Pasaran Forex: mitos dan realiti

Berikut merupakan petikan dari salah satu bahan bacaan klasik untuk para pedagang - "Cara-cara permainan dan penguasaan pasaran" oleh Alexander Elders.

"Sekiranya rakan anda yang tidak berpengalaman dalam berkebun memberitahu anda tentang rancangannya untuk menyara hidup dengan hanya bercucuk tanam dalam plot sebesar suku ekar, anda boleh membuat anggapan bahawa beliau akan berlaparan. Kita mengetahui jumlah hasil untuk tanaman dalam saiz sebegitu. Tetapi dalam dunia pedagangan, orang dewasa membenarkan diri mereka untuk membuat fantasi sebegitu."

Sebaik sahaja amatur menghadapi dugaan dan cabaran, dan beberapa kali menerima margin call, ketegasan dalam diri akan hilang. Amatur akan menjadi lebih pemalu dan mula menggambarkan idea yang menakutkan tentang pasaran kewangan. Mereka akan menjadi seperti kanak-kanak yang takut untuk melalui kawasan perkuburan, atau untuk melihat dibawah katil mereka kerana perasaan takut bahawa terdapat hantu. Situasi dalam pasaran yang tidak menentu merupakan resepi untuk fantasi berlegar-legar dari realiti.

Fantasi kita boleh mempengaruhi tingkah laku dan keputusan yang dilakukan secara sedar atau tidak. Pedagang seharusnya mampu membezakan fantasi mereka dari realiti untuk mencapai kejayaan dalam pasaran.

Dealer sementara, dan mitos lain berkaitan cara broker beroperasi

Pusat pelaksanaan beroperasi dengan tiga cara

1. Tiada satu pun kedudukan pelanggan akan dikunci (hedged) oleh counteragent luaran. Dalam kes ini, dealer akan menerima lebih manfaat sekiranya pelanggan menanggung kerugian, kerana sekiranya sebaliknya, keuntungan yang dikaut oleh pelanggan datangnya dari dealer sendiri. Benar bahawa kebanyakan syarikat dealer beroperasi berdasarkan struktur sebegini dalam tahun pertama dari pembukaan kerana mereka masih belum mempunyai jumlah dagangan yang mencukupi untuk menjalankan hedging pada kedudukan pelanggan antara bank pasaran Forex (lot standard adalah sebanyak 0.5 juta). Kebanyakan dealer tidak merisikokan situasi dalam mana pelanggan boleh mengaut keuntungan yang besar sehingga syarikat tidak mampu memenuhi jumlah tersebut. Untuk mengelakkan dari perkara tersebut terjadi, sebilangan besar dealer "membantu" pelanggan untuk menanggung kerugian, tingkah laku yang merosakkan reputasi industri tersebut.

Pada hari-hari awal Forex, hanya terdapat sedikit pusat urusan dan kebanyakan dari pusat tersebut tidak mempunyai pelanggan yang mencukupi untuk melakukan hedging dalam pasaran yang lebih besar. Hasilnya, untuk mengurangkan keuntungan pelanggan yang akan ditanggung oleh syarikat, kebanyakan dealer mula melibatkan penyelewengan dalam perdagangan para pedagang. "Slippage", melaksanakan pesanan pada harga yang kurang menguntungkan untuk pedagang, merupakan beberapa kaedah yang diterapkan oleh pusat dealing untuk mensabotaj pelanggan sendiri. Tetapi masa sentiasa berubah. Pusat dealing yang mempunyai permulaan yang kukuh berjaya menyelamatkan diri dan mendapatkan pelanggan yang besar. Dan disebabkan syarikat yang besar pada kebiasaannya tidak ingin merisikokan reputasi sendiri hanya untuk mendapatkan sedikit keuntungan dari pelanggan, pengamalan dealing yang mencurigakan kini beralih ke dunia pusat pengurusan yang tidak boleh dipercayai yang sentiasa berubah.

