EURUSD: euro dan pound dibawah tekanan

Sebelum ini:

Pada hari isnin 10 Disember, nilai euro menurun berbanding dolar ke 1.1352. Penurunan kadar pertukaran didorong oleh faktor teknikal, dan juga fundamental. Nilai euro ditarik oleh pound British yang runtuh sebanyak 250 titik berbanding dolar, tercetus dari keputusan oleh perdana menteri British, Theresa May. Beliau menangguhkan undian parlimen untuk Brexit yang seharusnya berlangsung pada 11 Disember. Pihak lawan yang menentang perdana menteri ini menganggap keputusan ini sebagai tindakan penakut.

Mengikut pound, pelabur memperkukuh jualan untuk mata wang euro. Tekanan tambahan terhadap euro datang dari keputusan presiden Perancis, Emmanuel Macron, yang memutuskan untuk mengisytiharkan keadaan darurat nasional sehubungan dengan rusuhan yang berlaku dalam negara.

Berita hari ini (GMT+3):

  • 09:30 Perancis: nonfarm payrolls (Q3)
  • 12:30 UK: tuntutan manfaat pengangguran (Nov), kadar pengangguran ILO (Okt), purata pendapatan per jam (Okt)
  • 13:00 Zon Euro: kaji selidik sentimen ekonomi ZEW (Dis)
  • 13:00 Jerman: kaji selidik sentimen ekonomi ZEW (Dis)
  • 16:30 AS: PPI (Nov)

Carta euro/dolar H1. Sumber: TradingView

Situasi semasa:

Kejatuhan kadar pasangan euro/dolar semakin laju selepas penembusan garis trend. Garis imbangan tidak menyediakan sokongan kepada pembeli. Kejatuhan terhenti pada 67 darjah berhampiran garis D1. Terdapat gambaran bertentangan antara penunjuk pada H1 dan H4. H1 menunjukkan kejatuhan kadar pertukaran, dan sebaliknya pada H4. Sehubungan dengan itu, saya menjangkakan kejatuhan ke darjah 90 (1.1336), diikuti dengan lantunan ke garis imbangan (1.1388). Lantunan boleh berlaku lebih awal dari D1 - 1.1345.

Ulasan terkini

Semua orang berpeluang untuk menjana keuntungan

Anda tidak semestinya perlu berdagang dengan sendiri untuk memperoleh pendapatan. Berlabur dengan pedagang berpengalaman dan dapatkan keuntungan!

Daftar

Ada laman web yang lebih baik untuk anda

Laman web baru yang menarik dengan perkhidmatan yang lebih sesuai untuk lokasi anda telah dilancarkan baru-baru ini!

Daftar di sini untuk mendapatkan Bonus Selamat Datang 30% anda.