Pelarasan dividen untuk CFD

Pelanggan yang dihormati,

Harap maklum bahawa bermula pada 18 Mac 2019, Alpari akan mula mengenakan pelarasan dividen apabila kedudukan pada CFD indeks kekal dibuka pada tarikh tanpa dividen.

Sila ambil perhatian bahawa tarikh tanpa dividen bagi saham merujuk pada masa bayaran dividen pada saham yang tertentu. Oleh sebab indeks saham terdiri daripada banyak saham, setiap kali salah satu saham yang terkandung dalamnya mempunyai tarikh tanpa dividen, begitu juga indeks itu.

Oleh itu, apabila pelanggan mempunyai kedudukan terbuka pada CFD indeks pada tarikh tanpa dividen, mereka akan dikenakan bayaran atau dibayar jumlah dividen tersebut.

Lebih khusus, jika pelanggan mempunyai kedudukan beli, akaun mereka akan dikreditkan dengan jumlah dividen tetap, manakala jika pelanggan mempunyai kedudukan jual, jumlah dividen akan didebitkan daripada akaun mereka.

Formula untuk mengira pelarasan dividen adalah seperti berikut:

Jumlah dividen (USD) * Saiz kontrak * Volum dalam lot (bagi indeks)

Pelarasan akan dibuat mengikut volum bersih kedudukan terbuka pada CFD pada penghujung setiap hari.

Selain itu, sila ambil perhatian bahawa mengikut fasal 16.1, subfasal (b) Perjanjian Pelanggan - "Pelanggan mengakui bahawa Syarikat berhak meminda nilai dividen seperti yang dinyatakan dalam Spesifikasi Kontrak tanpa pemberitahuan awal kepada Pelanggan."

Selain itu, sila ambil perhatian bahawa jumlah dividen tidak ditentukan mengikut budi bicara Alpari kerana ia juga bergantung pada caj dividen pembekal kecairan kami.

Oleh itu, jumlah dividen adalah sementara dan mungkin tertakluk pada perubahan bergantung pada sebarang pelarasan yang dibuat oleh pembekal kecairan kami.

Sekiranya anda mempunyai persoalan, sila hubungi pihak pakar kami melalui chat online, melalui skype (panggilan sahaja), emel ke malaysia@alpari.org atau melalui telefon di +44 8449 869559.

Salam hormat,
Alpari

Klasik tidak ketinggalan zaman
Pilih kualiti dan kepercayaan untuk perdagangan dalam pasaran Forex. Akaun klasik standard.mt4 direka untuk kejayaan profesional anda!
Buka akaun