Apabila dealer mempunyai bilangan pelanggan yang besar dan tidak lagi dalam fasa latihan, perkara menjadi semakin jelas:

  • Untuk jangka masa panjang, keuntungan yang dijana oleh pusat pengurusan yang tidak boleh dipercayai (yang beroperasi untuk melawan pelanggan) adalah menyerupai keuntungan yang boleh dijana dari spread (disebabkan bahawa keuntungan dan kerugian syarikat berbanding pelanggan akan seimbang semakin lama tempoh beroperasi). Lambat laun, hanya bilangan pelanggan yang besar boleh menjamin prestasi yang memberangsangkan - dan ianya bergantung sepenuhnya kepada reputasi syarikat anda.
  • Reputasi yang baik dan pelanggan setia adalah lebih menguntungkan berbanding dengan keuntungan sementara yang diperoleh dari kerugian yang ditanggung oleh pelanggan sendiri. Disebabkan ini, dealer yang melakukan semua proses secara dalaman akan secara tidak langsung mengabaikan amalan yang tidak beretika (pelaksanaan yang tidak tepat, mengaut stop loss, dan lain-lain), yang sering kali diamalkan oleh pusat dealing yang tidak boleh dipercayai.
  • Syarikat menjadi lebih berharga dan tidak berbaloi untuk merisikokannya hanya kerana sebahagian pelanggan bernasib baik dan memperoleh keuntungan yang besar.
  • Akaun pelanggan berkembang (tanda reputasi yang baik) dan lebih banyak pelabur dengan dana besar menyertai syarikat, kebanyakan dari mereka mencapai kejayaan hasil dari pengalaman profesional dan latihan yang berkesan.

Semakin berkembang pusat dealing, pihak pengurusan mula mempertimbangkan untuk menerapkan hedge dalam kedudukan pelanggan, dan hasilnya, beralih ke model perniagaan kedua.

2. Kedudukan bersih pelanggan dikenakan hedge dalam pasaran antara bank. Ini bermakna kedudukan bersih pelanggan (dengan jumlah yang telah dipersetujui terlebih dahulu) dikunci dalam pasaran utama. Ini bermakna syarikat tidak akan memperoleh sebarang manfaat dari berdagang berlawanan dengan pelanggan. Kini, pelanggan yang berjaya dalam perdagangan tidak lagi meletakkan syarikat dalam kedudukan dengan risiko untuk mengalami kegagalan.

3. Setiap kedudukan pelanggan dikenakan hedge dalam pasaran antara bank. Berdasarkan sudut pandangan pelanggan, model perniagaan ini tidak mendatangkan sebarang kebaikan berbanding model perniagaan yang disenaraikan diatas. Beberapa keburukan model perniagaan ini adalah:

  • keperluan baki akaun dan dagangan minimum yang tinggi
  • pelaksanaan yang perlahan

Apabila artikel ini dikarang, Alpari mempunyai lebih dari 7,200 pelanggan, membolehkan syarikat menggunakan model perniagaan kedua.

Mitos bahawa untuk mendapatkan keuntungan dalam Forex adalah mustahil

Kerap disebut bahawa 90% dari mereka yang berdagang menggunakan leverage dalam pasaran kewangan akan kehilangan wang mereka. Malangnya, perkara ini benar. Hal ini adalah kerana, sekiranya kita menganalisis bagaimana golongan 90% tersebut melakukan perdagangan, kita boleh menyimpulkan perkara tidak betul yang dilakukan oleh pedagang tidak berjaya:

