Kami kini 19 tahun!

Pengumuman pemenang peraduan "Pengurus portfolio terbaik" untuk suku tahun ketiga 2017

Tarikh penerbitan: 10 october 2017

Pelanggan yang dihormati,

Suka cita kami ingin mengumumkan keputusan peraduan "Pengurus portfolio terbaik". Satu pusingan dalam peraduan berlangsung setiap suku tahun, dalam mana pelabur bertanding untuk membuka dan menguruskan portfolio pelaburan.

Dana hadiah berjumlah 1,800 USD diperuntukkan dalam kalangan peserta yang menduduki tempat pertama hingga ketiga. Bilangan portfolio yang menyertai peraduan telah meningkat sebanyak 10 kali ganda sejak permulaan. Kami mengucapkan tahniah kepada semua pemenang, dan telah menjalankan temuduga bersama peserta yang menerajui penilaian, dalam mana beliau berkongsi rahsia kejayaan dalam pelaburan.

Tempat 1 — Roman Tolstenko, hadiah berjumlah 1,000 USD

PortfolioTANDPA

Roman Tolstenko

Hai Roman! Boleh ceritakan sedikit sebanyak tentang diri anda, dan berapa lama anda telah menceburi bidang pelaburan?

Saya berusia 35 tahun, tidak mempunyai sebarang pendidikan kewangan, malahan perniagaan kecil sekalipun. Saya berminat dengan pelaburan sejak 2011 dari segi mendapatkan pulangan yang lebih tinggi dari dalam bank. Saya semakin aktif pada tahun 2013 dan memberi kesan positif kepada masa hadapan saya. Secara khususnya, saya menemui sinar baru dalam perniagaan, dan berpendapat bahawa pelaburan adalah perniagaan kecil-kecilan dengan risiko yang serupa.

Bagaimana anda mengetahui tentang Alpari, dan apakah yang membuatkan anda mengambil bahagian dalam peraduan?

Alpari merupakan pilihan rujukan selepas kesilapan besar dengan broker-broker lain! Tiada masalah yang berlaku sepanjang saya menjadi pelanggan Alpari. Saya ingin mengambil kesempatan ini untuk memberi penghargaan kepada syarikat Alpari atas perkhidmatan yang memuaskan! Idea untuk menyertai peraduan datang begitu sahaja secara serta-merta. Hasilnya saya termasuk dalam penilaian top 10, dan pada pendapat saya, adalah disebabkan bahawa sasaran penyertaan saya bukanlah untuk memenangi peraduan tetapi untuk mengetuai penilaian.

Apakah kriteria utama anda apabila memilih akaun PAMM untuk portfolio anda?

Pelbagai perkara memainkan peranan penting dalam memilih akaun PAMM, tetapi secara khususnya: usia akaun, tahap agresif, kestabilan, dan faktor pemulihan. Secara sedar atau tidak, kebanyakan akaun yang dipilih adalah konservatif, menjadikan portfolio saya seimbang dan konservatif.

Adakah anda pernah mengubah komposisi portfolio atau menerima kejayaan dengan pilihan pengurus akaun sedia ada?

Komposisi portfolio tidak diubah, kerana ia akan bercanggah dengan idea utama. Apabila salah satu dari akaun dalam portfolio mengalami drawdown, ada juga terfikir untuk mengubah struktur, tetapi saya mengikut naluri dan ia membuahkan hasil seperti yang dijangka.

Sepanjang peraduan ini berjalan, adakah portfolio anda menerima pelabur baru, dan adakah ini memberi kesan kepada pengurusan anda?

Tiada pelabur yang muncul, dan saya merasakan bahawa ini adalah ideal untuk peringkat awal. Saya menutup tawaran selama dua bulan untuk memastikan idea saya berjalan lancar. Walau bagaimanapun, saya tidak merasakan bahawa prestasi portfolio akan terkesan kerana idea sentiasa kukuh.

Apakah pelan anda untuk masa hadapan? Adakah anda merancang untuk meneruskan pengurusan portfolio dan menerima pelabur baru?

Saya mempunyai pelbagai pelan dan idea baru dalam perancangan untuk masa hadapan. Portfolio akan dikekalkan dalam keadaan semasa dan tersedia untuk pelaburan. Tiada penggubalan akaun akan dilakukan buat sementara waktu. Pengurus akaun akan sentiasa dipantau dan perubahan boleh dilakukan mengikut prestasi (kemungkinan untuk menambah akaun adalah lebih tinggi dari untuk membuang akaun sedia ada). Saya harus menyatakan bahawa portfolio tersebut adalah konservatif dengan jangkaan yang realistik.

Adakah anda merancang untuk membuka portolio baru dengan potensi keuntungan lebih tinggi, atau sebaliknya dengan risiko lebih rendah?

Terdapat perancangan untuk portfolio dengan potensi keuntungan lebih tinggi. Pertama sekali, percubaan harus dilakukan secara sekurang-kurangnya enam bulan, dan kemudian barulah portfolio awam boleh dibuka.

Apakah nasihat yang boleh anda berikan kepada pelabur baru?

Pelabur baru memerlukan pengalaman, kesabaran, dan sedikit tuah untuk memilih akaun dengan efektif. Anda harus bersedia untuk menanggung kerugian sekiranya anda tidak akan menyesal.

Daniel Romanov meraih kedudukan kedua dan ketiga, dan beliau akan menerima 500 USD untuk tempat kedua (portfolio Amy USD) dan 300 USD untuk tempat ketiga (portfolio Amy).

Даниил Романов

Kepada mereka yang ingin mengasah atau membuktikan kemahiran pelaburan dan bertanding untuk mendapatkan hadiah utama sebanyak 1,000 USD, ambil bahagian dalam pusingan seterusnya. Maklumat lanjut mengenai peraduan boleh dibaca dalam halaman tawaran.

Sekali lagi kami mengucapkan tahniah kepada para pemenang dan semoga berjaya kepada semua peserta pusingan seterusnya!

Salam hormat,
Alpari

Kategori: Peraduan

Is
Se
Ra
Kh
Ju
Sa
Ah
Mgu
25
26
27
28
29
30
1
39
2
3
4
5
6
7
8
40
9
10
11
12
13
14
15
41
16
17
18
19
20
21
22
42
23
24
25
26
27
28
29
43
30
31
1
2
3
4
5
44

Lihat berita lepas

Kembali ke atas