Kami kini 19 tahun!

Perdagangan untuk beberapa alatan bertukar ke mod Close Only

Tarikh penerbitan: 27 june 2017

Pelanggan yang dihormati,

Sila ambil perhatian bahawa bermula dari 27.06.2017, berikutan dengan kadar kecairan yang rendah dari pembekal, perdagangan dalam akaun ecn.mt4, pro.ecn.mt4, dan ecn.mt5 hanya akan berjalan dalam mod Close Only (hanya penutupan kedudukan dibenarkan) untuk alatan berikut: XAGAUD, XAGCHF, XAGEUR, XAGGBP, XAUAUD, XAUCHF, XAUEUR, XAUGBP, XPDUSD, XPTUSD, EURTRY, GBPTRY, TRYJPY dan USDTRY.

Keputusan untuk menggantung perdagangan dilakukan oleh kami atas saranan counteragent untuk alatan tersebut. Bilangan penjual dan pembeli dalam pasaran mata wang tidak mencukupi, dan kadar kecairan pasangan mata wang kekal rendah. Alpari turut mengesan permintaan rendah untuk alatan ini dalam kalangan pelanggan.

Pelanggan syarikat sentiasa dimaklumkan dengan serta-merta berkaitan perubahan syarat perdagangan, dan hingga kini, Alpari tidak pernah sekali pun menerima sebarang tuntutan berkaitan perkara ini.

Alpari menjangkakan penerusan perdagangan sepenuhnya untuk alatan tersebut dalam masa terdekat. Pelanggan syarikat akan segera dimaklumkan apabila perdagangan diteruskan.

Sekiranya anda mempunyai persoalan, sila hubungi pihak pakar kami melalui chat online, emel ke alamat malaysia@alpari.org atau melalui telefon di +44 8449 869559.

Salam hormat,
Alpari

Kategori: Syarat perdagangan

Is
Se
Ra
Kh
Ju
Sa
Ah
Mgu
29
30
31
1
2
3
4
22
5
6
7
8
9
10
11
23
12
13
14
15
16
17
18
24
19
20
21
22
23
24
25
25
26
27
28
29
30
1
2
26
3
4
5
6
7
8
9
27

Lihat berita lepas

Kembali ke atas