Kami kini 19 tahun!

Ulasan pasaran Forex

14 Julai 2017

Pasaran mata wang

Gabriel Ojimadu

## ojimadu name

Dinamik Bitcoin bergantung kepada SegWit

Untuk beberapa minggu, pasaran mata wang digital dinaungi oleh pedagang bear. Kada BTC/USD menurun sebanyak 8% ke $2,335 dolar AS dalam tempoh seminggu. Dalam masa yang sama Ethereum menurun sebanyak 25% (pada masa ini ia menurun ke $190), dan pelbagai lagi mata wang alternatif jatuh sebanyak 10-50% (pada kebiasaannya lebih cenderung untuk turun dan naik secara mendadak). Pada pendapat saya, penurunan semasa boleh dianggap sebagai pergerakan pembetulan ke bawah dalam separuh tahun pertama berikutan dengan ICO yang semakin memuncak.

Pasaran mata wang

Gabriel Ojimadu

## ojimadu name

Dolar menurun dalam penantian terbitan laporan inflasi

Indeks dolar (DXY) dalam perdagangan Eropah diperdagang dalam zon merah. Pada saat pengarangan ulasan, nilai euro adalah 95.70. Kadar euro/dolar meningkat ke 1.1424, kadar pound/dolar ke 1.2966. Aktiviti pedagang rendah kerana mereka berhati-hati dalam penantian terbitan maklumat inflasi di AS.

Pasaran mata wang

Gabriel Ojimadu

## ojimadu name

EURUSD: kenaikan ke 1.1451 dijangka sebelum hari minggu

Penutupan perdagangan pada hari khamis menyaksikan penurunan nilai euro. Dalam sesi perdagangan Eropah, mata wang euro jatuh berbanding dolar AS ke 1.1371. Kebanyakan pedagang mengaitkan pelemahan nilai euro dengan kenyataan dari ahli lembaga pengarah bank pusat Eropah (ECB), Ilmārs Rimšēvičs (Ketua bank pusat Latvia). Dalam kenyataan beliau, Ilmārs menyebut bahawa berikutan dari inflasi rendah, program peringanan kuantitatif (QE) boleh berlangsung selama beberapa tahun lagi. Pasaran kemudiannya menerima berita bahawa ketua ECB, Mario Draghi akan berucap di Jackson Hole, dalam mana beliau akan mengemukakan rancangan untuk menyekat QE dalam mesyuarat ECB bulan September. Sehubungan dengan ini, euro melonjak dari kadar minimum yang dicecah pada 1.1371 ke 1.1419 dan kemudian diperdagang dalam trend ke sisi. Janet Yellen tidak membuka topik baru dalam ucapan semalam.
13 Julai 2017

Pasaran mata wang

Gabriel Ojimadu

## ojimadu name

Euro/dolar kembali ke tahap sokongan pada kadar 1.1380

Dolar AS menurun pada permulaan hari. Indeks dolar (DXY) jatuh sehingga 95.4 dalam sesi perdagangan Asia. Dalam perdagangan Eropah, kadar pulih sepenuhnya dan kembali ke 95.88. Kadar euro/dolar menurun dari 1.1456 sehingga 1.1372 (-82 titik) berikutan dengan pengukuhan dolar AS. Penjual tidak berjaya mempertahankan sokongan pada 1.1380. Pemulihan kadar berterusan sehingga 1.1407.

Pasaran mata wang

Natalia Milchakova

Natalia Milchakova

Yellen menyebabkan kejatuhan Dolar

Perhatian pasaran pada hari semalam tetumpu kepada ucapan Janet Yellen. Ucapan tidak memihak kepada mana-mana belah dan dalam ucapan tersebut, Janet mengemukakan topik pelemahan inflasi dan yakin dengan keadaan ekonomi dan pasaran buruh Amerika. Persoalannya kini, bagaimana pengawal selia Amerika akan menggubah imbangan.

Pasaran mata wang

Vadim Iossub

Vadim Iossub

EURUSD: pemulihan harga sehingga 45 darjah

Penutupan perdagangan pada hari rabu menyaksikan penurunan harga euro berbanding dolar. Kadar turun naik yang tinggi dapat diperhatikan ketika terbitan laporan oleh pengarah rizab persekutuan AS, Janet Yellen dan ketika ucapan beliau kemudiannya. Janet menyatakan bahawa ketinggian kadar perkembangan ekonomi AS sudah mencukupi untuk kenaikan kadar faedah dan pengurangan pulangan bon berikutnya.

Pilih tempoh:

Kembali ke atas