Kami kini 19 tahun!

Tujuh puncak dalam setahun. Projek “Alpari di puncak dunia” mula berlangsung

Tarikh penerbitan: 8 february 2012

Pelanggan yang dihormati,

The First Press Conference

Pada 8 Februari 2012 dalam sidang media di hotel Swissotel Krasnye Holmy di Moscow , Alpari mengumumkan pelancaran sebuah projek baru — untuk mendaki tujuh puncak gunung tertinggi dari setiap benua, dipanggil Seven Summit. Pada 10 Februari, pasukan pendaki Alpari akan memulakan projek di Argentina untuk menawan puncak pertama, gunung tertinggi di Amerika Selatan, Aconcagua. Dengan tambahan perkembangan syarikat di seluruh dunia, pasukan ini mengharapkan agar dapat mempromosikan kelebihan gaya hidup aktif dan memupuk minat dalam aktiviti pendakian.

Perancangan projek ini adalah untuk mendaki gunung Aconagua, Kilimanjaro, Everest, Denali, Elbrus, Kosciuszko, dan Vinson, dan semuanya dalam tahun 2012. Tiada pasukan pendaki Rusia berjaya menawan kesemua tujuh puncak dalam tempoh setahun. Pasukan ini juga merancang untuk tidak menggunakan laluan yang biasa diambil semasa pendakian untuk memberi cabaran.

Mount Aconcagua – Stage I of the Project

Alpari telahpun menawan beberapa puncak sebelum ini: pada tahun 2010, pasukan Alpari telah mengibarkan bendera syarikat di puncak gunung Mont Blanc dan Kilimanjaro.

“Ini adalah tradisi yang mulia. Kami sama-sama mendaki, mengharungi halangan dan rintangan; cuaca sejuk, keadaan yang sukar, tetapi kami berjaya menempuhi segalanya,” Pengerusi Alpari, Andrey Dashin, memberi komen.

Alpari akan bekerjasama dengan beberapa organisasi utama untuk projek “Alpari di puncak dunia” ini, termasuk: Russian Mountaineering Federation, National Geographic (Rusia), Russkiy Reporter, Profile Magazine, Kommersant FM.

Salam hormat,
Alpari

Kategori: Anugerah dan penghargaan

Is
Se
Ra
Kh
Ju
Sa
Ah
Mgu
30
31
1
2
3
4
5
5
6
7
8
9
10
11
12
6
13
14
15
16
17
18
19
7
20
21
22
23
24
25
26
8
27
28
29
1
2
3
4
9
5
6
7
8
9
10
11
10

Lihat berita lepas

Kembali ke atas