Akaun PAMM Moriarti telah menetapkan rekod pulangan baru bagi perkhidmatan PAMM

30 Mac 202015:41

Pelanggan yang dihormati,

Kami dengan gembiranya mengumumkan bahawa perkhidmatan PAMM yang dibangunkan oleh Alpari pada tahun 2008 kini mempunyai pemegang rekod baru bagi akaun PAMM yang paling menguntungkan sepanjang masa! Rekod ini telah dipecahkan oleh pengurus akaun PAMM Moriarti yang ditampilkan secara konsisten di peringkat tinggi penarafan selama beberapa tahun yang lalu, hampir pada semua kategori termasuk bilangan pelabur dan jumlah dana di bawah pengurusan. Pencapaian penting dalam sejarah ini telah dicapai pada 25 Mac 2020 apabila pulangan sepanjang masa pada akaun tersebut mencapai 166,900%. Rekod sebelum ini iaitu 165,900% telah dipegang hampir 10 tahun oleh akaun Expensivebuyer.

Dalam usaha mereka untuk memecahkan rekod ini, pengurus akaun Moriarti baru-baru ini telah berjaya mengatasi penurunan yang terbesar dalam sejarah akaun tersebut selama 5 tahun hayatnya! Tambahan lagi, defisit ini telah berubah dalam tempoh seminggu, menjadikannya paparan yang menarik pada carta pulangan bulanan:

Moriarti_PAMM

Bagi mereka yang melabur dalam akaun Moriarti semasa penurunannya, ini memberikan peluang perolehan keemasan dalam keadaan krisis kewangan sekarang ini yang mana lebih banyak sumber pendapatan tradisional seperti akaun pelaburan kehilangan daya penarik. Pelabur yang membeli pada masa jurang melihat pulangan yang luar biasa kira-kira 300% dalam tempoh seminggu sahaja.

Untuk menandakan pencapaian yang penting ini, Alpari telah membuat keputusan untuk menambah penanda khas bertajuk "Pemecah rekod" yang boleh ditampilkan pada mana-mana akaun yang memecahkan rekod pulangan sepanjang masa perkhidmatan PAMM. Penanda ini akan memastikan bahawa akaun yang memecahkan rekod akan kekal berada di atas penarafan akaun PAMM selagi pulangan semasanya lebih tinggi daripada rekod sebelumnya, tanpa mengira sebarang penunjuk prestasi yang lain bagi akaun.

Kejayaan akaun Moriarti menunjukkan bahawa sekarang ialah masa yang tepat untuk menghasilkan pendapatan tambahan tanpa meninggalkan rumah! Sertai sekarang agar anda tidak terlepas peluang untuk memperoleh pendapatan dalam pasaran kewangan yang sentiasa berubah. Klik di sini untuk mengetahui lebih lanjut tentang cara untuk melabur dalam akaun PAMM atau cara menjadi pengurus.

Jika anda mempunyai soalan, sila hubungi pasukan sokongan pelanggan kami. Anda boleh menghubungi kami melalui perkhidmatan sembang dalam talian, e-mel di [email protected] atau telefon di +44 8449 869559.

Salam mesra,
Alpari

Klasik tidak ketinggalan zaman
Pilih kualiti dan kepercayaan untuk perdagangan dalam pasaran Forex. Akaun klasik standard.mt4 direka untuk kejayaan profesional anda!
Buka akaun

Ada laman web yang lebih baik untuk anda

Laman web baru yang menarik dengan perkhidmatan yang lebih sesuai untuk lokasi anda telah dilancarkan baru-baru ini!

Daftar di sini untuk mendapatkan Bonus Selamat Datang 30% anda.