  • Tidak memahami asas analisis dengan betul: pedagang tidak berjaya tidak menggunakan analisis teknikal dan fundamental dengan betul.
  • Tidak memahami selok belok perdagangan: saya kini ingin menerangkan menggunakan contoh dari pengalaman saya sendiri. Sewaktu saya masih baru dalam analisis teknikal, dan ingin melakukan analisis untuk mata wang, sebagai contoh, yen Jepun. Saya memerhatikan carta rangka masa mingguan, dan penunjuk mengarah ke bawah, seperti mana dalam carta harian, dan juga carta 4-jam, termasuk rangka masa 5 minit. Saya secara langsung memutuskan untuk membuka kedudukan kerana semua penunjuk mengarah ke arah yang sama. Hasilnya langsung tidak menyebelahi saya, membuatkan saya mula untuk memikirkan semula asas analisis teknikal yang saya gunakan. Benar bahawa perkara tersebut bukanlah disebabkan dari analisis teknikal, tetapi akibat dari kefahaman saya yang tidak betul. Carta harian dan mingguan menunjukkan bahawa trend keseluruhan adalah kebawah. Rangka masa pendek menunjukkan bahawa pergerakan mengikut arah trend telahpun berlaku dan rupa-rupanya telah mencecah dasar. Waktu yang ideal untuk menjual adalah sekiranya carta harian dan mingguan menghala ke bawah, tetapi carta 4 jam menunjukkan trend bullish (melantun dari bawah) dan carta per jam menunjukkan pergerakan menaik telahpun terhenti (sebagai contoh, apabila pedagang bull mula terbahagi).
  • Tidak mengikuti panduan pengurusan wang yang betul:
    • Langsung tidak menetapkan pesanan stop loss
    • Stop loss ditetapkan terlampau hampir dengan harga pembukaan. Pesanan stop loss dalam pasaran Forex seharusnya tidak kurang dari 40-50 titik pip dari harga ketika anda memasuki pasaran. Pesanan stop loss yang ditetapkan terlampau hampir mempunyai lebih kemungkinan untuk ianya tercetus kerana ianya agak sukar untuk anda memasuki pasaran tepat pada puncak atau dasar pergerakan pasaran. Dalam kata lain, walaupun analisis anda adalah betul, masih terdapat kemungkinan untuk berlaku pergerakan harga berlawanan dengan yang anda inginkan pada mulanya. Pergerakan sebegitu boleh mencecah sehingga 10-15 pip, dan ditambah dengan titik pip spread, dianggap sebanyak 5 pip. Dan sekiranya ulang alik dalam pasaran diambil kira (10-15 pip), pesanan stop loss yang ditetapkan dibawah 40-50 pip dari harga kemasukan dalam pasaran berpotensi tinggi untuk tercetus.
    • Tidak mengekalkan nisbah untung-rugi sebanyak 2/1.
    • Anda kerap mengaut keuntungan hanya sebanyak 5 pip, tetapi sanggup untuk kekal memegang kedudukan dengan kerugian sehingga melebihi 100 titik pip. Dalam kes ini, anda memerlukan sehingga 20 kedudukan yang menguntungkan hanya untuk mengimbangi semula kerugian yang ditanggung dari satu dagangan yang buruk. Ini bermakna kadar kejayaan anda akan mencecah 95%, nilai yang mustahil untuk dicapai, bahkan oleh pedagang profesional, yang pada kebiasaannya hanya betul sekadar 75-80% pada kebiasaannya.
  • Mengasaskan perdagangan berdasarkan turun naik yang kecil: saya merasakan bahawa pasaran pada biasanya menunjukkan pergerakan dalam julat 10 titik pips (pesanan besar dalam bank akan menolak harga naik atau turun sebanyak 5 pip, dan selepas itu harga akan kembali ke kadar sebelum ini. Pembekal sebut harga seperti market maker turut sama akan memaparkan harga yang sedikit berbeza). Andaikan bahawa perkara ini masih belum boleh dibuktikan. Hal ini bermakna:
    • Analisis rangka masa per minit membolehkan anda melihat pergerakan 15 pip. 66% daripadanya adalah julat pergerakan pasaran (10 pip).
    • Analisis rangka masa 5 minit membolehkan anda melihat pergerakan 30 pip. 33% daripadanya adalah julat pergerakan pasaran.
    • Analisis rangka masa per jam membolehkan anda melihat pergerakan 100 pip. 10% daripadanya adalah julat pergerakan pasaran.
    • Analisis rangka masa harian membolehkan anda melihat pergerakan 500 pip. 2% daripadanya adalah julat pergerakan pasaran.

Bacaan ini adalah hanya secara hipotesis, hanya konsep yang penting untuk diambil kira. Ramai yang tidak mengetahui bahawa kebanyakan masa yang digunakan hanya dihabiskan untuk menentukan julat pergerakan pasaran apabila menganalisis tempoh masa pendek. Julat pergerakan pasaran tidak boleh dijangka. Walau bagaimanapun, pasaran masih boleh diramalkan sekiranya kita menumpukan lebih banyak perhatian kepada tempoh masa panjang.

Sekiranya anda belum memperoleh kejayaan dalam Forex, kaji semula perkara yang telah saya sebut diatas, dan lakukan kesimpulan untuk memperbaik perdagangan anda. Untuk mencapai kejayaan dalam pasaran Forex, anda memerlukan pengetahuan tertentu, tetapi anda juga perlu memahami cara mengikut garis panduan yang berkaitan dengan pengurusan wang.

Mitos: Tiada broker yang mencukupi dalam firma broker, memandangkan dagangan mengambil masa yang lama untuk dilaksanakan dalam tempoh ketika kadar turun naik harga adalah tinggi.

Kelewatan boleh disebabkan oleh perkara berikut:

  • Perisian atau rangkaian tidak mampu menanggung kenaikan trafik dalam tempoh ketika kadar turun naik harga adalah tinggi.
  • Broker kekurangan staf.

