Kami kini 19 tahun!

Apa itu analisis fundamental

  • 08/05/18
  • Alpari

Perubahan harga pasangan mata wang, komoditi, logam, segalanya berkait dengan peristiwa yang boleh memberi kesan kepada negara tertentu, dan dengan itu, mempengaruhi dunia. Peristiwa ini boleh menjadi perubahan ekonomi atau politik, dan juga malapetaka semulajadi. Peristiwa ini dikaji ketika menjalankan analisis fundamental. Menurut dari sejarah, hubungkait antara perubahan pengurusan syarikat utama, kepimpinan negara, dan perubahan jumlah pengeluaran, dengan turun naik melibatkan pasangan mata wang dan aset lain boleh dikesan dengan melakukan analisis.

Asas analisis fundamental

Pedagang lebih berminat dengan kemungkinan untuk mendapatkan keuntungan dengan meramal arah pergerakan carta harga dari permulaan atau pengakhiran peristiwa tertentu. Analisis turut sama melibatkan sejarah, membolehkan anda untuk menilai turun naik pada saat berita diterbitkan, arah pergerakan trend, dari pengumuman bacaan sama ada lebih besar atau kecil berbanding ramalan.

Prinsip utama analisis fundamental dalam pasaran:

  • Harga tidak akan berubah dengan sendiri — sentiasa atas sebab tertentu
  • Pengaruh kepelbagaian faktor ke atas pergerakan harga boleh diramal
  • Pelaksanaan pengiraan dinamik faktor ekonomi/politik dengan teliti membolehkan ramalan pergerakan harga pada masa akan datang untuk dijalankan dengan lebih tepat
  • Force-majeure mempengaruhi turun naik harga, tetapi berlaku diluar jangkaan

Analisis fundamental dalam pasaran Forex boleh menjadi sama ada secara sendiri, atau berkait dengan analisis teknikal. Maka, ramalan untuk pergerakan harga seterusnya yang tidak menjadi boleh menyebabkan penutupan awal kedudukan. Sesetengah orang berpendapat bahawa terbitan berita kadang kala boleh melanggar prinsip analisis teknikal, dan disebabkan itu, ketika menjalankan perdagangan berdasarkan analisis teknikal, ia seharusnya dihentikan, atau dimulakan semula, selepas munculnya ritma turun naik seperti biasa.

Jenis-jenis berita yang mempengaruhi pasaran

Untuk memahami analisis fundamental dengan lebih mendalam, anda boleh menggunakan kalendar peristiwa ekonomi dalam laman web Alpari, dalam mana peristiwa utama yang berlaku di negara-negara serata dunia dipantau secara berterusan. Kesan yang diberikan terhadap kadar pertukaran, atau harga sesetengah aset atau komoditi, perlu dikaji secara berasingan kerana ia bukanlah seperti satu rahsia yang boleh sekadar dikongsi. Cara mudah untuk menyelesaikan masalah adalah dengan mempelajari kalendar ekonomi atau dari sumber lain untuk tempoh sebelum ini, dan memerhatikan carta perubahan harga sebenar. Analisis fundamental memerlukan anda untuk memiliki maklumat mengenai situasi semasa untuk negara tertentu, yang melibatkan mata wang yang digunakan dalam perdagangan.

Kategori tahap pengaruh berita dalam pasaran:

  • Lemah. "Low".
  • Sederhana. "Medium".
  • Penting. "High".

Secara praktikal, berita dapat dibezakan berdasarkan kadar turun naik pada saat terbitan, dengan munculnya dinamik pergerakan yang ketara, yang boleh menyebabkan proses perdagangan terkesan dengan mendalam. Atas sebab ini, transaksi boleh ditutup dengan lebih awal dari yang dirancang dan dengan keuntungan minimum, walaupun dengan penggunaan fungsi Trailing Stop.

Walau bagaimanapun, potensi keuntungan dari berita utama adalah lebih besar. Tetapi untuk menjamin keuntungan, anda perlu mengetahui arah pergerakan harga. Analisis fundamental pada saat ini memainkan peranan yang besar dalam pasaran. Keuntungan boleh diperoleh dari sebarang berita, sekiranya anda memilih masa yang tepat untuk membuka pesanan. Kaedah pendekatan ini membantu anda mendapatkan keuntungan sebesar mungkin, dengan memasuki pasaran ketika harga di puncak, dan bukan di pertengahan trend, seperti yang biasa berlaku dalam perdagangan berdasarkan berita.

Faktor politik yang mempengaruhi perubahan harga

Nilai mata wang nasional untuk setiap negara boleh dipengaruhi oleh berita politik asing dan tempatan. Maka, ketidakstabilan boleh melemahkan nilai mata wang. Sepanjang tempoh pilihan raya presiden atau parlimen, kadar turun naik boleh berlaku, disebabkan oleh khabar angin, malahan yang tidak sahih. Pihak pakar berpendapat bahawa situasi sebegini tercetus secara sengaja untuk menggunakan kenaikan atau kejatuhan harga mata wang untuk memperoleh keuntungan.

