Kami kini 19 tahun!

Wang adalah kebebasan! Temu bual bersama pemenang pusingan pertama peraduan “Virtual Reality”

Tarikh penerbitan: 21 april 2017

Pelanggan yang dihormati!

Vladislav Stoyakin

Vladislav Stoyakin bergelar pemenang untuk pusingan pertama peraduan “Virtual Reality” kami. Selama tiga bulan, pedagang bertanding dalam peraduan perdagangan ini, dan walaupun dagangan dilakukan dalam akaun demo, hadiah yang diberikan adalah wang tunai sebenar.

Dalam temubual baru-baru ini, Vladislav bersetuju untuk berkongsi pengalaman bersama pembaca laman web kami:

Bagaimana anda bermula berdagang dalam pasaran Forex?

Saya mula berdagang saham dalam bursa Moscow, dan selepas itu memutuskan untuk menceburi bidang Forex. Saya berpendapat bahawa pasaran Forex lebih mudah diramal berbanding dengan bursa Moscow, dalam mana pergerakan harga saham boleh ‘diubah’ dengan hanya deposit yang besar oleh seorang pedagang, pergerakan yang tidak menentu dan bercanggah dengan logik dan analisis teknikal! Perkara sebegini telah banyak kali berlaku…

Pusingan peraduan ini berjalan dalam tempoh yang agak panjang. Apa yang mendorong minat anda untuk meneruskan perjuangan untuk sepanjang tempoh ini?

Pertama, penyertaan dalam peraduan ini sendiri merupakan kejayaan dan sesuatu yang boleh dibanggakan kerana lebih dari 6,000 pedagang telah menyertai peraduan ini!

Kedua, penilaian diri sendiri dalam perdagangan Forex berbeza-beza antara semua, dan sentiasa berbeza dari objektif. Dengan melihat kedudukan dalam jadual penilaian peraduan, kita boleh menyedari aspek sebenar yang lebih penting. Ini membolehkan anda menilai strategi perdagangan sendiri dengan lebih efektif.

Ketiga, peraduan ini merupakan latihan sebelum mula berdagang dengan akaun sebenar! Dari segi pembelajaran sendiri, peraduan memberikan kita jauh lebih banyak pengalaman berbanding sekiranya kita hanya berdagang dalam akaun demo semata-mata tanpa insentif.

Boleh ceritakan dengan lebih lanjut, apakah strategi perdagangan yang anda terapkan?

Perkara paling penting — mengenal pasti kecenderungan arah pergerakan harga pasangan mata wang. Saya menganalisis graf pergerakan untuk rangka masa mingguan dan mengesahkannya dengan rangka masa harian. Sebagai contoh, trend pasaran bergerak ke bawah. Justeru itu, hanya jualan. Transaksi belian sedikit berisiko.

Perkara kedua: saya memilih titik masuk pasaran, pada kebiasaannya sewaktu berlakunya penerbalikan harga yang berlawanan dengan trend asas. Sata sentiasa mencari corak lilin reversal dalam rangka masa harian. Dagangan dilakukan dalam rangka masa 15 minit, sejam, atau maksimum  4 jam. Stop Loss ditetapkan pada kadar yang rendah, atau kadang-kadang berdagang tanpanya, namun dalam kes ini, saya tidak mengalihkan perhatian dari skrin komputer saya. Sekiranya harga bergerak dalam arah yang dijangka, saya memindahkan kadar Stop Loss agar menjamin harga tanpa kerugian.

Ketiga: saya sentiasa kekal termaklum dengan berita terkini — dan untuk tempoh ini saya mengelakkan dari melakukan dagangan.

Saya menggunakan penunjuk Bollinger Bands, MACD, Moving Average dan Volumes. Tetapan adalah seperti biasa.

Pada pandangan anda, bolehkah kita mengganggap perdagangan Forex sebagai sumber pendapatan utama?

Pasaran Forex adalah seperti seseorang yang mempunyai personaliti senang berubah. Strategi yang menguntungkan semalam, tidak semestinya akan berterusan, dan pada hari ini boleh membawa kerugian.  Strategi yang memberi keuntungan pada hari ini, boleh membuatkan poket anda berlubang hari esok. Kita sebagai manusia juga berubah semakin kita membesar. Pada bila kita pada kebiasaannya dapat membuat keputusan dengan cepat, kini mungkin kita akan mula teragak-agak.

Disebalik ini semua, saya yakin bahawa terdapat golongon yang boleh mendapatkan pendapatan dengan stabil dalam pasaran Forex. Tetapi bagaimana mereka berbuat demikian? Setiap bulan, setiap minggu, setiap hari, malah setiap jam mereka memantau pasaran ini untukmengelakkan dari kehilangan wang mereka. Kerjaya yang sangat sengsara dan member tekanan pada pandagan saya.

Kemenangan anda — nasib badan semata-mata atau sememangnya munasabah untuk mendapatkan pendapatan dalam Forex tanpa membuat sebarang pelaburan sebenar?

Memenangi tempat pertama adalah sangat bertuah untuk saya. Peserta dengan nama gelaran forexrulezno menunjukkan kadar keuntungan 82.02%  dengan drawdown hanya 3.67%. Ini sungguh hebat. Sangat menakjubkan. Untuk saya, saya bertanding untuk termasuk dalam kedudukan 10 teratas. Pendapatan tanpa pelaburan? Jawapan saya: tiada apa yang mustahil.

Adakah anda merancang untuk menyertai pusingan seterusnya?

Sudah semestinya. Peraduan ini sangat menarik!

Apakah nasihat berkaitan kewangan yang paling menarik pernah anda terima?

Wang adalah kebebasan. Anda boleh membeli sesuatu (seperti kereta atau ) yang memberikan anda kegembiraan. Anda boleh menempah percutian di perlautan, bersantai di pantai di bawah cahaya matahari yang menyegarkan, berehat dengan cuaca yang menyelesakan, dan dengan itu, mendapat kegembiraan. Anda boleh membeli peralatan untuk mendaki gunung, memburu, atau dalam kes saya, memancing bersama rakan-rakan anda, sekaligus membuatkan anda lebih gembira. Moralnya: hidup ini pendek, wang tidak seharusnya disimpan lama-lama, sebaliknya, beli kegembiraan menggunakannya!


Dan dengan itu, berakhirlah temu bual bersama pemenang pusingan pertama peraduan “Virtual Reality”, Vladislav Stoyakin. Kami juga ingin mengingatkan anda bahawa pusingan seterusnya peraduan ini telah bermula. Daftar dan dapatkan hadiah sehingga 500 USD untuk memenuhi impian anda!

Salam hormat,
Alpari

Kategori: Peraduan

Is
Se
Ra
Kh
Ju
Sa
Ah
Mgu
27
28
29
30
31
1
2
13
3
4
5
6
7
8
9
14
10
11
12
13
14
15
16
15
17
18
19
20
21
22
23
16
24
25
26
27
28
29
30
17
1
2
3
4
5
6
7
18

Lihat berita lepas

Kembali ke atas