Kami kini 19 tahun!

Pertumbuhan ekonomi Australia boleh tersekat

Keadaan perniagaan Australia mula keruh dalam bulan November, meneruskan trend menurun yang diperhatikan dalam bulan sebelum ini. Perkara ini digambarkan dari maklumat yang diterbitkan pada hari ini pada 03:30 (GMT +3) oleh penyelidikan ekonomi Bank Nasional Australia (NBA).

Pihak pakar NBA menyatakan bahawa usahawan di Australia merasakan bahawa dalam masa terdekat, permintaan pengguna boleh menurun, seperti yang dapat dilihat dari penunjuk pesanan masa hadapan dalam kalangan pengeluar Australia. Dipercayai bahawa sekiranya dalam bulan yang akan mendatang, kadar pengangguran akan menurun dengan ketara, dan kenaikan kadar pendapatan semakin laju, maka kecenderungan untuk permintaan tempatan boleh menjadi semakin baik.

Pada pendapat saya, sekiranya situasi dalam pasaran buruh Australia tidak pulih dalam masa terdekat, maka seharusnya ia akan menjurus kepada kejatuhan kadar kenaikan permintaan tempatan. Dalam kes ini, besar kemungkinan penurunan kadar pertukaran dolar Australia akan berterusan.

Perhatian:

Ramalan yang dinyatakan dalam ulasan merupakan pendapat dan pandangan pengarang. Komen yang dilakukan tidak membentuk saranan atau panduan untuk perdagangan dalam pasaran kewangan. Alpari tidak bertanggungjawab atas sebarang kemungkinan kerugian (atau dalam bentuk kerosakan), sama ada secara langsung atau tidak, yang mungkin berlaku akibat dari penggunaan bahan yang diterbitkan dalam ulasan.

Kembali ke atas