Kami kini 19 tahun!

Masa depan kadar EURUSD bergantung kepada mesyuarat FRS

Semalam pada 13 Disember, mesyuarat bank pusat Eropah dijalankan bertopik dasar kredit kewangan. Pengawal selia Eropah mengesahkan bahawa menjelang penghujung bulan Disember, program pembelian saham akan diakhiri, manakala kadar utama akan akan dikekalkan pada tahap minimum sehingga sederhana hingga tahun hadapan 2019. Walaupun begitu retorik untuk kenaikan ekonomi diubah, risiko untuk ekonomi dikatakan adalah rendah, dan sebelum ini risiko adalah seimbang.

Harus dinyatakan bahawa dalam suku tahun ketika tahun 2018, kenaikan KDNK untuk Zon Euro adalah sebanyak 0.2% dalam nyataan suku tahun, manakala dalam suku tahun pertama dan kedua, nilai adalah sebanyak 0.4%. Selain itu, menurut maklumat IHS Markit yang diumumkan pada hari ini 12:00 (GMT+3), kenaikan KDNK untuk Zon Euro dalam suku tahun keempat akan bernilai 0.2-0.3%. Dalam kata lain, sejak kebelakangan ini, penurunan kadar pertumbuhan ekonomi Eropah dapat dilihat.

Disebabkan itu, saya merasakan bahawa dengan penurunan kadar pertumbuhan ekonomi Eropah, dengan menghentikan program pembelian akan memberikan kesan negatif terhadap euro dalam masa terdekat. Dengan itu, keputusan ECB tidak menyokong kadar pertukaran euro.

Walau bagaimanapun, sekiranya melihat kepada dagangan pasangan EURUSD, harus difahami bahawa dalam minggu seterusnya, 18 dan 19 Disember, mesyuarat rizab perseketuan Fed AS akan dijalankan untuk dasar kewangan. Saya menganggap bahawa ia akan memainkan peranan penting untuk kadar pertukaran dolar Amerika dalam jangka masa sederhana dan panjang. Sehubungan dengan itu, saya merasakan bahawa masa depan kadar EURUSD akan bergantung sepenuhnya dengan mesyuarat FRS.

Perhatian:

Ramalan yang dinyatakan dalam ulasan merupakan pendapat dan pandangan pengarang. Komen yang dilakukan tidak membentuk saranan atau panduan untuk perdagangan dalam pasaran kewangan. Alpari tidak bertanggungjawab atas sebarang kemungkinan kerugian (atau dalam bentuk kerosakan), sama ada secara langsung atau tidak, yang mungkin berlaku akibat dari penggunaan bahan yang diterbitkan dalam ulasan.

Kembali ke atas