EURUSD: menghampiri zon penerbalikan

Sebelum ini:

Pada hari rabu, 17 Oktober, perdagangan euro berakhir dengan penurunan. Kadar pertukaran merudum ke 1.1496 sehubungan dengan pengukuhan nilai dolar dan ketidaktentuan dalam isu Brexit dan bajet Itali.

Jerman mula membuat persediaan terhadap Brexit yang tidak teratur. Perkara ini dilaporkan oleh kanselor Jerman, Angela Merkel. Spiegel edisi Jerman melaporkan dengan pautan ke suruhanjaya Eropah tentang bajet Ettinger, bahawa suruhanjaya membuat keputusan untuk menolak draf bajet 2019 yang disediakan oleh Itali.

Disamping masalah di Eropah, dolar menerima sokongan dari minit mesyuarat Fed, yang menunjukkan bahawa kadar faedah akan terus dinaikkan.

Berita hari ini (GMT+3):

  • 11:30 UK: jualan runcit (MoM) (Sep)
  • 15:30 AS: tuntutan manfaat pengangguran (12 Okt), kaji selidik pembuatan Fed Philadelphia (Okt)
  • 16:00 AS: ucapan perwakilan Fed, Bullard
  • 17:30 AS: perubahan rizab minyak asli EIA (12 Okt)
  • 19:15 AS: ucapan perwakilan Fed, Quarles

Carta euro/dolar H1. Sumber: TradingView

Situasi semasa:

Penurunan kadar pertukaran euro mula perlahan disekitar 112 darjah. Pergerakan pembetulan keatas boleh tercetus pada bila-bila masa, tetapi saya menjangkakan ia akan bermula di zon 1.1460-1.1487. Memandangkan suruhanjaya Eropah menolak draf bajet Itali, maka berbanding pembetulan kebawah, lebih baik untuk membeli euro disekitar 135 darjah.

Ettinger menyatakan bahawa bajet 2019 Itali tidak memenuhi syarat dan keperluan Kesatuan Eropah. Rom kini perlu membuat perubahan dalam bajet tersebut dan menghantar semula untuk semakan suruhanjaya. Secara idealnya, saya menjangkakan lantunan dari tahap 1.1460 dengan sasaran pada 1.15 (khamis) dan 1.1525 (jumaat).

Ulasan terkini

Semua orang berpeluang untuk menjana keuntungan

Anda tidak semestinya perlu berdagang dengan sendiri untuk memperoleh pendapatan. Berlabur dengan pedagang berpengalaman dan dapatkan keuntungan!

Daftar

Ada laman web yang lebih baik untuk anda

Laman web baru yang menarik dengan perkhidmatan yang lebih sesuai untuk lokasi anda telah dilancarkan baru-baru ini!

Daftar di sini untuk mendapatkan Bonus Selamat Datang 30% anda.