Kisah syarikat Alpari

1998
1999
2000
2001
2002
2003
2004
2005
2006
2007
2008
2009
2010
2011
2012
2013
2014
2015
2016
2017
2018
2018

Tahun jubli

Jenama Alpari memasuki tahun bersejarah ulangtahun ke-20 dengan mengumumkan tawaran istimewa, menawarkan hadiah impian berjumlah 90,000 USD, 50,000 USD, dan 25,000 USD, nilai bersamaan dengan kereta mewah Mercedes GLS, BMW 5-series, dan Polaris Slingshot SL.

Karyakin dan Utkin

Alpari dan grandmaster catur Sergey Karyakin yang menduduki tempat kedua dalam World Chess Championship melanjutkan kerjasamaan penajaan dalam tahun 2018. Pengulas sukan terkenal, Vasily Utkin mewakili jenama Alpari tatkala Russia menjadi penganjur FIFA World Cup.

FX Empire Awards

Portal berita kewangan global terkemuka FX Empire buat kali ketiga menamakan Alpari sebagai "Broker Forex terbaik".

Ekspedisi berbasikal ke Kutub Utara

Penjelajah Bogdan Bulychev tiba di Kutub Utara pada 17 April, menanam bendera Alpari di titik paling utara, sekaligus mencatatkan dua rekod dunia, iaitu "Manusia pertama untuk tiba ke Kutub Utara menggunakan basikal" dan "Perjalanan mengelilingi dunia berbasikal paling pantas dalam hemisfera utara".

2017

Aplikasi Alpari Mobile

Dalam bulan Januari, Alpari melancarkan aplikasi mudah alih Alpari Mobile, memberikan maklumat terkini tentang pasaran kewangan dunia.

Alpari Forex

Pada 14 Mac, anak syarikat jenama antarabangsa Alpari, Alpari Forex, menyertai Association of Forex Dealers (AFD). Pada 1 Julai 2017, Alpari Forex melancarkan operasi di Russia.

FX Empire Awards

Pencapaian memberangsangkan dalam tahun 2016 memberikan Alpari anugerah "Broker paling inovatif" keseluruhan dan "Broker paling terpercaya" dalam industri pilihan binari dalam majlis anugerah FX Empire Awards.

Lesen di Latvia

Jenama kami menuruskan perkembangan dalam pasaran Eropah apabila Alpari Europe IBS AS menerima lesen broker pelaburan No. 06.06.11/490 oleh Financial and Capital Market Commission of Latvia pada 24 Oktober.

Turnover memecah rekod

Turnover perdagangan jenama Alpari meningkat sebanyak 29% dan mencecah 1.3 trillion USD.

2016

Permulaan perkembangan ke Asia

Dalam bulan Januari, Alpari menyertai pameran antarabangsa terkemuka iFXExpo di Hong Kong, memulakan langkah untuk berkembang ke Asia.

Alpari Cashback

Hasil pertama program Alpari Cashback dikira. Sejak mula dilancarkan, kami telah memberi pulangan semula kepada para pelanggan dengan berjumlah sehingga 2,350,000 USD.

Sokongan untuk Sergey Karyakin

Grandmaster catur Russia, Sergey Karyakin, menerima sokongan berterusan dari Alpari sejak 2012, memenangi kejohanan Candidates Tournament dan menerima hak bertanding untuk memenangi gelaran jaguh dunia.

Alpari tiba di Mauritius

Alpari membuka ibu pejabat di Mauritius dan memulakan rundingan bersama pemimpin negara untuk membuka pusat kewangan di perantauan Lautan India.

Lesen di Russia dan Belarus

Dalam bulan November, Alpari Forex menerima lesen dari Bank of Russia, sekali lagi membuktikan status sebagai salah satu dari broker paling terpercaya. Dalam bulan Disember, Alpari Eurasia menerima lesen dari National Bank of Belarus.

1998

Alpari. Permulaan

Jenama Alpari, syarikat yang kini beroperasi di serata dunia, ditubuhkan di Russia dalam keadaan ekonomi buruk pada tahun 1998. Kerajaan mengumumkan default kewangan. Nilai ruble jatuh merudum. Pasaran saham diambang keruntuhan. Pada saat itu, apabila segalanya kelihatan seolah-olah tiada harapan, pihak yang kemudiannya akan membangunkan dan kini memajukan syarikat ini, memutuskan untuk menceburi salah satu pasaran yang telah lama diabaikan kerana sering kali gagal – iaitu Forex.

Penubuhan jenama

Jenama Alpari ditubuhkan pada 24 Disember 1998. Hari tersebut menandakan pelancaran pusat urusan jenama Alpari Limited untuk beroperasi.

Ada laman web yang lebih baik untuk anda

Laman web baru yang menarik dengan perkhidmatan yang lebih sesuai untuk lokasi anda telah dilancarkan baru-baru ini!

Daftar di sini untuk mendapatkan Bonus Selamat Datang 30% anda.