Kami kini 19 tahun!

Kisah Alpari

Alpari kini merupakan salah satu syarikat peneraju dalam industri Forex. Sejarah kejayaan Alpari adalah kisah bagaimana selepas mengharungi jalan berliku yang penuh dengan onak dan duri, pengasas syarikat berjaya melepasi cabaran dari krisis ekonomi. Pusat perdagangan kecil kini berkembang menjadi syarikat antarabangsa di seluruh dunia. Status Alpari pada hari ini bukanlah hanya dari tuah badan, tetapi sebaliknya dari reputasi kami untuk perniagaan secara jujur dan amanah, kesetiaan kepada pelanggan, dan pendekatan perkembangan perniagaan yang berwawasan, yang merupakan nilai murni yang kami terapkan untuk mengekalkan warisan syarikat Alpari.

  • 1998

    Kerajaan gagal memenuhi tanggungjawab kewangan. Nilai ruble jatuh merudum. Pasaran saham diambang keruntuhan. Sektor kewangan Rusia membeku.

    Pada saat itu, apabila segalanya kelihatan seolah-olah tiada harapan, pihak yang kemudiannya akan membangunkan dan kini memajukan syarikat ini, memutuskan untuk menceburi salah satu pasaran yang telah lama diabaikan kerana sering kali gagal – iaitu Forex. Mereka membuat segala yang termampu, mesyuarat diadakan, model perniagaan diaturkan, dan pusat urusan ditubuhkan.

    Pada 24 Disember 1998, lahirlah syarikat yang kini terkenal di seluruh dunia. Sehingga kini, Alpari menyambut ulang tahun kelahiran pada tarikh tersebut sempena pembukaan pusat urusan kami untuk beroperasi.

  • 1999 - 2000

    Januari, 1999

    Seminar pengenalan Forex buat pertama kalinya dijalankan, dengan jemputan seperti pegawai bank dan firma pelaburan tempatan, dan juga sebilangan pelabur persendirian. Kebanyakan jemputan tersebut kini merupakan pelanggan setia kami.

    2000

    Alpari meneruskan perkembangan pesat dibawah pengurusan Andrey Dashin. Pembangunan paling ketara untuk Alpari dalam tahun ini adalah peralihan ke perdagangan online. Mesyuarat bersama pengasas MetaQuotes Software, Renat Fatkhulin, berlangsung dan Alpari kini akan menjalankan perdagangan secara online dalam platform baru yang dimajukan oleh mereka - MetaQuotes.

    Pada November 2000, pelanggan Alpari melakukan dagangan pertama melalui platform MetaQuotes. Pada masa tersebut, kami menawarkan 11 pasangan mata wang, dengan spread sebanyak 5 pip untuk alatan utama.

  • 2001 - 2002

    April, 2001

    Beberapa pelanggan kami. melihat potensi pertumbuhan dalam pasaran Forex, memutuskan untuk membuka pejabat Alpari dalam bandar mereka sendiri.

    November, 2001

    Pejabat Moscow Alpari pertama dibuka.

    November, 2002

    Kami memindahkan semua perdagangan demo ke platform terbaru, MetaTrader, yang lebih mesra pengguna beserta lebih banyak fungsi berbanding pendahulunya.

    Disember, 2002

    Rakan lama Alpari, Boris Shilov, menyertai pihak pengurusan atasan.

  • 2003

    Januari

    Kami melengkapkan pemindahan semua dagangan live ke platform MetaTrader.

    Oktober

    Pelaksanaan untuk empat pasangan mata wang utama kini akan menggunakan teknologi "Pelaksanaan serta-merta". Teknologi ini memberikan kemudahan untuk pelanggan membuat operasi dagangan mengikut sebutan harga broker tanpa perlu memohon harga terlebih dahulu. Sejak dari itu, kami berusaha untuk menerapkan teknologi ini secara beransur-ansur ke semua produk kami. Kini, semua alatan di Alpari diperdagang menggunakan teknologi tersebut.

  • 2004

    Mac

    Alpari menawarkan MetaTrader versi komputer poket secara percuma.

    Mei

    Alpari dan Agensi Prime-Tass menandatangani perjanjian yang membolehkan Alpari menawarkan data ekonomi dari Dow Jones Newswire kepada pelanggan.

    Jun

    Kami memutuskan untuk mengembangkan tawaran pembelajaran kami dengan membuka Akademi perdagangan Alpari.

  • 2005

    Januari

    Kami menjalankan peraduan perdagangan pertama untuk akaun live.

