Kami kini 19 tahun!

Isyarat dagangan percuma dari Autochartist

Autochartist

Autochartist

Anda kini tidak perlu meluangkan masa yang lama untuk mengkaji carta.

Program Autochartist akan melakukan analisis teknikal, mengkaji maklumat harga, mengenal pasti kemunculan corak dalam carta, menentukan tahap harga utama dalam perdagangan, dan meramal arah pergerakan harga.

Autochartist disediakan secara percuma untuk pelanggan Alpari.

Jadi pelanggan Alpari

Cara aplikasi web Autochartist berfungsi

Aplikasi web Autochartist menganalisis carta dan kemunculan corak baru secara automatik, dan melakukan ramalan pekara yang mungkin berlaku dalam pasaran.

Anda boleh menggunakan perkhidmatan online Autochartist untuk mengesahkan pemerhatian dan jangkaan anda, atau membangunkan pendekatan baru untuk analisis teknikal pasaran.

Kelebihan

  • Aplikasi tidak memerlukan pemasangan, dan berfungsi secara langsung dalam pelayar laman web anda.
  • Aplikasi mudah digunakan dan mesra pengguna, sesuai untuk pedagang baru dan juga berpengalaman.
  • Autochartist mengikuti perubahan dalam carta untuk anda! Notis audio akan memberi anda amaran apabila kemunculan corak baru dikesan.

Mula menggunakan aplikasi web.

Plugin MetaTrader 4 dan 5

Autochartist menawarkan plugin baru yang telah dibangunkan secara khas untuk platform perdagangan MetaTrader 4 dan 5.

Kelebihan

  • Kebolehan untuk menentukan parameter asas trend yang dinyatakan hasil dari analisis teknikal sewaktu kemunculan corak.
  • Isyarat apabila tahap sokongan dan rintangan ditembusi.
  • Penjejakan kemunculan corak secara serentak untuk pelbagai pasangan mata wang yang tersedia dalam terminal dagangan, beserta dengan penukaran antara graf berbeza yang lancar.
  • Tapisan Key Levels dan Fibonacci membolehkan anda menilai kadar turun naik aset dan menganalisis tahap pemulihan.
  • Plugin Autochartist menggabungkan kaedah dan peralatan analisis teknikal lain yang digunakan dalam platform MetaTrader 4 dan 5.
  • Interface mesra pengguna dan intuitif.
  • Kalkulator risiko memudahkan anda mengira jumlah dagangan yang sesuai apabila membuka kedudukan bersepadanan dengan jumlah dana yang anda bersedia untuk merisikokan.

Tarik plugin dari senarai penasihat ke dalam graf rangka masa semasa untuk mengaktifkannya.

Anda masih belum memasang plugin Autochartist dalam platform anda? Log masuk ke laman web kami dan klik "Muat turun".

Cara menggunakan isyarat dagangan dari aplikasi web Autochartist

Penggunaan isyarat Autochartist sangat mudah. Cuba dengan sendiri!

Log masuk ke aplikasi web Autochartist dengan mengklik "Log masuk" pada ruangan "Cara aplikasi web Autochartist berfungsi" dan masukkan nombor myAlpari dan kata laluan anda. Anda boleh mengambil kesempatan menggunakan pilihan peluang perdagangan untuk pelbagai alatan kewangan yang dianalisis secara automatik.

Terdapat pelbagai parameter yang boleh membantu anda memilih alatan atau peluang perdagangan:

  • Simbol — pasangan mata wang, dengan pergerakan harga yang dianalisis oleh aplikasi web Autochartist.
  • Selang masa — parameter yang menunjukkan tempoh masa peluang perdagangan alatan tertentu.
  • Corak — corak carta analisis teknikal yang menjadi dasar perkembangan trend masa hadapan.
  • Kualiti — menunjukkan kekuatan ramalan dan kemungkinan ia adalah betul.

Aplikasi web Autochartist juga menunjukkan kadar turun naik untuk pelbagai alatan perdagangan, fungsi yang berguna dalam tempoh apabila pasaran tidak stabil, membantu anda menetapkan kadar pesanan Stop Loss dan Take Profit.

Perhatian:

  • Maklumat yang diberikan oleh Autochartist adalah bukan saranan perdagangan dari Alpari.
  • Alpari tidak memegang tanggungjawab atas ketepatan dan kredibiliti maklumat yang dibekalkan oleh Autochartist. Pelanggan Alpari bertanggungjawab sepenuhnya atas dagangan hasil dari penggunaan maklumat dari Autochartist.

Pembekal isyarat dagangan Forex – Autochartist

Menceburi pasaran kewangan paling besar dan paling cair nampak seperti mencabar pada mulanya dan disebabkan ini, pelbagai peralatan disediakan untuk memudahkan anda memahami dinamik pasaran dengan lebih mendalam.

