Kami kini 19 tahun!

Alpari menerima dua anugerah dalam “Broker Forex terbaik tahun 2016"

Tarikh penerbitan: 25 may 2017

Pelanggan yang dihormati,

Penghargaan dari FX Empire

Portal industri antarabangsa berwibawa FX Empire, yang memberikan berita bursa ke pedagang dan pelabur persendirian, telah mengiktiraf Alpari dalam penganugerahan tahunan “Broker Forex terbaik tahun 2016”. Hasil pengundian ribuan pengikut media online telah menganugerahkan Alpari kejayaan dalam dua kategori “Broker paling berinovatif” (melebihi 81% undian) dan “Broker paling dipercayai” (melebihi 55% undian). Seperti yang diungkap oleh pengajur majlis tersebut, pencalonan pertama diberikan ke broker Forex yang mengatasi pesaiing lain sehubungan dengan pembaharuan berterusan dalam asas teknikal, mengemas kini dan mengembangkan kepelbagaian produk.

Kemenangan dalam pencalonan kedua, “Broker paling dipercayai” dianugerahkan kepada Alpari atas perkhidmatan cemerlang dalam bidang pilihan binari. Peserta pengundian dan pihak pakar turut sama mengiktiraf ketelusan dan kualiti tinggi dalam perkhidmatan pelanggan yang ditunjukkan oleh syarikat kami.

Sehingga kini, Alpari menawarkan pelanggan salah satu dari syarat perdagangan terbaik, teknologi online yang  maju, pilihan alatan perdaganagan yang luas, produk pelaburan, beserta dengan analisis dan juga berita kewangan percuma. Pelbagai perkhidmatan telah dimajukan oleh pihak pakar syarikat yang kini menjadi standard piawai dalam industri ini.

Alpari setiap tahun menerajui penilaian antarabangsa dan dinobatkan anugerah berprestij untuk pencapaian professional dalam pasaran keangan Eropah, Timur Tengah, Asia Tengah dan Timur (UK Forex Awards, London Investor Show, MoneyAM Awards, World Finance, Banker Middle East, FX Traders' Choice Awards, ForexExpo). Secara khususnya, pada tahun 2016, syarikat telah memenangi anugerah berprestij nasional “The Financial Elite of Russia – 2016” dalam kategori “Broker forex terbaik tahunan”, dan juga kejayaan dalam pencalonan istimewa “Atas sumbangan dalam kemajuan perkhidmatan pelaburan”.

Alpari kini merupakan jenama bersepadu global yang terkenal, yang memiliki produk, perkhidmatan, dan tanda dagangan yang merupakan salah satu dari yang paling popular dan dikenali dalam industri kewangan. Lebih dari sejuta pelanggan dari 150 buah negara telah mendaftar dengan Alpari, diuruskan oleh melebihi 80 buah pejabat di seluruh dunia. Dalam pelbagai negara, kehadiran jenama Alpari memegang monopoli dari segi bilangan pelanggan dan jumlah operasi perdagangan. Pada hujung tahun 2016, agregat turnover dagangan Alpari telah melebihi $1 trillion.

Salam hormat,
Alpari

Kategori: Anugerah dan penghargaan

Is
Se
Ra
Kh
Ju
Sa
Ah
Mgu
1
2
3
4
5
6
7
18
8
9
10
11
12
13
14
19
15
16
17
18
19
20
21
20
22
23
24
25
26
27
28
21
29
30
31
1
2
3
4
22
5
6
7
8
9
10
11
23

Lihat berita lepas

Kembali ke atas