    Mac

    Kami menyambut pendaftaran pelanggan kami yang ke 10,000 dengan menghadiahkannya percutian untuk dua orang ke Kepulauan Сanaria.

    Ogos

    Alpari memperkenalkan platform perdagangan baru MetaTrader 4.

    September

    Perkhidmatan myAlpari dilancarkan, memudahkan pelanggan untuk menguruskan akaun Alpari mereka dengan selesa dan lebih selamat.

    Disember

    Tabung kebajikan Alpari ditubuhkan oleh pengerusi Alpari, Andrey Dashin.

  • 2006

    Alpari berkembang ke seluruh dunia!
    Kami kini mempunyai lebih dari 25,000 pelanggan.

    April

    Alpari menerima trofi untuk "Pameran terbaik" di Internet Trading Expo untuk tahun 2006.

    Jun

    Alpari mengambil bahagian dalam World Forex Expo 2006 di Shanghai, China.

    September

    Alpari (UK) Limited menerima lesen dari The Financial Services Authority (FSA, UK) untuk membekalkan perkhidmatan perdagangan online dalam pasaran Forex dan CFD. Dua bulan berikutnya, Alpari (UK) mula beroperasi.

    November

    Alpari (US) didaftar di New York (AS) untuk menjadi ahli CFTC dan NFA dan membekalkan perkhidmatan perdagangan online di AS.

  • 2007 - 2008

    April, 2007

    Alpari menjalani penjenamaan semula dan mempersembahkan imej
    barunya di International Internet Trading Expo tahun 2007.

    November, 2007

    National Futures Association (NFA) mengiktiraf Alpari (US), LLC sebagai
    Futures Commision Merchant. Alpari (US) juga mendapat lesen sebagai
    broker oleh Commodity Futures Trading Commission (CFTC).

    Ogos, 2008

    Syarikat baru kini dibuka dibawah jenama Alpari. Alpari Emirates
    menerima lesen oleh Dubai Department of Economic Development
    dan dibenarkan untuk menjalankan perniagaan di Dubai.

    November, 2008

    Alpari mula menawarkan laporan analisis teknikal dari Trading Central,
    sebuah syarikat pembekal penyelidikan pelaburan yang terkemuka.

  • 2009

    Julai

    Pelanggan ke 100,000 mendaftar dengan Alpari!

    Oktober

    Alpari merupakan yang pertama di Russia untuk menawarkan akses
    secara langsung ke pasaran mata wang melalui teknologi rangkaian
    komunikasi elektronik (ECN) dari Currenex.

    Disember

    • Alpari dinamakan sebagai "Syarikat terbaik tahunan" untuk kategori "Perkhidmatan brokerage" di anugerah National Awards 2009.
    • Alpari dinamakan sebagai "Syarikat Forex paling laju berkembang"
      untuk kategori "Foreign Exchange" oleh World Finance, UK.
  • 2010

    Mac

    Alpari menandatangani kontrak sebagai penaja rasmi FC Spartak Moscow,
    salah satu dari kelab bola sepak terbaik di Rusia.

    November

    Alpari memperkenalkan "Akaun emas", membolehkan perdagangan dalam
    akaun dengan denominasi mata wang yang berkait dengan harga emas.

    Disember

    • Alpari Financial Services Ltd menerima lesen (CIF No.129/10) oleh
      pengawal selia kewangan Eropah (CySec).
    • Video promosi oleh Alpari memenangi anugerah dalam acara
      European Excellence Awards untuk tahun 2010.
    • Alpari dianugerahkan "Broker pelaksanaan terbaik" untuk kategori
      "Foreign Exchange" oleh World Finance, UK.
  • 2011 (I)

    Jumlah dagangan terkumpul bulanan untuk syarikat yang bekerja dibawah jenama Alpari mencecah rekod baru sebanyak 210 billion dolar.

    Alpari (UK) menawarkan perkhidmatan kepada pelanggan dari Jepun selepas menerima CMS Japan KK.

    Januari

    Alpari menjadi penaja utama untuk pasukan New York Knicks (bola keranjang) dan New York Rangers (hoki). Alpari Brand di Madison Square Garden.

    Februari

    Alpari menaja salah satu acara terbesar dalam Forex, London Investor Show.

    Mac

    Alpari mula menawarkan kalendar ekonomi dari agensi Thomson Reuters.

  • 2011 (II)

    Forex Magnates menyenaraikan Alpari sebagai salah satu dari
    lima broker Forex terbesar di dunia dari segi jumlah dagangan.