Persoalannya kini, mengapakah broker yang mengalami masalah tersebut masih tetap mengalami kelewatan apabila memproses pelaksanaan pesanan?

Model perniagaan paling umum untuk syarikat besar adalah yang kedua (lihat diatas) - dalam mana syarikat mengenakan hedge pada kedudukan bersih pelanggan dengan menggunakan counteragent luaran. Apabila keadaan dalam pasaran semakin reda, broker boleh memproses dagangan pelanggan hampir serta-merta dan kemudian muncul kebimbangan sekiranya perlu mengenakan hedging dalam pasaran lebih besar (sekiranya perlu). Tiada sebab untuk berpusu-pusu dan broker malah mungkin boleh menolak ke beberapa pip lebih baik dari yang dipesan oleh pelanggan.

Tetapi segalanya berbeza dalam pasaran dengan kadar turun naik yang tinggi. Keudukan pelanggan boleh dikenakan hedge secara serta-merta atau pasaran boleh bergerak dengan laju, menyebabkan broker menanggung kerugian. Hasilnya, pesanan pelanggan dilaksanakan pada masa yang sama apabila syarikat cuba untuk mengenakan hedge pada kedudukan dalam pasaran besar. Justeru itu, pesanan pelanggan akan mengambil masa yang lama untuk dilaksanakan. Tetapi hal ini boleh dilihat sebagai salah satu dari sekatan untuk bekerja dengan syarikat bereputasi yang tidak menentang pelanggan.

Mitos: Kapital tidak mencukupi

Sekali lagi saya ingin mengungkap kata-kata Alexander Elders:

"Sebilangan besar pedagang yang tidak berjaya dalam perdagangan menganggap bahawa apa yang menjadi penghalang adalah kekurangan wang untuk digunakan. Kebanyakan dari pedagang sebegini akan mengalami kegagalan dari awal lagi apabila berhadapan dengan masa yang mencabar, malahan dengan hanya satu dagangan buruk. Sering kali juga berlaku keadaan yang tidak menyebelahi nasib apabila sejurus sahaja pedagang baru menutup kedudukan dengan menanggung kerugian, pasaran kembali bergerak kearah yang pada mulanya diinginkan. Pedagang tersebut akhirnya sama ada merasa marah kepada diri sendiri atau kepada broker, dan berfikiran "Sekiranya aku mampu bertahan hatta seminggu, saya sudah boleh mendapatkan keuntungan."

Pedagang yang tidak berjaya menganggap keadaan ini sebagai pengesahan bahawa kaedah perdagangan mereka adalah betul, dengan kekangan hanya kekurangan modal. Maka apabila tiba peluang dalam bentuk dana baru (malahan dari pinjaman), tanpa berfikir dengan waras, terus membuka akaun baru, tetapi perkara yang sama berlaku. Segala dana pedagang hanyut, dan kemudian sekali lagi, hanya mampu memerhatikan apabila pasaran kembali bergerak dalam arah yang diramal, tanpa boleh berbuat apa-apa, bukti bahawa analisis adalah betul, tetapi segalanya telah terlambat. Dari sinilah timbulnya fantasi bahawa dengan adanya kapital yang lebih besar, pastinya pedagang mampu bertahan dan mula menjana keuntungan.

Kebanyakan dari pedagang cuba untuk meyakinkan saudara-mara dan sahabat handai untuk memberikan bantuan demi meneruskan perjuangan dalam perdagangan, dengan memberikan bukti potensi menjana keuntungan. Tetapi pedagang dengan sekatan kewangan belum bersedia untuk menguruskan akaun dengan dana yang mencukupi seperti sebelum ini.

Masalah yang paling besar untuk pedagang yang mengalami kerugian bukanlah kekurangan modal tetapi kurang memahami cara berdagang. Pedagang lemah boleh menghilangkan modal yang besar sepertimana apabila mempunyai modal dengan jumlah yang jauh lebih rendah. Dengan berfikiran bahawa modal yang besar mampu memberikan keuntungan yang tinggi, pedagang sering kali akan tersilap langkah dan gagal dalam pengurusan wang. Pedagang yang kurang berpengalaman sering kali membuka kedudukan yang berisiko dalam pasaran malahan dengan akaun bermodal besar. Tidak mengambil kira strategi keseluruhan yang digunakan oleh pedagang, sekiranya modal didedahkan kepada risiko walaupun sedikit boleh membawa malapetaka - sekiranya dagangan yang besar tidak menyebelahi pedagang, segala modal boleh hanyut dalam sekelip mata.

