• Forex
  • Pelaburan
  • Program Alpari Cashback
  • Tawaran dan peraduan
  • Analisis
  • Cara bermula
  • Tentang kami

Majlis sambutan meraikan ulangtahun ke 4 Alpari di Mauritius yang dihadiri oleh perwakilan kerajaan

31 Okt 201717:00

Pelanggan yang dihormati,

Sehubungan dengan ulangtahun ke 4 kehadiran Alpari di Mauritius, majlis sambutan telah diadakan di pusat perdagangan negara tersebut, Eben, pada 27 Oktober. Majlis tersebut dihadiri oleh perwakilan kerajaan Mauritius, yakni perdana menteri, Pravind Kumar Jugnauth. Tetamu diundang dengan ucapan pembuka oleh pemilik jenama antarabangsa Alpari, Andrey Dashin, yang menyatakan bahawa Mauritius memainkan peranan penting dalam pembangunan syarikat.

Andrey Dashin dan perdana menteri Mauritius, Pravind Jugnauth

Majlis sambutan meraikan ulangtahun kehadiran Alpari

“Mauritius yang menerapkan perundangan fleksibel dan progesif kini menawarkan syarat yang menguntungkan untuk menjalankan perniagaan. Ketelusan pengawal selia kerajaan dan pendekatan yang menumpukan kepada perniagaan menghasilkan suasana perniagaan yang positif untuk Alpari dan syarikat antarabangsa lain, sekaligus menetapkan asas untuk kerjasama jangka panjang pada masa akan datang. Alpari akan meneruskan kemajuan dan pembangunan dalam pasaran global dan untuk menyumbang dengan selanjutnya dalam menjadikan Mauritius sebagai pusat kewangan antarabangsa.” – ungkap Andrey Dashin.

Perdana menteri Mauritius, Pravind Jugnauth, menegaskan bahawa watak utama dalam pasaran antarabangsa seperti Alpari merupakan bukti keyakinan yang tinggi terhadap Mauritius. Kerajaan senantiasa bertungkus-lumus untuk memperbaik keadaan perniagaan negara dan rangka kerja pengawalseliaan, secara khususnya dalam sektor kewangan, dengan itu menarik perniagaan asing ke negara tersebut. Jugnauth turut sama menyatakan hasrat beliau untuk meneruskan kerjasama antara kerajaan negara dan syarikat Alpari dengan lebih lanjut. Mauritius kini berpotensi untuk dikenali sebagai pusat kewangan antarabangsa yang diiktiraf.

Andrey Dashin memberi ucapan pembuka Pravind Jugnauth, perdana menteri Mauritius

Salam hormat,
Alpari

Klasik tidak ketinggalan zaman
Pilih kualiti dan kepercayaan untuk perdagangan dalam pasaran Forex. Akaun klasik standard.mt4 direka untuk kejayaan profesional anda!
Buka akaun

Ada laman web yang lebih baik untuk anda

Laman web baru yang menarik dengan perkhidmatan yang lebih sesuai untuk lokasi anda telah dilancarkan baru-baru ini!

Daftar di sini untuk mendapatkan Bonus Selamat Datang 30% anda.