    Jun

    Alpari (AS) dinamakan sebagai "Broker Forex Latin Amerika terbaik"
    di anugerah berprestij IBTimes Trading Awards.

    Julai

    Alpari (UK) menjadi penaja West Ham United, kelab bola sepak
    dalam Liga Perdana Inggeris (EPL).

    November

    • Alpari FS dan Alpari (UK) menerima anugerah dari kategori
      "Broker Forex terbaik" dan "Pembekal PAMM terbaik" dalam
      acara ME Forex & Investment Summit ke-9 di Abu Dhabi.
    • Alpari (UK) dinamakan sebagai ""Broker FX terbaik" dalam
      anugerah Shares Awards 2011.
  • 2012 (I)

    Forex Magnates menyenaraikan Alpari sebagai salah satu dari tiga broker Forex terbesar di dunia dari segi jumlah dagangan. Purata jumlah dagangan bulanan Alpari untuk tahun 2011 adalah sebanyak 202 billion dolar.

    Projek "Alpari di puncak dunia" berlangsung apabila Alpari menghantar pasukan pendaki untuk menakluk gunung tertinggi dalam setiap tujuh benua dunia dalam tempoh setahun.

    Januari

    Alpari kini menjadi penaja pasukan New Jersey Nets yang bertanding dalam NBA.

    Februari

    Alpari menaja Alpari World Match Racing Tour, kejohanan pelayaran profesional.

  • 2012 (II)

    April

    Perkhidmatan akaun PAMM dinamakan sebagai "Produk pelaburan terbaik dalam pasaran Forex" di anugerah Golden Phoenix Awards.

    Mei

    • Pasukan "Alpari di puncak dunia" mengibarkan bendera di puncak gunung Everest.
    • Alpari diiktiraf untuk pemilikan "Produk pelaburan terbaik dalam pasaran Forex" dalam acara anugerah International TIBO exhibition ke-19.

    November

    Alpari dinobatkan gelaran "Kecemerlangan dalam industri beserta reputasi unggul" dalam anugerah Forex Expo Awards 2012.

    Disember

    Projek "Alpari di puncak dunia" kini berakhir, dalam mana pasukan Alpari mendaki tujuh puncak gunung dalam tempoh 300 hari, sekaligus menetapkan beberapa rekod dunia.

  • 2013

    2013 merupakan tahun rekod kewangan Alpari. Turnover tahunan mencecah $1 trilion dalam bulan Ogos. Pada bulan November, turnover telah melebihi $1.469 trilion dan bilangan akaun terbuka yang aktif mencapai tahap 1 million.

    Februari

    Alpari melanjutkan kontrak dari 2011 dan menjadi penaja utama untuk
    West Ham United FC yang bertanding dalam Liga Perdana Inggeris (EPL).

    Oktober

    Alpari menaja pasukan biatlon kebangsaan negara Rusia.

    November

    Alpari Limited meyertai Persatuan Swap dan Derivatif Antarabangsa, yang menyatukan bank dan syarikat kewangan dari seluruh dunia.

    Disember

    Alpari menyambut ulang tahun ke-15.

  • 2014

    Pada bulan Disember, untuk pertama kali muncul dalam industri Forex, kami memulakan program bonus, dalam mana pelanggan boleh memilih sendiri syarat untuk perdagangan, pelaburan, dan pemindahan wang.

    Februari

    Kontrak rakan kongsi ditandatangani bersama kelab bola sepak FC Zenit.

    Julai

    Perkhidmatan analisis baru, iaitu "Idea pelaburan" telah dilancarkan untuk membekalkan maklumat terkini berkaitan saranan dan cadangan pelaburan dengan potensi keuntungan tinggi.

    September

    Kami melancarkan perkhidmatan baru untuk perdagangan pilihan binari.

  • 2015 (I)

    Mac

    pelanggan mendaftar dengan Alpari

    Januari

    Pada akhir Januari, pihak pengurusan atasan Alpari memutuskan untuk melawat Hong Kong, dimana mereka berjumpa dengan perbadanan pelesenan pasaran kewangan: Securities and Futures Commisision (SFC). "Asia merupakan pasaran yang paling berpotensi dan laju berkembang. Sehubungan dengan lawatan pihak pengurusan atasan Alpari ke Hong Kong, kami memutuskan untuk mula menyediakan dokumen untuk mendapatkan lesen yang diperlukan", petikan dari komen Andrey Dashin dalam lawatan tersebut.