Autochartist adalah peralatan yang mengimbas pasaran dan memberikan gambaran keseluruhan berkaitan dengan potensi peluang perdagangan. Isyarat dagangan FX digunakan untuk menunjukkan kemunculan trend dan memberikan ruang untuk membuat keputusan. Isyarat merupakan sistem makluman yang memberitahu waktu sesuai untuk membeli atau menjual alatan pasangan mata wang. Anda kini tidak perlu meluangkan masa berjam-jam memantau trend, hanya biarkan sistem memaklumkan anda apabila trend yang memenuhi kehendak dan keperluan anda muncul.

Sistem isyarat dagangan Forex:

  • masa tidak dibazirkan dengan menganalisis maklumat kerana anda menerima gambaran keseluruhan dalam pasaran
  • larasan tapisan maklumat tersendiri: keuntungan lebih besar dalam pelaburan
  • notis amaran apabila perlu membuat keputusan
  • perisian bukan merupakan sistem dagangan tetapi pengenal pasti peluang perdagangan

Isyarat dagangan boleh dikategorikan seperti berikut:

  1. Isyarat dagangan berita: berdasarkan terbitan berita — penerimaan berita terkini dengan segera dan keuntungan maksimum dalam tempoh masa yang pendek (pada kebiasaannya disediakan dengan komen).
  2. Isyarat teknikal: berdasarkan analisis teknikal — anda mempercayai hasil rekod syarikat atau individu yang membekalkan isyarat (segala kemungkinan risiko dikenal pasti untuk memastikan kerugian seminimum mungkin dalam senario kes buruk).
  3. Isyarat dagangan umum: berdasarkan pembahagian analisis fundamental dan teknikal (pada kebiasaannya memberikan tips perdagangan umum).

Sila ambil perhatian bahawa untuk mendapatkan keuntungan yang lebih tinggi dengan strategi pengurusan yang berkesan dan sistem perdagangan yang teratur, isyarat FX terbaik akan memberi anda kelebihan dari mengikuti pengetahuan dan strategi pihak pakar untuk melakukan pilihan paling tepat dan pelaburan paling berkesan.

Pilih pembekal isyarat FX terbaik!

Pembekal isyarat dagangan yang diikuti haruslah berkredibiliti dan boleh dipercayai untuk mengelakkan maklumat palsu atau yang telah dimanipulasikan. Dapatkan strategi perdagangan yang sesuai dengan gaya anda. Berikut merupakan cara berdagang yang popular menggunakan isyarat live:

  • End of Day trading: cara terbaik sekiranya anda bekerja sepenuh masa tetapi sanggup menyertai pasaran. Anda menerima notis dengan titik masuk/ keluar yang telah dikira, dan anda hanya perlu menetapkannya dalam akaun anda.
    Kelebihan:
    • fleksibel
    • ruang masa perdagangan lebih besar
    • keuntungan lebih tinggi
  • Day Trading: pedagang memantau dagangan yang boleh memberi keuntungan dalam pasaran, pada kebiasaannya bermakna kedudukan ditutup setiap hari dan bermula semula pada keesokan harinya. Anda menerima notis pemberitahuan apabila terdapat dagangan dengan potensi keuntungan tinggi.
    Kelebihan:
    • tempo perdagangan dinamik
    • tanpa permainan emosi
    • peluang merancang pulangan masa hadapan

Kelebihan kedua-dua cara perdagangan:

  • tidak akan terlepas isyarat dagangan
  • sumber pengetahuan yang mantap

Anda boleh mula mencari pembekal isyarat dagangan percuma selepas anda menemui cara perdagangan yang sesuai untuk mula memahami selok-belok pasaran.

Sebelum mula memilih isyarat, sila pastikan bahawa:

  • isyarat diuruskan oleh pedagang professional dengan prestasi yang memberangsangkan (pembekal isyarat turut melakukan dagangan mengikut isyarat mereka – ini menunjukkan ketelusan dan potensi keuntungan pedagang).
  • isyarat menawarkan ruang perdagangan (live trading room) dan mempunyai pilihan untuk tempoh percubaan percuma sebelum menyertai dengan sebenar (ruang perdagangan adalah peluang untuk mempelajari tips dan strategi berharga dari profesional dan dengan adanya tempoh percubaan percuma, anda tidak akan menanggung risiko melakukan komitmen yang tidak diperlukan).

Kejayaan dalam perdagangan bergantung kepada keputusan dari pembekal isyarat anda. Apabila anda menemui perkhidmatan yang sesuai, anda boleh menyemak isyarat dan bertindak mengikut keperluan dan kemahuan anda.

Kembali ke atas