Kami kini 19 tahun!

Cara menjana lebih banyak keuntungan dalam Forex? Berdagang dengan ibu bapa anda!

Tarikh penerbitan: 14 april 2017

Pelanggan yang dihormati!

Rushan Giniyatullin

Pusingan ke 186 untuk peraduan “Formula FX” dimenangi oleh Rushan Giniyatullin, yang menunjukkan kadar pulangan sebanyak 780% dalam seminggu. Rushan bersetuju untuk ditemu ramah dan menjawab soalan untuk tetamu laman web Alpari. 

Berapa lama anda telah berdagang Forex?

Pengalaman berdagang telah melebihi 7 tahun, namun saya jarang menyertai peraduan. Nampaknya saya telah membuat pilihan yang betul.

Apakah pekerjaan anda? Adakah berdagang Forex pekerjaan utama anda?

Berdagang bukanlah satu-satunya aktiviti saya. Saya juga menjaga lebah dan lebih banyak mempelajari tentang mereka. Namun penyelidikan dalam pasaran dijalankan sepanjang masa.

Bolehkah anda ceritakan pendekatan anda dalam perdagangan? Cara menganalisis pasaran, penunjuk yang digunakan, dan adakah anda membaca analisis tambahan?

Saya tidak merujuk analisis, tetapi saya menggunakan MACD dari penunjuk, purata bergerak dengan tempoh 500 dan 700. Teknik perdagangan saya lebih kepada agresif, dan lebih menggemari jumlah dagangan besar dan memegang kedudukan untuk jangka masa sederhana.

Adakah anda menggemari perdagangan atau juga pernah membuat pelaburan?

Saya lebih menggemari perdagangan sendiri, saya berdagang dengan ibu bapa saya! Ibu bapa, penunjuk terbaik, mereka lebih berpengalaman dan berpandangan jauh. Saya tidak menceburi pelaburan, kerana mempunyai pengalaman pahit.

Apakah aktiviti yang anda lakukan pada masa lapang selain berdagang Forex?

Memancing adalah hobi saya sepanjang masa dan mengalihkan perhatian dari perdagangan, manakala air membantu membina semula kekuatan. Semoga anda semua sentiasa bersemangat untuk berdagang dalam pasaran!

Pusingan seterusnya untuk peraduan “Formula FX” bermula pada 17 April, daftar dan sertai peraduan untuk memenangi hadiah dengan nilai jumlah sebanyak 1620 USD.

Salam hormat,
Alpari

Kategori: Peraduan

Is
Se
Ra
Kh
Ju
Sa
Ah
Mgu
27
28
29
30
31
1
2
13
3
4
5
6
7
8
9
14
10
11
12
13
14
15
16
15
17
18
19
20
21
22
23
16
24
25
26
27
28
29
30
17
1
2
3
4
5
6
7
18

Lihat berita lepas

Kembali ke atas