EURUSD: jangkaan penurunan dari garis atas koridor

Sebelum ini:

Penutupan perdagangan pada hari rabu 9 Januari menyaksikan kenaikan kadar pertukaran euro. Nilai euro menaik dengan pelemahan mata wang Amerika. Punca kejatuhan indeks dolar adalah kenyataan dari perwakilan Fed Amerika. Presiden Fed Chicago, Charles Evans menyatakan bahawa FRS boleh menangguhkan kenaikan kadar faedah sehubungan dengan ketidaktentuan prospek ekonomi Amerika. Minit mesyuarat FOMC juga menunjukkan bahawa sebahagian dari ahli menentang kenaikan kadar faedah asas selanjutnya. Kadar pertukaran menaik ke 1.1558.

Berita hari ini (GMT+3):

  • 10:45 – Perancis: pengeluaran perindustrian (Nov)
  • 15:30 – ECB: minit mesyuarat dasar kewangan
  • 16:30 – Kanada: permit pembangunan (Nov), indeks harga perumahan baru (Nov)
  • 16:30 – AS: tuntutan manfaat pengangguran

Situasi semasa:

Dalam sesi perdagangan Asia, nilai euro mengukuh ke 1.1570. Harga menaik selama 12 jam, mencecah sempadan atas koridor menaik. Walaupun pasangan mata wang menaik semalam, saya menjangkakan penurunan ke sekitar 1.15 berdasarkan tiga tahap maksimum. Tiada berita penting dijadualkan pada hari ini. Saya merasakan bahawa tiada apa yang menghalang harga dari bertetap ke zon 45-67 darjah sebahagian dari pembetulan menurun. saya tidak mempertimbangkan penurunan lebih rendah memandangkan kitaran mingguan untuk separuh pertama tahun menandakan pengukuhan nilai euro. Buat masa kini, euro memberi sokongan kepada pasangan mata wang cross, menghalang mereka dari terus jatuh.

Ulasan terkini

Semua orang berpeluang untuk menjana keuntungan

Anda tidak semestinya perlu berdagang dengan sendiri untuk memperoleh pendapatan. Berlabur dengan pedagang berpengalaman dan dapatkan keuntungan!

Daftar

Ada laman web yang lebih baik untuk anda

Laman web baru yang menarik dengan perkhidmatan yang lebih sesuai untuk lokasi anda telah dilancarkan baru-baru ini!

Daftar di sini untuk mendapatkan Bonus Selamat Datang 30% anda.