Kami kini 19 tahun!

Analisis emas pada 02.08.2018

Buat masa kini, dalam bahagian pertama sesi perdagangan Eropah, emas diperdagang pada kadar $1,216. Dengan itu, dalam rangka masa per jam (H1), emas menunjukkan potensi pergerakan ke bawah dalam trend menurun.

Untuk mencuba meneruskan pergerakan penurun, saya merasakan bahawa keputusan Fed Amerika yang diterbitkan semalam pada 21:00 (GMT +3) memaikan peranan penting. Fed mengekalkan dasar kewangan seperti sebelum ini. Keputusan tersebut tidak mengejutkan pasaran, dan dengan itu, mula mencuba untuk menaikkan dolar sedikit demi sedikit.

Saya mempercayai bahawa sekiranya harga emas terus bergerak ke bawah, harga akan menempuhi beberapa tahap rintangan yang kukuh untuk kejatuhan selanjutnya. Dalam kata lain, emas akan menerima sokongan dari terus merudum, dan saya merasakan bahawa dalam masa terdekat emas akan melantun semula keatas. Tahap ini bersepadanan dengan bottom yang terbentuk dalam rangka masa harian pada penghujung tahun 2016 sehingga separuh tahun pertama 2017.

Tahap pertama S1 berada pada kadar $1,220, tahap kedua S2 pada $1,205, tahap ketiga S3 pada $1,195.

Perhatian:

Ramalan yang dinyatakan dalam ulasan merupakan pendapat dan pandangan pengarang. Komen yang dilakukan tidak membentuk saranan atau panduan untuk perdagangan dalam pasaran kewangan. Alpari tidak bertanggungjawab atas sebarang kemungkinan kerugian (atau dalam bentuk kerosakan), sama ada secara langsung atau tidak, yang mungkin berlaku akibat dari penggunaan bahan yang diterbitkan dalam ulasan.

Kembali ke atas