Sesetengah berita politik tidak memberi kesan terhadap pasaran. Sebagai contoh, kedudukan ahli politik telah diketahui, maka pada masa terbitan rasmi ucapan beliau, turun naik harga ketara tidak akan berlaku. Kadangkala, pedagang akan berdepan dengan faktor yang tidak dijangka, secara contoh, sekiranya terdapat percanggahan pendapat, dan penjelasan tentang kesalahfaham orang lain. Situasi sebegini seringkali menyebabkan kenaikan/kejatuhan harga aset secara mendadak, dan diikuti dengan pembelian pantas ke kedudukan asal.

Peranan berita politik dalam dagangan adalah kecil. Analisis fundamental pada kebiasaannya menganggap jenis berita tersebut sebagai pengaruh jangka masa lama, manakala dagangan jangka masa pendek dijalankan berdasarkan penunjuk ekonomi.

Faktor ekonomi

Kadar nilai mata wang nasional berbanding negara lain bergantung kepada situasi ekonomi kerajaan negara tersebut. Apabila menyebut tentang pasangan mata wang utama, perbandingan dilakukan dengan dolar AS, dan dalam pasangan cross mata wang, dengan mata wang lain, tetapi dolar AS masih termasuk dalam pengiraan. Hubung kait ini bermaksud pasangan mata wang menunjukkan tindak balas dari berita Amerika, dan juga berdasarkan peristiwa di negara yang menjadi mata wang kedua dalam pasangan mata wang.

Penunjuk utama untuk setiap negara:

  • Maklumat pasaran pekerjaan, terdiri dari kadar pengangguran, jumlah elaun, dinamik positif/negatif perubahan penunjuk. Pasaran pekerjaan untuk sektor perindustrian dan agrikultur dilakukan secara berasingan.
  • Baki imbangan dagangan, yang menunjukkan jumlah pembuatan, import, dan eksport (indeks kasar untuk semua jenis pengeluaran).
  • Keluaran dalam negara kasar (KDNK) – jumlah keseluruhan pengeluaran dalam negara, ditawarkan oleh perkhidmatan.
  • Perubahan dalam dasar oleh bank pusat negara berbeza, Zon Euro.

Ketentuan pasaran Forex berkait dengan analisis fundamental yang perlu dijalankan secara serentak dalam beberapa negara. Negara Amerika merupakan penghubung utama dalam meramal pergerakan harga masa hadapan, pembentukan, dan pengekalan trend. Negara yang terlibat dalam beberapa alatan pasangan mata wang memainkan peranan penting dalam memberi atau mempengaruhi kesan terhadap turun naik kadar pertukaran harga aset.

Pengaruh keadaan Force Majeure terhadap kadar harga

Semua bencana semula jadi (gempabumi, ribut taufan, puting beliung, kemarau, banjir besar, tsunami) mempengaruhi pasaran dengan kesan yang diluar jangkaan. Berita metrologi sedikit sebanyak boleh membantu, tetapi pengiraan untuk perkara yang tidak boleh diduga masih tetap berisiko tinggi. Perkara yang sama boleh dikatakan untuk malapetaka teknologi, yang tidak boleh diramal, dan pedagang hanya boleh melihat kesan terhadap pasaran selepas ia terjadi.

Faktor sosial lebih mudah untuk diterapkan dalam analisis, termasuk konflik ketenteraan, revolusi, atau mogok dalam sesebuah negara. Sebarang kegangguan awam bokeh mencetuskan penurunan nilai mata wang nasional. Bergantung kepada pasangan yang digunakan, pedagang boleh memerhatikan kenaikan atau penurunan harga. Ramalan untuk perubahan harga boleh dlakukan, sekiranya berlaku peristiwa force majeure jangka panjang.

Cara penggunaan kalendar ekonomi

Salah satu dari alatan utama yang boleh digunakan oleh pedagang yang menjalankan analisis fundamental adalah kalendar peristiwa ekonomi. Kalendar tersebut menyediakan senarai peristiwa utama di dunia berdasarkan negara tertentu, malahan yang memberi kesan yang tidak ketara dalam pasaran Forex. Senarai yang diberikan menunjukkan parameter terdahulu dan yang diramal. Untuk para pedagang, peristiwa sebegini hanya memainkan peranan penting sekiranya disertakan dengan ramalan: sama ada bacaan akan menjadi lebih baik atau buruk. Kalendar ekonomi mengumpul peristiwa yang dijadualkan untuk berlaku didunia yang cukup penting untuk ditumpukan perhatian, dan dimasukkan ketika menjalankan analisis fundamental.

