Kami kini 19 tahun!

Temuduga bersama pemenang peraduan "King of the Hill" pusingan ke 35

Tarikh penerbitan: 6 october 2017

Pelanggan yang dihormati,

Albert Nasretdinov

Albert Nastredinov telah memenangi pusingan ke 35 dalam peraduan "King of the Hill". Kami mengucapkan tahniah dan telah menemuduga beliau dengan harapan agar menjadi panduan dan dorongan untuk mereka yang mencuba perdagangan pilihan binari.

Sudah lamakah anda menyertai peraduan pilihan binari atau adakah ini kali pertama anda mengambil bahagian?

Saya sentiasa mengambil bahagian dalam peraduan dari saat saya mengetahui kewujudannya. Saya telah menjadi pelanggan Alpari selama 3 tahun dan amat berpuas hati dengan syarat yang menguntungkan, dan juga bonus dan tawaran istimewa yang menarik. Saya juga telah beberapa kali memenangi hadiah dalam peraduan dan menduduki tempat pertama untuk tiga pusingan sebelum ini.

Adakah adrenalin dari menyertai peraduan membantu anda dalam melakukan perdagangan atau hanya menyebabkan anda hilang fokus?

Saya tidak lagi mengalami adrenalin dari peraduan kerana telah banyak kali melalui peringkat tersebut. Kini yang penting adalah kefahaman masa untuk berdagang atau tidak. Setiap saat adalah penting, anda tidak seharusnya berdagang dalam pasaran sekiranya keadaan dalam pasaran tidak jelas.

Bolehkah anda menceritakan tentang keuntungan maksimum dan kerugian terbesar yang pernah dialami?

Kerugian tidak terkira, dan begitu juga dengan keuntungan. Malah, setiap pedagang tidak terlepas dari menanggung kerugian. Apa yang penting pada pendapat saya adalah untuk mengimbangi kerugian dengan keuntungan, pastikan ia lebih besar dari kerugian. Saya merasakan bahawa keuntungan terbesar yang pernah diperoleh adalah melebihi 2,000% dari deposit awal. Walau bagaimanapun, saya sentiasa mencuba untuk memantau MM dan mengelakkan dari kehilangan 30% lebih dari deposit dalam sehari.

Adakah anda mempunyai sebarang tips atau kaedah untuk mengetahui arah pergerakan trend dan bolehkah anda berkongsi dengan para pembaca?

Saya lebih menggemari rangka masa pendek untuk perdagangan, strategi saya berkesan untuk input melawan trend, dan disebabkan itu saya tidak terlalu mengambil perhatian kepada arah pergerakan trend, sebaliknya hanya kepada kemunculan lantunan pergerakan harga sepenuhnya, pergerakan dalam koridor, dan juga sentiasa memantau ayunan dan kadar Fibonacci yang sangat penting.

Adakah anda merasakan bahawa berdagang boleh menjadi kerjaya untuk semua orang? Atau terdapat sebahagian jenis yang dinasihatkan untuk tidak berdagang dalam pasaran mata wang asing?

Dari pengalaman saya yang boleh dikatakan luas dalam berhubung dengan sebilangan besar pelabur, saya dengan yakin boleh menyatakan bahawa berdagang bukan untuk semua orang, tetapi semua orang boleh berdagang.

Bagaimanakah anda meluangkan masa lapang? Adakah anda mempunyai sebarang hobi?

Satu-satunya hobi saya adalah meluangkan masa bersama keluarga, disamping membaca buku, sudah tentu bukan hanya penulis tentang Forex seperti Steve Nison, Alexander Elder, dan lain-lain.

Apakah nasihat yang boleh anda berikan kepada peserta lain dalam "King of the Hill"?

Nasihat tunggal yang saya boleh berikan adalah berkaitan cara memasuki pasaran dengan sebenar. Anda boleh berpegang dengan tiga prinsip berikut. Pertama, pergerakan harga (pembentukan lilin, cara kemunculan dengan intensiti pergerakan). Kedua, kepentingan kadar, dan ketiga, tapisan yang digunakan dalam perdagangan, sama ada ketepatan kedudukan penunjuk, atau hanya seperti corak bintang di angkasa. Hanya dengan menepati tiga syarat tersebut, barulah anda dengan 90% keyakinan boleh membuka dagangan.

Salam hormat,
Alpari

Kategori: Peraduan

Is
Se
Ra
Kh
Ju
Sa
Ah
Mgu
25
26
27
28
29
30
1
39
2
3
4
5
6
7
8
40
9
10
11
12
13
14
15
41
16
17
18
19
20
21
22
42
23
24
25
26
27
28
29
43
30
31
1
2
3
4
5
44

Lihat berita lepas

Kembali ke atas