Kami kini 19 tahun!

Ulasan pasaran Forex

21 Julai 2017

Pasaran mata wang

Gabriel Ojimadu

## ojimadu name

Pedagang bull euro tidak berjaya menembusi 1.17

Pada hari jumaat 21 Julai dalam sesi perdagangan Asia, pasangan euro/dolar berada disekitar 1.1628. Sejak pembukaan perdagangan di Eropah, pembeli mengubah kadar hihgh semalam dari 1.1659 ke 1.1677. Tiada pelindungan dari “stop” untuk kedudukan short. Disebabkan ini, lantunan tajam pasangan cross euro/pound dari 0.8991 memaksa pembeli pasangan utama euro/dolar untuk kembali ke 1.1636. Pedagang bull euro tidak berjaya menembusi 1.17. Kelihatan seperti spekulator jangka pendek mula menghimpun keuntungan sebelum tiba hari minggu.

Pasaran mata wang

Gabriel Ojimadu

## ojimadu name

EURUSD: Draghi dan berita Trump meruntuhkan Dolar

Penutupan perdagangan pada hari khamis 20 Julai menyaksikan kenaikan kadar euro/dolar. Pada penghujung hari, nilai euro meningkat berbanding dolar AS sebanyak 115 titik ke 1.1630. Kadar jatuh ke 1.1479 sebelum sidang media Mario Draghi.
20 Julai 2017

Pasaran mata wang

Gabriel Ojimadu

## ojimadu name

Nilai pound menurun menjelang keputusan rundingan Brexit

Pada hari khamis 20 Julai dalam perdagangan Eropah, kadar pound/dolar menembusi tahap sokongan selepas penyatuan selama 42 jam. Sebelum terbitan maklumat statistik UK, pound jatuh sebanyak 0.33% dalam tempoh sejam. Harga kemudiannya pulih dari 1.12972 ke 1.3017 (0.34%) pada terbitan berita. Jualan runcit bulan Jun di UK lebih tinggi dari ramalan dan bacaan sebelum ini. Pembeli cuba mengekalkan kadar pada 1.30 selama 30 minit dan kemudian mengalah. Kadar pound/dolar merudum ke 1.2934. Kadar 1.3015 yang dahulunya merupakan tahap sokongan, kini adalah tahap rintangan.

Pasaran mata wang

Alexander Razuvaev

Alexander Razuvaev

EUR/USD mungkin melantun semula hari ini

Salah satu dari trend paling penting dalam pasaran mata wang tahun ini adalah kenaikan kadar EUR/USD. Pasangan mata wang utama ini meningkat sebanyak 10% sejak awal tahun (3% daripadanya hanya dari minggu lepas) dan mececah kadar 1.15 pada minggu ini. Pada saat ini, kadar pertukaran menaik sehingga 1.158, mencatat rekod maksimum untuk 14 bulan lalu. Faktor utama nilai euro yang semakin kuat adalah risiko politik perpecahan Zon Euro (Brexit) dan penantian keputusan dari ECB berkaitan dengan pemberhentian program stimulus secara beransur-ansur.

Pasaran mata wang

Gabriel Ojimadu

## ojimadu name

EURUSD: Penurunan kadar pasangan dalam penantian keputusan ECB

Penutupan perdagangan pada hari rabu menyaksikan penurunan kadar euro/dolar. Pada penghujung hari, euro menurun berbanding dolar sebanyak 38 titik. Dalam sesi Eropah dan Amerika, harga berada disekitar garis imbangan lb. Sebab utama penurunan harga euro adalah sebahagian dari pedagang memulakan pengambilan keuntungan selepas kenaikan sehingga 1.1583 dalam penantian mesyuarat ECB berkaitan kadar faedah dan ucapan Mario Draghi dalam sidang media.

Pilih tempoh:

Kembali ke atas