Kunci utama ketika berdagang berdasarkan kalendar ekonomi:

  • Berita yang lebih penting bermakna kemungkinan untuk kadar turun naik pasangan meningkat adalah lebih besar. Dalam kes ini, perdagangan dengan pesanan pasaran boleh menjadi sukar sehubungan dengan trafik yang tinggi dalam server broker, dan disebabkan itu, adalah disarankan untuk menyertai pasaran menggunakan pesanan tergantung.
  • Dengan pendekatan perdagangan jangka panjang, segala terbitan dari bank pusat perlu diberi perhatian. Dengan menganalisis bayangan politik, ramalan boleh dibentuk untuk perkembangan selanjutnya berdasarkan situasi kewangan dalam negara berasingan, gabungan negara tertentu, dan juga seluruh dunia.
  • Perhatian seharusnya ditumpukan terhadap ramalan. Sekiranya maklumat statistik yang diterbitkan lebih baik dari bacaan ramalan, maka nilai mata wang berkemungkinan akan menerima dorongan untuk menaik. Sekiranya nilai berkekalan, kadar pertukaran mungkin langsung tidak akan meningkat, walaupun dengan terbitan berita yang penting.

Semua peristiwa dipaparkan dalam kalendar ekonomi. Apabila pedagang hanya menggunakan satu, atau sebahagian kecil pasangan mata wang, adalah disarankan untuk menggunakan tapisan bagi menutup peristiwa yang tidak diperlukan dari negara yang tidak terlibat. Dengan itu, sekiranya dagangan dibuka untuk pasangan USDJPY, pedagang boleh tidak menumpukan perhatian terhadap berita dari Eropah. Turun naik harga turut sama dipengaruhi peristiwa dari Amerika dan Asia.

Hubung kait antara analisis fundamental dan teknikal

Perbincangan hangat mengenai cara memilih antara analisis teknikal dan fundamental pada kebiasaannya berakhir dengan gabungan kedua-dua jenis analisis tersebut. Pengawalan tahap sokongan dan rintangan membolehkan anda meramal kemungkinan perubahan trend sekiranya harga menembusi tahap yang kukuh ketika berita diterbitkan. Kaedah analisis fundamental dan teknikal melengkapi satu sama lain, dan meningkatkan keberkesanan hasil dari penggunaan analisis tersebut.

Pengaruh analisis fundamental pasaran kewangan terhadap analisis teknikal dapat dilihat dalam situasi berikut:

  • Aliran berita sering kali menyebabkan pembatalan corak yang telah dibentuk sebelum ini, dan mengubah trend semasa dengan ketara. Pedagang yang menerapkan analisis teknikal, buat masa kini, pada kebiasaannya hanya memerhatikan perubahan dalam pasaran Forex.
  • Ketika berlaku pembetulan, yang pada kebiasaannya tercetus selepas terbitan berita, adalah berdasarkan sejumlah besar strategi perdagangan. Pada masa kini, ciri-ciri analisis teknikal mula mengambil alih.
  • Faktor fundamental sering kali mengatasi teknikal. Sekiranya semua berita menunjukkan ke arah peningkatan nilai aset tertentu, gambaran teknikal boleh menjadi salah (jangka masa panjang).

Perdagangan untuk rangka masa H4 dan ke atas amat memerlukan elemen analisis fundamental. Tanpa mengambil kira peristiwa politik dan ekonomi, sukar untuk menetapkan sasaran dalam demi memperoleh jumlah keuntungan yang besar. Sekiranya anda memerhatikan sejarah, kejadian apabila pulangan semula kadar pertukaran ke titik permulaan dalam tempoh masa pendek, beberapa hari, malahan minggu, adalah tidak mustahil.

Strategi perdagangan mengikut berita

Perdagangan dalam pasaran Forex dengan mengambil kira berita ekonomi/politik adalah tersedia dalam mod manual, dengan bantuan penasihat automatik. Penasihat bergantung kepada jenis strategi perdagangan, ditetapkan sama untuk menghentikan perdagangan menjelang berita, atau, sebaliknya, memulakan dagangan. Persediaan untuk pembukaan pesanan boleh melibatkan analisis teknikal, tetapi berdasarkan keinginan para pedagang, dan pembatalan daripadanya berikutan dari ramalan ekonomi.

Ciri-ciri perdagangan mengikut berita:

  • Pembukaan pesanan pasaran secara manual dengan potensi keuntungan yang besar pada kebiasaannya tersedia hanya untuk satu pasangan mata wang. Peralihan antara carta rangka masa berbeza secara pantas membolehkan anda untuk memasuki pasaran dengan bantuan hanya skrip atau penasihat pakar.
  • Pesanan tergantung digunakan secara meluas, tetapi harus diberi perhatian bahawa kadang kala pesanan akan dibuka pada harga pertama yang tersedia. Sehubungan dengan itu, lebih penting pengaruh berita, lebih besar slippage boleh berlaku, dan perkara ini biasa berlaku.

Pedagang yang menggemari perdagangan berdasarkan analisis fundamental dalam pasaran Forex harus berlanggan dengan surat menyurat dari analisis berpengalaman. Kajian ramalan bebas sebegini membantu dalam mengorientasi trend semasa. Tambahan pula, kebanyakan pedagang tidak memiliki masa, malahan keinginan yang mencukupi untuk memahami segalanya. Pendekatan ini boleh memberikan keberkesanan yang tinggi, kerana "isyarat" disemak berdasarkan maklumat dari pihak pakar yang cekap.

Kembali ke atas