Kami kini 19 tahun!

Alpari menerima lesen broker pelaburan di Latvia

Tarikh penerbitan: 26 october 2017

Pelanggan yang dihormati,

Pada 24 Oktober 2017, Alpari Europe IBS AS, sebahagian dari jenama kewangan antarabangsa Alpari, menerima lesen broker pelaburan. Keputusan ini ditetapkan oleh Suruhanjaya Pasaran Kewangan dan Kapital negara Latvia, selepas menyemak permohonan yang dihantar oleh syarikat pada 29 Disember 2016. Lesen ini membolehkan Alpari membekalkan perkhidmatan di tanah air Latvia, termasuk kepada pelanggan dari negara lain. Syarikat tidak menolak kemungkinan untuk mengembangkan operasi ke negara ahli European Union pada masa hadapan.

Permit yang dikeluarkan tersebut memberikan Alpari IBS AS hak untuk menjalankan aktiviti broker pelaburan, termasuk menjalankan operasi melibatkan alatan kewangan sendiri, beserta melaksanakan pesanan dari pelanggan dari pihak mereka. Syarikat juga akan membekalkan perkhidmatan kewangan tambahan, termasuk analisis dan penyelididkan pasaran kewangan, yang membentuk saranan umum.

Syarikat kini sedang bersiap sedia untuk melancarkan aktiviti operasi, yang bersepadanan dengan keperluan perundangan, secara khususnya undang-undang Eropah MiFID II / MiFIR, yang akan berkuatkkuasa pada 3 Januari 2018. Sehubungan dengan itu, Alpari Europe IBS AS boleh menerima pelanggan baru bermula awal tahun hadapan. Buat sementara waktu, Alpari Europe IBS AS sedang menguatkan struktur dan membangunkan pejabat di Riga.

Kami juga ingin menyatakan bahawa pelaras Latvia terkenal dengan konservatif dan mengenakan keperluan yang ketat untuk pemohon lesen. Selain itu, Suruhanjaya Pasaran Kewangan dan Kapital di latvia, beserta dengan pihak berkuasa sektor tertentu, memantau aktiviti syarikat yang berlesen dengan teliti, menyemak secara berkala untuk memastikan keperluan perundangan sentiasa dipenuhi.

Tentang jenama:

Jenama kewangan antarabangsa Alpari, yang diasaskan pada 1998, jini merupakan salah satu dari jenama global yang membekalkan perkhidmatan dalam pasaran kewangan. Syarikat membekalkan perkhidmatan kepada melebihi sejuta pelanggan dari 150 buah negara berbeza dan telah menerima lesen dari 5 pelaras bidang kuasa berbeza, termasuk Rusia, Belarus, dan kini, Latvia. Turnover perdagangan syarikat melebihi 1 trilion USD pada tahun 2016. Jenama Alpari dimiliki oleh usahawan antarabangsa, Andrey Dashin.

Salam hormat,
Alpari

Kategori: Hal ehwal undang-undang

Is
Se
Ra
Kh
Ju
Sa
Ah
Mgu
25
26
27
28
29
30
1
39
2
3
4
5
6
7
8
40
9
10
11
12
13
14
15
41
16
17
18
19
20
21
22
42
23
24
25
26
27
28
29
43
30
31
1
2
3
4
5
44

Lihat berita lepas

Kembali ke atas