Kami kini 19 tahun!

Pound British mencecah tahap minimum dalam 17 bulan

Hari ini, pound British turun kepada 1.2638 berbanding dolar AS sebelum pembukaan sesi perdagangan AS, yang merupakan paras terendah dalam 17 bulan. Tahap sedemikian dalam pasangan GBPUSD diperhatikan pada bulan Jun 2017.

Saya masih ingat bahawa pada awal November, pasangan GBPUSD berada di tahap atas 1.30. Dan sekarang pasangan ini didagangkan pada 1.2645. Penurunan pound ini datang di tengah-tengah kekaburan sekitar Brexit. Esok di UK sepatutnya undi di parlimen mengenai perjanjian Brexit, yang seterusnya meningkatkan ketegangan di kalangan peserta kewangan dalam pasaran pertukaran asing. Oleh itu, turun naik pound telah meningkat baru-baru ini.

Hari ini, pada 18:30 (GMT + 3), Perdana Menteri Teresa May akan berucao. Teresa May akan membincangkan mengenai undi parlimen yang akan datang. Dalam hal ini, saya menganggap bahawa dinamik pound pada waktu yang akan datang, serta hari esok, boleh menjadi sangat tidak menentu.

11 Disember, 09:48 (GMT+3)
EURUSD: euro dan pound dibawah tekanan

Perhatian:

Ramalan yang dinyatakan dalam ulasan merupakan pendapat dan pandangan pengarang. Komen yang dilakukan tidak membentuk saranan atau panduan untuk perdagangan dalam pasaran kewangan. Alpari tidak bertanggungjawab atas sebarang kemungkinan kerugian (atau dalam bentuk kerosakan), sama ada secara langsung atau tidak, yang mungkin berlaku akibat dari penggunaan bahan yang diterbitkan dalam ulasan.

Kembali ke atas