Kami kini 19 tahun!

Temu bual bersama pemenang peraduan "Formula FX" pusingan ke-201

Tarikh penerbitan: 1 november 2017

Oksana Gudzenko

Pelanggan yang dihormati,

Oksana Gudzenko merupakan salah satu dari pemenang peraduan "Formula FX" untuk pusingan ke-201. Kami mengucapkan tahniah kepada Oksana atas kejayaan tersebut dan telah menemu bual beliau untuk berkongsi sedikit sebanyak tentang rahsia kejayaan dalam perdagangan.

Pernahkan anda mencuba untuk menerangkan kerjaya anda sebagai pedagang kepada saudara-mara atau sahabat handai? Adakah mereka turut sama berkongsi minat?

Saya pernah menceritakan sedikit sebanyak tentang perdagangan. Sebahagian dari mereka sukar untuk mempercayai bahawa ia tidak mustahil untuk mendapatkan pendapatan tanpa perlu menggunakan tenaga kerja fizikal.

Apakah yang membantu anda kekal bertenang ketika dalam pasaran?

Kita tidak boleh membiarkan emosi mengambil alih kewarasan ketika melakukan perdagangan. Hanya pendedahan dan masa yang boleh membantu anda.

Apakah kaedah analisis pasaran yang digemari anda? Adakah anda berpegang kepada sebarang garis panduan dalam memilih strategi?

Saya berdagang menurut analisis carta lilin dan berita. Strategi yang saya gunakan sentiasa membuahkan hasil selama setahun, dan kadang-kadang terdapat perasaan atau firasat untuk arah pergerakan pasaran.

Bolehkah anda menceritakan pengalaman yang menarik sepanjang perdagangan? Secara contoh, tempoh apabila kelihatan seperti trend tidak berpihak kepada anda, tetapi kemudian berubah dan segalanya berjalan lancar semula. Pernahkah perkara sebegini berlaku dalam kehidupan seharian anda?

Saya tidak merasakan bahawa saya mempunyai pengalaman sebegitu sepanjang saya berdagang. Sekiranya pasaran bergerak menentang saya, tiada apa yang mampu menyelematkan keadaan kerana saya pada kebiasaannya membuka kedudukan dengan leverage yang tinggi. Saya bersyukur kerana tidak pernah mengalami situasi sebegitu dalam kehidupan seharian.

Adakah anda mempunyai sebarang idola dalam dunia kewangan? Sekiranya ada, mengapa anda memilih beliau sebagai idola?

Saya tidak mempunyai idola, kerana saya sukar untuk mempercayai sesiapa.

Apakah nasihat kewangan yang paling berguna buat anda?

Manfaatkan wang anda sebaiknya kerana menyimpan dana dalam akaun bank adalah tidak efektif.

Salam hormat,
Alpari

Kategori: Peraduan

Is
Se
Ra
Kh
Ju
Sa
Ah
Mgu
30
31
1
2
3
4
5
44
6
7
8
9
10
11
12
45
13
14
15
16
17
18
19
46
20
21
22
23
24
25
26
47
27
28
29
30
1
2
3
48
4
5
6
7
8
9
10
49

Lihat berita lepas

Kembali ke atas