EURUSD: kemungkinan lantunan dari garis trend

Sebelum ini:

Pada hari selasa 11 Disember, pasangan euro/dolar ditutup dengan penurunan. Punca pelemahan nilai euro berbanding dolar adalah pengukuhan dolar Amerika, kenyataan menteri kewangan Itali, Giovanni Tria, dan juga penurunan hasil pulangan bon 10 tahun Jerman selepas mesyuarat ECB.

Kadar menurun ke 1.1306. Hasil pulangan bon Jerman menurun sehubungan dengan penjualan bon Itali dan Perancis. Giovanni Tria menyatakan bahawa kerajaan Itali tidak merancang untuk mengubah draf belanjawan dengan ketara. Presiden Perancis, Emmanuel Macron mencuba untuk menghentikan rusuhan dengan menjanjikan kenaikan kadar pendapatan dan pengurangan cukai. Pasangan pound/dolar menurun sehubungan dengan ketidaktentuan berkaitan Brexit.

Berita hari ini (GMT+3):

  • 13:00 Eurozone: pengeluaran perindustrian (Okt)
  • 16:30 Canada: penggunaan kapasiti (Q3)
  • 16:30 AS: indeks harga pengguna (Nov)
  • 18:30 AS: rizab minyak mentah EIA (7 Dec)
  • 22:00 AS: kenyataan bajet bulanan (Nov)

Carta koridor MA untuk euro/dolar H1.

Situasi semasa:

Berikutan dari kenaikan indeks Eropah, pedagang bull euro berjaya mencecah tahap 1.14 di sekitar 45 darjah. Dari situ harga runtuh sebanyak 94 titik, punca kejatuhan seperti yang dinyatakan diatas. Harga keluar dari trend menaik (garis putus-putus), dan kini diperdagang dibawah koridor trend.

Saya menjangkakan pemulihan harga sehingga ke garis imbangan lb dan 45 darjah. Memandangkan terdapat gambaran penunjuk berbeza antara H1 dan H4, maka pada awalnya saya menjangkakan penurunan kadar ke 1.1317, diikuti dengan kenaikan semula ke 1.1356. Seperti yang ditulis diatas, terdapat kepelbagaian kadar utama dengan menggunakan kaedah analisis pasaran yang berbeza. Saya tidak merasakan kenaikan akan berterusan sehingga 1.1380.

Keadaan untuk euro kekal negatif. Mesyuarat ECB akan berlangsung pada hari khamis, maka pengembalian harga ke 1.1360 boleh terjadi. Penetapan harga pada garis imbangan sesuai untuk kedua-dua pihak pembeli dan penjual. Sekiranya kadar 1.1300 tidak bertahan, maka laluan terbuka untuk kadar menurun sehingga 1.1248 (D3).

Ulasan terkini

Semua orang berpeluang untuk menjana keuntungan

Anda tidak semestinya perlu berdagang dengan sendiri untuk memperoleh pendapatan. Berlabur dengan pedagang berpengalaman dan dapatkan keuntungan!

Daftar