Keperluan margin Alpari akan disatukan

Pelanggan yang dihormati,

Sila ambil perhatian bahawa Alpari sedang membuat perubahan pada jalur leveraj dan menyatukan keperluan margin bagi semua jenis akaun.

Khususnya, kami mengurangkan had bagi setiap jalur leveraj yang ditawarkan pada jenis akaun dengan pelaksanaan pasaran, di samping mengekalkan nilai leveraj bagi setiap jalur. Perubahan ini akan dilaksanakan terlebih dahulu pada akaun demo.ecn.mt4, demo.pro.ecn.mt4 dan demo.ecn.mt5 pada 01/05/2019 dan selepas itu digunakan pada akaun ecn.mt4, pro.ecn.mt4 dan ecn.mt5 pada 13/05/2019. Oleh itu, keperluan margin kami kemudiannya akan disatukan merentasi semua akaun.

Anda boleh mendapatkan keperluan margin semasa kami di sini.

Anda boleh mendapatkan butiran penuh syarat dagangan baru di sini.

Kami mengesyorkan anda mempertimbangkan perubahan di atas apabila merancang dagangan dan memastikan anda mempunyai ekuiti yang mencukupi pada akaun dagangan anda untuk menampung kedudukan terbuka anda.

Kami memohon maaf atas sebarang kesulitan yang mungkin berlaku dan kami berterima kasih atas kerjasama dan pemahaman anda.

Sekiranya anda mempunyai persoalan, sila hubungi pihak pakar kami melalui chat online, melalui skype (panggilan sahaja), emel ke malaysia@alpari.org atau melalui telefon di +44 8449 869559.

Salam hormat,
Alpari

Klasik tidak ketinggalan zaman
Pilih kualiti dan kepercayaan untuk perdagangan dalam pasaran Forex. Akaun klasik standard.mt4 direka untuk kejayaan profesional anda!
Buka akaun