Apa itu analisis teknikal

Analisis teknikal Forex adalah salah satu cara yang paling kerap digunakan untuk meramal arah pergerakan harga. Anggapan bahawa pasaran akan mengulangi kitaran menjadi asas pegangan untuk kaedah analisis ini, bermakna pergerakan harga pada masa akan darang boleh ditentukan berdasarkan corak konsisten pergerakan pasaran sebelum ini. Pedagang membuat ramalan berdasarkan perubahan sebutan harga dalam graf untuk tempoh masa tertentu.

Analisis teknikal Forex

Dalam kata yang lebih mudah, analisis teknikal adalah analisis rekod sebutan harga, yang membantu para pedagang untuk menentukan kemungkinan arah pergerakan trend kemudian. Pedagang menggunakan kaedah analisis ini dengan menerapkan penunjuk teknikal yang boleh dijumpai dalam platform perdagangan. Penunjuk ini boleh diperoleh dalam pelbagai bentuk, maka setiap pedagang boleh membina strategi perdagangan untuk sebarang alatan, berdasarkan dari isyarat yang diperoleh dari penunjuk tertentu.

Analisis teknikal juga boleh terbahagi kepada beberapa jenis. Salah satu dari bentuk analisis yang paling kerap digunakan adalah analisis carta lilin. Kaedah analisis ini berguna kepada para pedagang untuk menentukan corak atau penerusan trend ("Head-Shoulder","Wedge","Double Peak", dan lain-lain) dalam rekod sebutan harga. Apabila salah satu dari corak tersebut muncul dalam graf, pedagang boleh menentukan pergerakan harga pada masa akan datang, dan juga kemungkinan berlakunya penembusan.

Terdapat program khas yang boleh menjalankan analisis teknikal. Program seperti Autochartist menganalisis pasaran untuk menentukan pembentukan analisis teknikal. Apabila program mengesan kemunculan corak, pemberitahuan akan dihantar kepada para pedagang dan mereka tidak semestinya perlu berada dihadapan komputer untuk menerima pemberitahuan tersebut, hanya perlu bertindak balas dengan segera apabila pemberitahuan tersebut diterima. Autochartist juga tidak semestinya dipasang dalam komputer anda, ia boleh berfungsi sebagai aplikasi web dan juga boleh dipasang dalam platform MetaTrader 4.

Analisis teknikal bukanlah jauh lebih sukar dari analisis fundamental. Walau bagaimanapun, pedagang baru disarankan untuk menggunakan analisis teknikal, kerana ia menyediakan bantuan dalam bentuk pelbagai program automatik, penunjuk, dan pakar penasihat. Namun begitu, harus diberi perhatian bahawa pedagang yang mencapai kejayaan menggabungkan analisis teknikal dan fundamental, dan dengan membuat ramalan berdasarkan maklumat dari analisis kewangan.

Kami ingin memperkenalkan perkhidmatan popular analisis teknikal untuk menjadikan perdagangan anda lebih efektif:

Baca ulasan dari pakar analisis dan gunakan segala perkhidmatan yang kami tawarkan.

Kongsi:

Artikel lain

Apa itu Prime brokerage?

27 November, 02:00

Alpari