Kami kini 19 tahun!

Turnover perdagangan Alpari dalam separuh tahun pertama 2017 mencecah $600 billion

Tarikh penerbitan: 25 july 2017

Pemilik jenama Alpari, Andrey Dashin

Pelanggan yang dihormati,

Pada separuh pertama tahun 2017, turnover Alpari dalam pasaran utama adalah sebanyak $ 600.9 bilion. Jumlah ini melebihi 16% dari tempoh yang sama pada tahun 2016.

Turnover dagangan meningkat dengan majoriti dari pasangan mata wang yang paling diingini oleh pedagang dan pelabur. Pendorong utama kenaikan penunjuk adalah mata wang yen Jepun: maka turnover alatan paling popular, USDJPY, meningkat lebih dari dua kali ganda (115%), termasuk kenaikan dalam pasangan popular lain seperti GBPJPY (55%) dan EURJPY (61%).

Perdagangan emas dalam kalangan pelanggan Alpari terus meningkat. Pasangan mata wang XAUUSD menduduki tempat kedua dari segi kenaikan turnover berbanding alatan lain, menunjukkan peningkatan sebanyak 443% berbanding separuh tahun pertama 2016.

Turnover pasangan melibatkan franc Switzerland turut sama menunjukkan peningkatan ketara dalam separuh tahun pertama tahun ini. Turnover pasangan USDCHF meningkat sebanyak 33% dan alatan EURCHF menunjukkan kenaikan menghampiri dua kali ganda, sebanyak 98%.

Dalam separuh tahun pertama tahun ini, Alpari, jenama kewangan antarabangsa, telah membenangi beberapa anugerah kewangan berprestij. Alpari menerima anugerah untuk “Broker paling inovatif” dari portal industri antarabangsa terkemuka, FX Empire.

Alpari kini merupakan salah satu jenama kewangan antarabangsa terbesar, yang menawarkan syarat perdagangan yang paling kompetitif dan membekalkan pakej lengkap untuk teknologi online yang maju, pelbagai alatan perdagangan, perkhidmatan pelaburan, dan juga berita kewangan dan analisis. Aktiviti syarikat dibawah jenama Alpari, pandangan pakar, dan analisis sentiasa dimasukkan dalam liputan media antarabangsa.

Pada awal tahun 2017, Alpari mengembangkan perkhidmatan dalam sistem perhubungan popular dengan melancarkan akaun rasmi Telegram dan Viber, yang menunjukkan dinamik pelanggan baru yang tinggi. Alpari juga dengan jayanya memperkenalkan aplikasi mudah alih baru untuk pemaklumatan analisis, Alpari Mobile, yang tersedia dalam bahasa Inggeris, Indonesia, Vietnam, Rusia, Portugal, Sepanyol, Arab, dan Farsi. Lebih dari 200,00 pedagang dan pelabur dari serata dunia kini aktif dalam pasaran mata wang asing menggunakan aplikasi mudah alih Alpari dalam platform iOS dan Andoid. Syarikat meneruskan pemajuan aktif dalam perkhidmatan pelaburan, pembaharuan syarat perdagangan, dan program bonus Alpari Cashback.

Salam hormat,
Alpari

Kategori: Anugerah dan penghargaan

Is
Se
Ra
Kh
Ju
Sa
Ah
Mgu
26
27
28
29
30
1
2
26
3
4
5
6
7
8
9
27
10
11
12
13
14
15
16
28
17
18
19
20
21
22
23
29
24
25
26
27
28
29
30
30
31
1
2
3
4
5
6
31

Lihat berita lepas

Kembali ke atas