    April

    Alpari melancarkan akaun baru berteknologi ECN dengan peningkatan kestabilan, ketepatan, dan pelaksanaan pesanan, membolehkan pelanggan syarikat untuk berdagang dengan syarat perdagangan yang sama seperti mana yang dikenakan kepada pedagang professional dalam bank dan market maker terbesar dunia, disamping membolehkan penggunaan robot perdagangan untuk menerapkan strategi yang kompleks dan pantas tanpa had.

  • 2015 (II)

    Ogos

    Alpari melanjutkan kontrak penajaan bersama kelab bola sepak dari St. Petersburg, FC Zenit.

    November

    • Alpari diiktiraf sebagai Broker pilihan binari terbaik di anugerah Finance Magnates Awards 2015 di London.
    • Perkhidmatan akaun PAMM kami berjaya menjalani audit pematuhan untuk penunjuk utama. Perkhidmatan ini dibekalkan oleh audit perundingan bebas, Baker Tilly Russaudit.

    Disember

    Alpari mula menawarkan perkhidmatan pembekalan maklumat baru, FXWirePro, membolehkan pelanggan untuk membaca berita kewangan dalam platform perdagangan MetaTrader 4.

  • 2016 (I)

    Januari

    Alpari menyertai pameran antarabangsa terbesar iFXExpo di Hong Kong, meneruskan langkah dalam perkembangan ke sektor perdagangan di Asia.

    Mac

    Dengan tajaan Alpari, grandmaster catur Rusia, Sergey Karyakin memenangi kejohanan Candidates Tournament dan menerima hak untuk bertarung untuk gelaran juara catur antarabangsa.

    April

    Hasil dari program kesetiaan Alpari Cashback dikira. Bermula dari saat ia dilancarkan, jumlah pembayaran kepada pelanggan kami melebihi 2,350,000 USD.

  • 2016 (II)

    Oktober

    Alpari membuka ibu pejabat di Mauritius dan memulakan rundingan untuk membuka pusat kewangan dalam kawasan Lautan Hindi.

    November

    Alpari diberikan lesen broker oleh Bank Rusia, membuktikan status sebagai salah satu dari broker bebas nasional yang dipercayai.

    Disember

    • Dengan tajaan Alpari, Sergey Karyakin menjadi naib juara dalam pertarungan untuk gelaran juara catur dunia.
    • Alpari Eurasia menerima pelesenan dari Bank Nasional Belarus.
    • Pada hujung tahun 2016, program Alpari Cashback telah membayar pampasan kepada pelanggan dengan jumlah melebihi 3.5 million USD.
  • 2017 (I)

    Januari

    Alpari melancarkan aplikasi Alpari Mobile, yang membolehkan pelanggan untuk kekal termaklum dengan berita terkini, mendapatkan sebutan harga semasa, dan juga menguruskan kewangan secara langsung dari peranti mudah aih ios.

    Februari

    Alpari melanjutkan penajaan grandmaster catur muda Rusia, Sergey Karyakin sehingga akhir tahun 2017, memberikan sokongan kewangan yang diperlukan untuk bertanding dalam sebarang kejohanan catur utama sepanjang tahun.

    Mac

    Aliran berita FxWirePro diterapkan dalam laman web Alpari, beserta dengan pelarasan untuk membolehkan pelanggan myAlpari memilih jenis berita yang akan dipaparkan.

    Mei

    Alpari dinobatkan sebagai "Broker paling inovatif" secara keseluruhan dan "Broker paling dipercayai" dalam bidang pilihan binari di anugerah berprestij FX Empire Awards.

  • 2017 (II)

    Ogos

    Selepas pelancaran versi iOS dalam bulan Januari, aplikasi Alpari Mobile kemudiannya tersedia untuk Android, dan dengan itu, menaikkan jumlah pengguna aplikasi mudah alih syarikat melebihi 400,000 menjelang penghujung tahun.

    Oktober

    Syarikat kami meneruskan perkembangan dalam pasaran Eropah selepas Alpari Europe IBS AS menerima lesen broker pelaburan dari Suruhanjaya Pasaran Kewangan dan Kapital negara Latvia.

    November

    Program Alpari Cashback menandakan satu titik bersejarah apabila jumlah bonus yang dibayar kepada para pelanggan melebihi 6 juta USD.

    Disember

    Tahun 2017 untuk Alpari berakhir dengan bergaya apabila turnover perdagangan Alpari melebihi 1.3 trillion USD, yang merupakan kenaikan 29% berbanding tahun 2016.

Kembali ke atas