Kami kini 19 tahun!

Ulasan pasaran Forex

29 Ogos 2017

Pasaran mata wang

Veselin Petkov

Defisit imbangan dagangan untuk barangan AS meningkat

Ramalan awal imbangan dagangan AS untuk bulan Julai menunjukkan peningkatan defisit. Nilai semasa defisit adalah $65.1 bilion, lebih rendah dari nilai defisit bulan Jun sebanyak $64.0 bilion. Maklumat diterbitkan semalam pada 15:30 (GMT+3).

Pasaran mata wang

Gabriel Ojimadu

EURUSD: fasa pengakhiran pembentukan tiga puncak

Penutupan perdagangan pada hari isnin 29 Ogos menyaksikan kenaikan nilai euro berbanding dolar. Pembeli tidak mencecah kadar 1.20, tetapi mencatat high baru dari kadar dalam sesi Asia 1.1960 ke 1.1986. Ucapan Janet Yellen dan Mario Draghi di Jackson Hole pada hari jumaat masih menunjukkan pengaruh dalam pasaran. Isu ribut Harvey juga semakin hangat dalam media. Pada pendapat pihak media, ekonomi AS akan terkesan secara negatif dari ribut ini. Hasil pulangan bon 10 tahun AS jatuh ke kadar 2.11%.
28 Ogos 2017

Pasaran mata wang

Gabriel Ojimadu

Euro mengalami pembetulan selepas kenaikan hari jumaat

Dalam sesi perdagangan Eropah, dolar AS masih belum mengimbangi kerugian berbanding mata wang utama. Kadar pertukaran euro/dolar mengalami pembetulan dari low $1.1917 dalam sesi perdagangan Asia ke $1.1943. Kadar pound/dolar mengalami pembetulan dari $1.2874 ke $1.2914. Pada masa pengarangan ulasan, euro bernilai $1.1927, dan pound bernilai $1.2914.

Idea perdagangan

Gabriel Ojimadu

Idea perdagangan jangka pendek FX EUR/AUD – perdagangan melalui kenaikan kadar: penantian penembusan koridor "1-1"

Peluang perdagangan untuk pasangan mata wang: selepas ucapan Draghi dan Yellen, euro menerima sokongan. Idea mempertimbangkan penembusan sempadan atas koridor “1-1” 1.5070, diikuti dengan kenaikan sehingga 1.5250. Perdagangan semasa kenaikan dengan pengukuhan harga melebihi 1.5070. Sekiranya harga keluar dari koridor “3-3” ke bawah dan sentimen bullish dalam kalangan pedagang terhadap euro berubah ke bearish, ramalan akan terbatal.

Pasaran mata wang

Gabriel Ojimadu

EURUSD: jangkaan pembentukan model pembetulan pada hari isnin

Penutupan perdagangan pada hari jumaat 2 Ogos menyaksikan kenaikan kadar pertukaran pasangan euro/dolar sebanyak 1.02%. Menjelang ucapan pengerusi Fed AS, Janet Yellen di Jackson Hole, AS, euro diperdagang berhampiran garis lb dalam julat 1.1773 – 1.1828.

Idea perdagangan

Gabriel Ojimadu

Idea perdagangan jangka pendek FX NZD/CAD – perdagangan melalui penurunan kadar: kejatuhan sehingga garis trend TR

Peluang perdagangan untuk pasangan mata wang: Memandangkan semakan ramalan GDP oleh kerajaan New Zealand, pilihan raya parlimen yang akan mendatang, dan kenaikan sebutan harga minyak, mata wang dolar New Zealand dijangka akan menurun berbanding dolar Kanada sehingga 0.8893, dengan penjualan agresif sehingga 0.8645

Pilih tempoh:

Penganalisis kami

Alexander Razuvaev
Alexander Razuvaev

Pengarah Jabatan analisis Alpari

## ojimadu name
## ojimadu name

## ojimadu position

Vadim Iossub
Vadim Iossub

Penganalisis kanan Alpari

Semua penganalisis
Kembali ke atas