Kami kini 19 tahun!

Alpari memperbaharui teknologi ECN

Tarikh penerbitan: 25 may 2017

Pelanggan yang dihormati!

Alpari mengemas kini teknologi ECN untuk akaun dagangan. Pengenalan penyelasaian teknologi baru secara serentak dengan pemodenan infrastruktur server pengurusan beserta dengan tambahan pembekal kecairan baru dalam kumpulan membolehkan Alpari memperkenalkan beberapa pembaharuan ke akaun ECN, seperti:

  • Tempoh masa pelaksanaan transaksi dikurangkan lebih dari dua kali ganda, ke 48 ms
  • Spread kini lebih rendah dan titik purata untuk alatan EURUSD adalah sebanyak 0.5
  • Bilangan alatan perdagangan meningkat dari 59 ke 73

Disamping itu, kesemua enam pilihan tetapa pelaksanaan pesanan kini tersedia bukan hanya untuk pelanggan Alpari yang berdagang menggunakan akaun pro.ecn.mt4, tetapi juga untuk pelanggan dengan akaun ecn.mt4. Pembaharuan ini meningkatkan tahap efektif strategi perdagangandan boleh menaikkan potensi keuntungan dalam pasaran mata wang asing. Hari ini pedagang boleh menggunakan kemudahan seperti berikut:

  • Pelaksanaan pasaran dan Stop Order seperti Limit dengan slippage terhad tidak melebihi N titik (nilai dinyatakan oleh pelanggan)
  • Pembatalan pesanan tergantung apabila berada dalam gap harga
  • Pelaksanaan separa Limit Order
  • Rekod saiz slippage dalam ruangan Comment di MetaTrader 4
  • Pembatalan Stop Order apabila perbezaan antara harga pesanan dan harga pengaktifan adalah sebanyak N titik atau lebih (nilai dinyatakan oleh pelanggan)
  • Pelaksanaan pasaran Limit order
  • Pengaktifan Stop Order pada harga simetri

Kami ingin mengingatkan anda bahawa tetapan perdagangan dahulunya hanya tersedia untuk akaun pro.ecn.mt4, dimajukan oleh Alpari dengan sokongan AMTS Solutions. Teknologi ECN ini disifatkan dengan kestabilan yang tinggi, pemprosesan permohonan pelanggan berkelajuan tinggi, ketepatan pelaksanaan, dan piliihan pembekal yang tinggi. Dalam langkah pemodenan, Alpari kini beralih sepenuhnya ke teknologi sendiri dengan mengambil kira pengalaman positif dari kerjasama dengan rakan kongsi.

“Syarikat Alpari sentiasa menumpukan perhatian khusus dalam kemajuan inovatif yang membawa kepada perubahan berkualiti dalam perdagangan. Kami amat menghargai kerjasama lalu bersama AMTS Solutions, yang membolehkan pelanggan mencuba ciri-ciri dan fungsi baru, dan menjadi platform untuk Alpari menyebarkan penyelesaian berkesan ke produk lain dalam syarikat. Pembaharuan ini membolehkan Alpari untuk terus menawarkan syarat perdagangan dan tekonologi untuk dagangan menguntungkan kepada pelanggan,” petikan ucapan pengarah operasi Alpari, Alexander Novodvorsky.

Salam hormat
Alpari

Kategori: Syarat perdagangan

Is
Se
Ra
Kh
Ju
Sa
Ah
Mgu
1
2
3
4
5
6
7
18
8
9
10
11
12
13
14
19
15
16
17
18
19
20
21
20
22
23
24
25
26
27
28
21
29
30
31
1
2
3
4
22
5
6
7
8
9
10
11
23

Lihat berita lepas

Kembali ke atas