EURUSD: pasaran menantikan sidang media Mario Draghi

Sebelum ini:

Pada hari rabu 12 Disember, perdagangan euro berakhir dengan kenaikan. Pengukuhan nilai didorang dengan berita dari Itali dan kenaikan kadar pound. Kerajaan Itali berhasrat untuk bersetuju dengan kadar sasaran untuk defisit bajet sebanyak 2%. Theresa May memenangi undian untuk undi ketidakpercayaan. Kadar euro menaik ke 1.1387 dan kini berada dalam fasa pembetulan.

Berita hari ini (GMT+3):

  • 10:00 Jerman: indeks harga pengguna (Nov)
  • 10:45 Perancis: indeks harga pengguna (Nov)
  • 11:30 Switzerland: keputusan kadar faedah SNB
  • 12:00 Switzerland: sidang media SNB
  • 12:15 Switzerland: harga pengeluar dan import (Nov)
  • 15:45 Zon Euro: kadar faedah ECB
  • 16:30 Zon Euro: kenyataan dasar kewangan dan sidang media ECB
  • 16:30 Kanada: indeks harga perumahan baru (Okt)
  • 16:30 AS: idenks harga import (Nov), tuntutan manfaat pengangguran (7 Dis)

Carta koridor MA untuk euro/dolar H1.

Situasi semasa:

Jangkaan semalam untuk kenaikan pasangan euro/dolar adalah benar. Sehubungan dengan pelemahan nilai dolar AS dan kenaikan pasangan cross euro, pembeli berjaya melepasi garis trend dari 1.1443. Hari ini saya tidak membuat ramalan kerana pada pukul 16:30 (GMT +3), sidang media Mario Draghi akan berlangsung, dan memberi kesan yang ketara terhadap pasangan euro. Draghi mungkin akan mengukuhkan euro pada awal sidang media untuk mencetuskan kadar stop penjual, dan kemudian memulakan penurunan nilai. Atau beliau akan menyampaikan ucapan yang pada awalnya akan melemahkan nilai euro, mencapai pesanan Limit unruk pembelian, dan kemudian menaikkan nilai dengan tajam. Julat untuk pergerakan adalah dari 1.13150-1.1440.

Ulasan terkini

Semua orang berpeluang untuk menjana keuntungan

Anda tidak semestinya perlu berdagang dengan sendiri untuk memperoleh pendapatan. Berlabur dengan pedagang berpengalaman dan dapatkan keuntungan!

Daftar

Ada laman web yang lebih baik untuk anda

Laman web baru yang menarik dengan perkhidmatan yang lebih sesuai untuk lokasi anda telah dilancarkan baru-baru ini!

Daftar di sini untuk mendapatkan Bonus Selamat Datang 30% anda.