Kami kini 19 tahun!

Analisis teknikal

Salah satu kaedah paling mudah dan popular untuk meramal arah pergerakan harga dalam pasaran kewangan. Berdasarkan pergerakan harga sebelum ini, peralatan analisis teknikal membantu dalam menentukan trend semasa dan kemungkinan arah pergerakan harga pada masa akan datang. Berbanding analisis fundamental, anda tidak perlu menganalisis jumlah maklumat yang besar dengan sendiri! Daftar sekarang dan dapatkan akses ke perkhidmatan analisis teknikal paling maju untuk mendapatkan maklumat lebih lanjut.

Prinsip utama analisis teknikal

  • Harga merangkumi segalanya

    Semua faktor yang mempengaruhi pasaran telah diambil kira dalam harga, anda hanya perlu menentukan arah pergerakan semasa.

  • Pergerakan harga berubah-ubah mengikut arah tertentu (trend)

    Anda boleh mengikuti arah pergerakan trend pasaran yang telah ditentukan dalam perdagangan anda.

  • Sejarah sentiasa berulang

    Tindak balas harga terhadap keadaan pasaran pada kebiasaannya adalah sama. Dengan merujuk kepada sejarah corak sebelum ini, anda boleh memperoleh hasil perdagangan yang lebih memberangsangkan pada masa akan datang.

Kelebihan analisis teknikal

  • Tanpa pengetahuan khusus

    Kefahaman dan penerapan analisis teknikal dalam perdagangan amat mudah. Peralatan yang selesa untuk digunakan oleh semua pedagang.

  • Kemudahan akses

    Segala yang diperlukan untuk analisis tersedia dalam terminal MetaTrader anda.

  • Menyeluruh

    Keadah analisis teknikal yang sama boleh digunakan untuk sebarang alatan perdagangan.

Cara menggunakan analisis teknikal

Objek graf

Anda boleh membina garis trend, garis sokongan dan rintangan, koridor dan kadar lain yang pelbagai, dan boleh digunakan dalam sebarang graf untuk meramal arah pergerakan harga, dalam terminal perdagangan.

Penunjuk teknikal

Lebih dari 30 penunjuk teknikal terbina dalam platform MetaTrader yang menandakan waktu sesuai untuk membuka dan menutup dagangan secara optimum. Ribuan penunjuk dan penasihat tambahan turut sama tersedia secara percuma.

Takluki puncak pasaran kewangan menggunakan segala peluang dari analisis teknikal!

Daftar

Plug-in dan aplikasi web AutoChartist

Untuk perdagangan yang lebih berkesan, gunakan perkhidmatan analisis Autochartist yang tersedia dalam terminal MetaTrader atau secara langsung dalam pelayar internet anda.

Dapatkan keuntungan dari pengetahuan!

Daftar sekarang dan dapatkan akses tanpa had ke semua perkhidmatan analisis.

Dapatkan akses

Cara menerapkan analisis teknikal

Analisis teknikal tidak mempertimbangkan harga alatan, sebaliknya melihat kepada dinamik (trend), yang boleh memberikan maklumat lengkap berkaitan pergerakan pasangan mata wang. Tugas utama para pedagang ketika menjalankan analisis teknikal adalah untuk mendapatkan corak tertentu dalam pergerakan harga dan kemudian berdasarkan kesimpulan yang diperoleh, meramal pergerakan selanjutnya dalam pasaran. Pelbagai penunjuk, oscillator, kadar utama, dan kaedah lain yang boleh digunakan untuk membantu pedagang dalam menjalankan analisis teknikal.

Jenis analisis teknikal

Analisis teknikal terbahagi kepada beberapa jenis. Pedagang baru secara kebiasaanya menggunakan strategi penunjuk yang mudah untuk digunakan dan memberikan isyarat yang tidak mengelirukan. Bentuk analisis teknikal yang popular adalah penggunaan kombinasi carta lilin. Dengan penggunaan analisis jenis ini, anda bukan hanya boleh berdagang mengikut trend, malah dengan mengikut peralihan trend. Carta lilin Jepun membantu mengesan pergerakan sebegini, dengan menunjukkan julat perubahan harga untuk tempoh masa tertentu. Jenis analisis teknikal paling biasa adalah analisis grafk, yang berdasarkan pelarasan kadar sokongan/rintangan dan garis trend. Fungsi graf berbeza mengikut rangka masa. Sebagai contoh, carta mingguan boleh menentukan arah pergerakan trend, manakala carta H4 menunjukan pergerakan harga semasa.

Program perisian untuk analisis teknikal

Penggunaan analisis teknikal tidak memerlukan pengetahuan ekonomi dan matematik yang mendalam. Terdapat program yang menjalankan analisis teknikal secara automatik. Salah satu program tersebut yang popular adalah Autochartist, yang mengesan kemunculan corak baru dalam carta secara automatik. Program ini mengesan dinamik perubahan carta dan menunjukkan jangkaan pergerakan dagangan. Anda boleh menggunakan aplikasi web Autochartist secara percuma atau memasang perisian dalam terminal dagangan.

Kembali ke atas