Sering kali saya dipersoal tentang jumlah modal yang diperlukan untuk mula berdagang. Kebanyakan dari mereka menginginkan jumlah yang mencukupi untuk mengatasi tempoh kerugian besar. Mereka telah mula memikir bahawa mereka akan kehilangan sejumlah wang yang besar walaupun belum mula berdagang secara betul. Hal ini adalah seperti jurutera yang bercadang untuk membina beberapa jambatan yang akan runtuh sebelum mula membina karya terulung. Bolehkah doktor pakar bedah membiarkan beberapa pesakit mati sebelum mula menjadi pakar bedah?

Pedagang amatur tidak memikirkan bahawa mereka akan mengalami kerugian dan tidak bersedia untuk menghadapi situasi sebegitu. Pemikiran bahawa kegagalan adalah disebabkan dari modal yang kecil merupakan perangkap yang mengaburkan pandangan dari memahami dua perkara berikut: kekurangan disiplin, dan ketiadaan perancangan yang realistik untuk menguruskan dana.

Satu kelebihan akaun bermodal besar adalah kos permulaan boleh dikatakan rendah berbanding akaun anda. Sekiranya anda menguruskan dana sebanyak sejuta dolar, dan menggunakan sebanyak 10,000 USD untuk membeli komputer atau mendaftar untuk kelas seminar, anda hanya perlu mendapatkan 1% untuk menampung kos tersebut. Sebaliknya, sekiranya anda hanya mempunyai 20,000 USD, perbelanjaan yang sama tersebut telah menjejaskan sehingga 50% dari akaun anda.

Mitos berkaitan perdagangan automatik

Andaikan bahawa anda ditawarkan untuk membeli sistem pemanduan automatik sepenuhnya, yang menawarkan pemanduan kereta anda secara automatik, membolehkan anda bersantai sepanjang perjalanan kemana-mana. Anda mungkin akan ketawa apabila mendengar janji sebegitu. Tetapi adakah anda akan merasakan bahawa sistem automatik untuk perdagangan dalam pasaran juga merupakan sistem yang mengarut?

Pedagang yang mempercayai sistem "autopilot" ini memikirkan bahawa keuntungan boleh dijana secara automatik. Malahan, sebahagian dari mereka juga mencuba untuk mereka sistem automatik dengan sendiri, manakala yang lain mencuba untuk membeli sistem sedia ada. Golongan ini sanggup menghabiskan bertahun-tahun dari kehidupan mereka untuk mencapai kerjaya sebagai peguam, doktor, atau usahawan, tetapi apabila menceburi perdagangan, bertindak untuk mencuba membeli pengalaman bertahun-tahun dalam bentuk sistem perdagangan automatik. Golongan sebegini pada kebiasaannya terkesan dari sifat tamak haloba, malas, atau salah faham berkaitan dengan matematik.

Pada zaman dahulu, sistem sebegini dicatat atas kertas; tetapi kini disimpan dalam disk. Ada daripadanya yang sangat primitif, manakala sebahagian daripadanya sangat rumit dengan garis panduan sedia ada untuk pengurusan wang. Kebanyakan pedagang ingin mencari kaedah magik untuk menukar kod sistem menjadi wang tanpa had. Golongan yang bersedia untuk membelanjakan wang untuk sistem perdagangan adalah seperti golongan kuno yang sanggup menghabiskan wang untuk mendapatkan rahsia menukar logam biasa ke emas, atau golongan dahulu yang mempercayai bomoh untuk menilik nasib untuk membeli nombor ekor.

Tingkah laku manusia, serumit mana sekalipun, tidak membenarkan diri sendiri untuk diuruskan secara automatik. Program komputer tidak mampu mengganti guru, dan sistem perakaunan berdasarkan komputer tidak menyebabkan pengangguran secara besar-besaran dalam kalangan akauntan. Kebanyakan aktiviti manusia memerlukan kebolehan untuk membuat keputusan berdasarkan keadaan sedia ada, sesuatu yang boleh diringankan oleh komputer, tetapi tidak dapat digantikan secara sepenuhnya.

Kongsi:

Artikel lain

Perdagangan Forex tanpa pelaburan

6 Jun, 03:00

Nadezhda Molokanova, pelanggan Alpari

Hubung kait mata wang dalam pasaran Forex

28 Mac, 03:00

Nadezhda Molokanova, pelanggan Alpari