EURUSD: penjual mensasarkan tahap 1.1320

Sebelum ini:

Pada hari rabu 13 Disember, perdagangan euro berakhir dengan sedikit penurunan. Kadar turun naik dalam pasaran meningkat ketika sidang media pengerusi ECB, Mario Draghi. Pasangan euro/dolar menurun ke 1.1331, dan kemudian pulih semula ke 1.1393.

Hasil dari mesyuarat bank pusat Eropah, dasar kredit kewangan dikekalkan dan ramalan untuk KDNK tahun 2018-2019 direndahkan. Mario Draghi mengasaskan penurunan ramalan dengan pengurangan permintaan luaran ketidaktentuan sehubungan dengan faktor geopolitik, dan juga perang perdagangan dan kadar turun naik dalam pasaran kewangan.

Berita hari ini (GMT+3):

  • 11:15 Perancis: PMI perkhidmatan Markit (Dis), PMI pembuatan Markit (Dis)
  • 11:30 Jerman: PMI perkhidmatan Markit (Dis), PMI pembuatan Markit (Dis)
  • 12:00 Zon Euro: PMI perkhidmatan Markit (Dis), PMI pembuatan Markit (Dis)
  • 16:30 AS: jualan runcit (Nov)
  • 17:15 AS: pengeluaran perindustrian (Nov)
  • 17:45 AS: PMI perkhidmatan Markit (Dis), PMI pembuatan Markit (Dis)
  • 21:00 AS: bilangan pelantar minyak AS Baker Hughes

Carta koridor MA untuk euro/dolar H1.

Situasi semasa:

Pada saat pengarangan ulasan, euro bernilai 1.1354. Harga berada disekitar garis imbangan Lb. Memandangkan jumlah maksimum ditunjukkan ketika penurunan, maka seharusnya dengan kenaikan, penjual akan mempertahankan zon 1.1360-1.1387, untuk tidak mengalami kerugian. Saya merasakan bahawa selepas lantunan hari semalam, pembeli akan membeli dari kejatuhan. Penjual mungkin akan membiarkan harga naik agar mencetuskan tahap limit penjualan dan kemudian akan meruntuhkan harga. Saya menjangkakan lonjakan menaik ke kadar 1.1376 diikuti dengan penurunan ke 1.1320. Harga boleh menurun tanpa kenaikan, seperti yang dipertimbangkan dari salah satu senario penambahan penjualan oleh para penjual.

Ulasan terkini

Semua orang berpeluang untuk menjana keuntungan

Anda tidak semestinya perlu berdagang dengan sendiri untuk memperoleh pendapatan. Berlabur dengan pedagang berpengalaman dan dapatkan keuntungan!

Daftar