Kami kini 19 tahun!

Pengumuman pemenang peraduan "Pengurus portfolio terbaik" untuk suku tahun kedua 2017

Tarikh penerbitan: 14 july 2017

Salam hormat!

Keputusan peraduan pelabur “Pengurus portfolio terbaik” telah diumumkan, untuk pusingan yang berlangsung selama suku tahun. Dalam tempoh pusingan ini, pelabur boleh bertanding dengan menghimpun dan menguruskan portfolio mereka.

Jumlah hadiah adalah sebesar 1,800 USD dan diperuntukkan dalam kalangan peserta yang memenangi tempat pertama, kedua, dan ketiga. Pemenang untuk pusingan kali ini adalah:

Kami mengucapkan tahniah kepada pemenang, dan kami telah menemu duga pemenang tempat pertama dalam mana beliau berkongsi rahsia kejayaan beliau.

Tempat pertama — Andrey Selin, hadiah: 1,000 USD.

Portfolio Randoms 2.0

1 место Андрей Селин, приз 1 000 USD

Tahniah Andrey! Boleh ceritakan sedikit sebanyak tentang diri anda, berapa lama anda telah berlabur?

Saya menceburi pasaran Forex sejak tahun 2011, dan telah lama mempelajari bahan bacaan yang tersedia. Saya hanya mula melakukan perdagangan bebas dan juga pelaburan pada tahun 2016.

Mengapakah anda memilih Alpari, dan bagaimana anda memutuskan untuk menyertai peraduan ini?

Saya telah lama mengkaji maklumat berkaitan broker Forex, membandingkan penilaian dari pelbagai laman web, dan membaca ulasan pelanggan. Saya menggemari Alpari kerana perkhidmatan yang ditawarkan, bonus dan tawaran yang dijalankan, dan potensi mendapatkan pendapatan tambahan juga merupakan motivasi penyertaan peraduan perdagangan dan pelaburan. Lagipun, bukankah kita semua disini untuk mendapatkan keuntungan.

Apakah kriteria yang anda pertimbangkan apabila memilih akaun PAMM untuk dihimpunkan dalam portfolio?

Pulangan bulanan stabil, leverage yang digunakan dalam perdagangan yang minimal, dan akaun yang masih baru dibuka.

Pernahkah anda menukar komposisi portfolio atau kejayaan anda adalah dari pilihan pengurus akaun yang stabil?

Ini adalah portfolio PAMM kedua saya, dalam mana saya memutuskan untuk memilih pengurus akaun PAMM paling berkredibiliti dan meletakkan kepercayaan sepenuhnya sehingga peraduan berakhir.

Sepanjang pusingan ini berlangsung, pelabur baru mula muncul. Adakah perkara ini mempengaruhi pengurusan portfolio anda?

Tawaran umum pelaburan ditutup sepanjang penyertaan dalam peraduan kerana saya ingin menumpukan perhatian kepada pengurusan portfolio.

Adakah anda bercadang untuk meneruskan pengurusan portfolio dan menarik minat pelabur?

Sudah tentu, dan kini saya mula bercadang untuk mendapatkan pelabur.

Apakah nasihat anda kepada pelabur baru?

Akaun dengan potensi pulangan tinggi adalah berisiko tinggi, dan jangan hanya sekadar mengejar keuntungan mudah dan laju.

Tempat kedua — Aleksey Bagrintsev, hadiah: 500 USD.

Portfolio My23112016

2 место Алексей Багринцев приз 500 USD

Tempat ketiga - Vladislav Tkachev, hadiah: 300 USD.

Portfolio GATHER

3 место Владислав Ткачев, приз 300 USD

Kepada mereka yang ingin mengasah atau membuktikan kemahiran pelaburan dan bertanding untuk mendapatkan hadiah utama sebanyak 1,000 USD, ambil bahagian dalam pusingan seterusnya. Maklumat lanjut mengenai peraduan boleh dibaca dalam halaman tawaran.

Sekali lagi kami mengucapkan tahniah kepada para pemenang dan semoga berjaya kepada semua peserta pusingan seterusnya!

Salam hormat,
Alpari

Kategori: Peraduan

Is
Se
Ra
Kh
Ju
Sa
Ah
Mgu
26
27
28
29
30
1
2
26
3
4
5
6
7
8
9
27
10
11
12
13
14
15
16
28
17
18
19
20
21
22
23
29
24
25
26
27
28
29
30
30
31
1
2
3
4
5
6
31

Lihat berita lepas

Kembali ke atas