Kami kini 19 tahun!

Tabung kebajikan Alpari

Bersama kita menjamin kebajikan

Bersama kita menjamin kebajikan

Perbuatan yang kecil boleh membawa perubahan yang besar. Sertai kami dan bersama kita membantu membekalkan kanak-kanak yang kurang bernasib baik dan menjamin masa depan yang lebih cerah buat mereka.

Program kebajikan

Tabung kebajikan Alpari

Matlamat utama kami — membantu kanak-kanak

  • Kami membantu keluarga dengan anak kurang upaya menanggung kos rawatan dan pemulihan.
  • Kami bekerjasama dengan program dan organisasi sosial yang memberi sokongan dan bantuan untuk anak-anak yatim.
  • Kami memberikan peluang pembelajaran dan rekreasi untuk kanak-kanak.

Di Alpari, kami melibatkan diri dalam pelbagai program inisiatif kebajikan untuk memberi bantuan pertolongan kepada kanak-kanak sebanyak yang termampu. Penyertaan kami dalam program sebegini telah menjadi tradisi untuk syarikat, tetapi anda dipersilakan untuk turut mengambil bahagian bersama kami!

Yayasan Dashin

Yayasan Dashin

Yayasan Andrey & Julia Dashin ditubuhkan pada 2014. Yayasan ini memberi bantuan dari segi kewangan kepada mereka yang memerlukan, disamping menyokong pembelajaran dan program kebudayaan di Cyprus dengan rakan kongsi bersama perwakilan perniagaan dan pihak berkuasa kerajaan EU.

Yayasan bertujuan untuk menyelesaikan masalah secara langsung dengan memberikan bantuan kewangan ke individu dan keluarga yang menghadapi kesempitan dari segi ekonomi dan sosial. Secara khususnya, yayasan ini menyasarkan untuk menangani masalah dan memperbaiki kehidupan mereka dengan menumpukan perhatian terhadap kesihatan masyarakat dan memastikan setiap keluarga berpeluang untuk mengubah hidup mereka menjadi lebih baik. Dengan tambahan, yayasan ini ingin mempromosikan sifat kesukarelaan dalam kalangan belia, menggalakkan penyertaan dalam aktiviti kebajikan dan menghulurkan bantuan ke pihak berkuasa tempatan dan organisasi bukan kerajaan lain yang memiliki matlamat dan etika yang sama.

Kembali ke atas