Kami kini 19 tahun!

Ulasan pasaran Forex

07 Ogos 2017

Mata wang digital

Gabriel Ojimadu

ETH/USD: sasaran pergerakan ke atas sehingga $334

Gambaran teknikal: Selepas penembusan kadar $3,000 untuk alatan Bitcoin, kenaikan etherium terus meningkat. Kadar ETH/USD kembali dari low pada $ 176.95 ke $272.50. Pada masa pengarangan, 1 ETH bernilai $270.10 dalam bursa Bitfinex. Saya berpendapat bahawa sekiranya perdagangan pada hari isnin ditutup diatas $275, maka berkemungkinan laluan akan terbuka sehingga $307.00. Kadar masih terletak di perantaraan, kerana sasaran dalam koridor harga “A-A” adalah tinggi, iaitu pada $334.22 (langkah minimum selepas penembusan puncak pada $258).

Mata wang digital

Gabriel Ojimadu

BTC/USD: pembeli bersiap sedia untuk menyerang kadar $3,339

Kadar BTC/USD kekal diatas $3,000. Dua hari berlalu dengan mendatar selepas kenaikan sehingga $3,339.60 pada minggu lepas. Harga stabil dalam julat harga $3,155 - $3,339 pada kadar $3,240. Kadar penetapan semasa menyerupai corak segi tiga simetri. Untuk pelengkapan corak tersebut, tidak mencukupi hanya komponen gelombang “E” pada kadar $3,213. Pembentukan tertangguh selagi harga tidak melantun dari rintangan.

Mata wang digital

Gabriel Ojimadu

Minat terhadap mata wang digital meningkat

Mata wang digital terus menarik minat dan tumpuan di serata dunia. Harga sesetengah mata wang ini menunjukkan peningkatan yang memberangsangkan. Pada hujung minggu, bitcoin mencecah harga tertinggi dalam sejarah dan hari ini diperdagang pada 3,235 USD. Namun begitu, pasaran yang semakin hangat kini bukan hanya menarik minat pembeli, tetapi juga menyebabkan keperluan untuk ICO meningkat. Semua pedagang cuba untuk mengambil kesempatan dari perkara ini, dan isu ICO juga kini menjadi buah mulut, mengakibatkan daya persaingan yang tinggi dalam kalangan mata wang digital. Carta dibawah menunjukkan bar bulanan untuk pembiayaan ICO.

Pasaran mata wang

Gabriel Ojimadu

EURUSD: jangkaan penurunan dari 67 darjah

Penutupan perdagangan pada hari jumaat 4 Ogos menyaksikan kejatuhan kadar pertukaran euro berbanding dolar AS sebanyak 95 titik. Sebelum terbitan laporan Non-Farm Payrolls, harga pasangan berada disekitar 1.1880. Maklumat pasaran pekerjaan AS yang kukuh mendorong pembeli untuk menutup kedudukan short pada kadar pertukaran dolar. Kadar euro jatuh sebanyak 148 titik ke 1.1728 dalam tempoh tiga jam berikutan dengan pencetusan kadar stop.
04 Ogos 2017

Mata wang digital

Gabriel Ojimadu

BTCUSD: Bitcoin menghampiri tahap maksimum dalam sejarah

Sehubungan dengan maklumat CoinMarketCap, bitcoin masih memegang tempat pertama dalam kalangan 837 mata wang digital lain. Pada saat pengarangan ulasan, permodalan alatan tersebut adalah sebanyak $46,492 billion. Berdasarkan kenaikan sebutan harga semalam sehingga $2,820, saham bitcoin meningkat dari 44.6% ke 45.5%.

Pasaran mata wang

Gabriel Ojimadu

EURUSD: pasaran menantikan NFP

Penutupan perdagangan pada hari khamis 3 Ogos menyaksikan kenaikan kadar euro/dolar. Selepas kejatuhan sehingga 1.1831, nilai mata wang euro menaik berbanding dolar sehingga 1.1893. Pedagang bull euro pada mulanya menerima sokongan dari dasar kewangan bank England dan ucapan M. Carney. Dolar AS kemudiannya jatuh berikutan dengan penurunan hasil pulangan bon 10 tahun AS.

Pilih tempoh:

Penganalisis kami

Alexander Razuvaev
Alexander Razuvaev

Pengarah Jabatan analisis Alpari

## ojimadu name
## ojimadu name

## ojimadu position

Vadim Iossub
Vadim Iossub

Penganalisis kanan Alpari

Semua penganalisis
Kembali ke atas