak-anak saya.

Siapakah idola anda dalam dunia kewangan, dan mengapa anda memilih idola tersebut? Sekiranya anda boleh bertanya sebarang soalan kepada idola anda, apakah persoalan yang anda akan kemukakan?

Saya ingin bertanya bukan kepada idola saya, tetapi anti idola, iaitu George Soros. Saya sama sekali tidak bersetuju dengan kaedah perdagangannya.

Salam hormat,
Alpari

Klasik tidak ketinggalan zaman
Pilih kualiti dan kepercayaan untuk perdagangan dalam pasaran Forex. Akaun klasik standard.mt4 direka untuk kejayaan profesional anda!
Buka akaun

Ada laman web yang lebih baik untuk anda

Laman web baru yang menarik dengan perkhidmatan yang lebih sesuai untuk lokasi anda telah dilancarkan baru-baru ini!

Daftar di sini untuk mendapatkan Bonus Selamat Datang 30% anda.